Saturday, May 22, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Jum Layan Lagu neh...Juara AF8-Shahir. Aku suda jatuh chenta sama ini Shahir lorh...(leb leb leb) *wink*wink* Menusuk ke kalbu toi sore dye..isk! hehehe (^_^)


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Wednesday, May 19, 2010

Jadilah orang yang disenangi!

Sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan! (aku pown nak amalkan neh...hehehe) InsyaALLAH...:-)

1. buangkan ego diri yang menjadi pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri kita dengan orang lain adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi dengan baik.

2. usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting. Keinginan menjadi orang yang penting meruapakan sifat semulajadi manusia dan rangsangan yang paling berkesan pada sifat manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya kata-katanya dipertimbangkan dan dihargai; setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam sesuatu lingkungan, walaupun kecil dan setiap orang ingin mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.

3. jika berbuat kesalahan dengan orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri; “Maaf, ibu terpijak kaki Along” atau sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan mengucap “maaf’, “tolong”, “terima kasih” dan sebagainya.

4. anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki suatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoan akan dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun di khalayak ramai.

5. jadilah seorang pendengar yang baik. Untuk memahami seseorang, kita perlu mendengar perbicaraan mereka. Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi, mendengar sudah cukup untuk mengurangkan tekanan mereka. jika dalam percakapan atau tindakan seseorang itu terdapat sesuatu yang tidak kena, elakkan mengkritik ketika itu juga. Lihat pula suasana dan moodnya. Kadang kala persahabatan yang ingin terus dikekalkan memerlukan kesabaran kita. Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun pandangan kita adalah benar. Memberi kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan yang ketara terhadap seseorang yang mudah tersinggung.

"Renung2kan...dan Selaamt Beramal" ^_^

Monday, May 3, 2010

Dapat anak buah


Mohd Zuhairi Bin Zuraime

Chumel tak? chumel kan... Nama dye seperti tertera kt atas tuh lew..Baby neh anak BestFren aku yang aku kenal ms chating kt YM dulu. Aen nama ibunya. hiks! Selamat dilahirkan pada 27 April 2010 dengan berat 2.8kg. Selamat juga kwn aku neh melahirkan baby yg sehat tubuh badan dan chumel.

Aku xdapat nak g melawat lg. Sebab bkn dekat. Nun kt Trolak sana..adeh! Picture neh pown hubby dye yg MMS kt aku Sabtu lepas. Ampeh jerk!..dah brp ari bersalin baru nak gtaw aku. Pastuh bler aku call bley plak paksa aku kejap2 tuh soh dtg umah. Kalo dekat xpela jgk.Aku pk ko dalam pantang jerk Aen weih...kalo x...da lama dah...(!@#$%^&%%#) hahaha

Aish! bler arr dpt juper Pn. Aen ngan baby dye neh? iskla... Tengok arr gambo tuh...cam taw2 jerk org nak amek gmbo dye...siap celik mata. hiks!

Nama pown dah nak cam nama bapak dye dah...hahaha...adoila! Buang kedit aku jerk pilih nama sedap2 arituh...last2 bapak dye yg buh. (xkira...aku nak wat claim) hahaha!

Papepown...kepada aen n abg ipo...Congrats yerk! Semoga dengan kehadiran Putera Sulung kamu berdua neh dpt mengharmonikan keluraga korang. Cewah! (siyes neh!) :-)