Wednesday, September 2, 2009

Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment KLCC

Menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di pihak Nuffnang ingin menjemput saudara dan saudari untuk berbuka puasa bersama kami di Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC.

Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.
Para blogger juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Kelantan sebagai tema utama tahun ini.


Kepada mereka yang belum pernah menjamu hidangan ‘Kelate’, inilah masa untuk anda mencuba.

Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, hantarkan email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog anda. 30 blogger pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Jika anda ingin menghadiri sesi ini dengan pasangan anda, sila maklumkan kepada kami di dalam emel anda. Sesi berbuka puasa ini adalah esklusif untuk ahli-ahli Glitterati sahaja.

Kami di pihak Nuffnang ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.

* aku juz re-post jerk blk entry neh...cam best jerk kan? he3!

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!