Sunday, December 12, 2010

Dari Heart'ty ke Heart'ty

Salamz All! Enrty aku kali neh agak menyentuh perasaan sket kot. Lebih kepada hati dan perasaan seorang perempuan atau lebih kepada kenaluri keibuan. Walaupown aku masih lagi belum bergelar ibu apetah lagi masih lagi belum berkahwin...tapi hati aku tersentuh bila membaca dua pucuk surat ini. Dan ia mengingatkan aku pada salah seorang sahabat aku. Jum kita baca surat neh...mungkin selepas membaca dua keratan surat neh...kita sama2 dapat memahami hati dan perasaan seorang wanita yang bergelar isteri. Jum2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam Dr Hati,

Terima kasih sbb sudi mendengar luahan hati saya.... Akhirnya ada juga yg sudi mendengar luahan hati saya.. Utk pengetahuan Dr Hati, saya juga adalah pendengar yg baik dikalangan rakan2 dan keluarga tp sangat susah untuk mencari pendengar yg baik utk masalah saya.

Dr Hati,

Untuk pengetahuan Dr, saya disahkan mengidap kanser ovari pada tahun 2008. Saya telah menjalani pembedahan membuang ovari pada may 2008 iaitu sebulan sebelum saya bertunang. Saya bersyukur kerana pasangan saya sangat memahami dan kami meneruskan pertunangan kami. Malangnya, pada bulan 11 2008, saya dikehendaki menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kanan dan rahim kerana kanser yg saya hadapi di tahap kritikal. Berita itu saya ketahui sebulan sebelum saya mendirikan rumahtangga. Saya dan ibubapa saya sudah berbincang dengan pasangan saya dan keluarganya dan mereka menerima saya seadanya dan sekali lagi saya bersyukur. Saya tetap meneruskan perkahwinan atas permintaan pasangan saya, dan family saya bersetuju kerana mereka tak mau lihat saya putus asa. Terus terang saya katakan, saya amat bersyukur walaupun saya tidak dapat melahirkan zuriat, tp masih ada yg menerima saya.Pada mulanya mmg saya ragu2 memikiran apa yg akan terjadi selepas berkahwin, tp atas pujukan keluarga saya, bakal suami dan keluarganya, saya bersemangat dan meneruskan perkahwinan saya.

Kini saya sudah sihat dan masih dalam pemerhatian doktor. Saya masih bekerja seperti biasa dan hubungan saya dan suami sangat baik. Suami saya tidak pernah menimbulkan soal anak, cuma kami ada berbincang utk mengambil anak angkat.

Masalah saya, setiap kali saya berjumpa rakan-rakan atau saudara mara, mereka kerap bertanyakan soal anak kepada saya. saya sangat tertekan dengan soalan tu. Saya memang menerima hakikat bahawa saya x dpt mengandung, tapi saya x tahan bila org ajukan soalan anak kepada saya. kalau saya boleh mengandung, mungkin saya akan jawab insyaallah, masih belum ada rezeki, tp dlm keadaan saya sekarang, bila org ajukan soalan tu, saya akan rasa org tu seolah2 mengejek2 saya. dh lama saya pendamkan masalah ini, suami saya pon x tau yg selama ni saya memendam perasaan, sbb saya ni seorang yg happy go lucky, masih boleh senyum dan ketawa, tapi sebenarnya saya menangis dalam hati. Saya tak mau beratkan tekanan saya pada suami sbb cukuplah dia menerima saya seadanya, saya x ceritakan pada ibu bapa saya sbb ibu bapa saya dah banyak menangis masa saya sakit dulu. saya nak mereka gembira.




bila tgk facebook, rakan2 saya bercerita pasal anak, letak gamba dengan anak, cukup buatkan hati saya merana..saya betul2 tertekan sbnrnya. Saya x sanggup berpura2 senyum depan semua org dan menangis dlm hati. tolong lah doktor, apa yg saya patut buat utk mengatasi masalah saya.

ya, saya x kuat lagi..x kuat utk melalui semua ni,,,,,


harap dr dpt membantu...

yg benar,




==================================================================

=


Wa'alaikumsalam wbt...

Terima kasih kembali kerana sudi berkongsi masalah dgn DH.

Pertama sekali, DH ingin mengucapkan tahniah kerana saudari merupakan seorang wanita yg sangat tabah & begitu kental semangatnya. Tahniah juga kerana saudari mempunyai suami, keluarga & keluarga mentua yg sangat baik dan memahami keadaan saudari.. Itu tandanya Allah terlalu sayangkan saudari.

Saudari tentu tahu bahawa Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.. DIA tahu bahawa saudari seorang yg cekal, maka DIA hadirkan ujian 'sakit' kepada saudari. Berkat kesabaran & keikhlasan saudari menanggung derita 'sakit' itu, alhamdulillah akhirnya saudari sembuh malahan diberiNya nikmat kasih sayang yg begitu banyak daripada keluarga, suami dan keluarga mentua saudari.

Lumrah dalam kehidupan ini, setiap pasangan yg berkahwin sudah tentu mahukan anak. Lebih-lebih lagi saudari sebagai seorang wanita yg punyai naluri keibuan yg cukup tinggi, penyayang & DH pasti saudari sukakan kanak-kanak. Perbanyakkan bersyukur pd Allah kerana dikurniakan seorang suami yg penyayang & memahami saudari. Apabila saudari sentiasa memanjatkan kesyukuran kepadaNya, insyaAllah DIA akan tautkan hati suami saudari dgn hati saudari serapat-rapatnya & kasih sayang kalian berdua akan berpanjangan dunia hingga akhirat walaupun tanpa kehadiran zuriat.

Tentang cadangan pengambilan anak angkat tersebut, ia adalah niat yg murni. Tentu akan hadir pelbagai hikmah sekiranya saudari dan suami memelihara seorang anak apatah lagi jika anak itu merupakan anak yatim. Pahala membesarkan anak itu amatlah banyak. Saudari boleh mengambil suntikan untuk menghasilkan susu & diberi minum kpd anak itu kelak. Maka dgn itu, anak itu akan menjadi anak susuan saudari. Samalah ertinya saudari memelihara anak sendiri walaupun ia bukan hadir daripada rahim saudari.

Apabila melihat rakan-rakan mempamerkan gambar-gambar anak mereka, bercerita ttg pengalaman hamil & melahirkan, memang saudari akan terasa. Cara terbaik utk mengatasi masalh itu adalah dgn berkongsi kegembiraan dgn rakan-rakan tersebut. ikhlaskan hati utk turut sama gembira dgn kehadiran anak-anak rakan saudari tersebut. insyaAllah sedikit sebanyak perasaan itu akan pudar. Jika tidak, percepatkan proses pengambilan anak angkat supaya saudari juga boleh merasai nikmat menjadi seorang ibu.

DH nasihatkan saudari banyakkan bersabar & amalkan solat tahajud di sepertiga malam.. insyaAllah ketenangan itu akan muncul. Pedulikan apa jua kata2 yg terbit dari mulut orang di sekeliling saudari. DH faham saudari tertekan dgn pertanyaan mereka. Mulai hari ini, saudari perlu sematkan di dlm hati saudari bahawa "aku seharusnya bersyukur kerana aku masih dipanjangkan nyawa & diberi peluang terus bernafas di bumi Allah ini di samping suami dan keluarga tercinta. Masih ramai pesakit kanser yg tidak bertahan lama dan telah pun pergi menghadapNya. Aku bertuah kerana masih diberi kesempatan utk hidup. Aku tak boleh mudah berputus asa & perjalanan hidupku masih panjang."

Mulai hari ini juga, setiap kali ada pertanyaan dari insan sekeliling, saudari jawablah "insyaAllah" sahaja atau pun "Allah jua yg tahu".. kemudian tarik nafas & senyumlah. Tanamkan dalam hati & sentiasa ingat bahawa "mereka tidak tahu apa yg aku alami.. jadi aku tidak boleh menyalahkan mereka. mungkin mereka ikhlas bertanya & mereka tidak sedikit pun bertujuan mengejekku". mudah-mudahan dgn izin Allah saudari akan tenang.

Satu lagi nasihat DH, saudari tdk boleh sering memendam rasa seorang diri. Kelak akan memakan diri sendiri & akn menjejaskan kehidupan seharian saudari.. Yakinlah bahawa suami saudari merupakan tempat yg paling sesuai utk saudari luahkan masalah & kesedihan saudari. Dia juga merupakan insan yg membuat saudari berasa selamat & saudari tenang bila berada di sisinya.

Nasihat terakhir daripada DH, jgn sesekali tinggalkan solat 5 waktu & jika mampu, setiap lepas solat subuh & lepas solat maghrib amalkan membaca ayat suci Al-Quran. Mudah-mudahan selepas ini saudari akan semakin tenang, insyaAllah.

Salam Sayang ;
DR Hati


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas membaca kedua2 surat neh...hati aku betul2 tersentak. Tak pasal2 jerk pipi aku basah. adoiyai! Sila jgn lembek yerk cik lala oii! Tapi serius beb..aku sedih sgt baca surat kiriman kepada DRHati neh. Betul2 igtkan aku pada sahabat aku yg jugak alami masalah yg sama. Dye slalo jgk call, msg luahkan perasaan dye kt aku. Ape yg mampu aku katakan...hanya suruh dye bersabar. Tenangkan dye. Sebab mungkin setiap ape yg berlaku kt atas kita tuh adahikmahnya. Aku xmampu dan xberdaya nak tolong or bantu dye. Ape yg aku mampu buat hanya tenangkan dye dan sabarkan dye. Sebab perkara2 camneh...kita yg mendengar hanya boleh faham ssebab kita tak alami sepertimana yg kwn aku hadapi neh. Dan nasib aku pown belum lagi diketahui macam mana. Ape yg aku boleh pesan pada kawan aku neh..seperti jugak dr balasan surat DRHati neh juga sama...bykkan berdoa serta sabar atas semua ketentuaNYA. Terima qada'dan Qadar ALLAH S.W.T.

Kepada kengkawan yang lain terutama kaum Hawa...harap korang semua tidak sewenang2nya nak ajukan soalan2 "bler nak ada anak?" kepada orang yg agak2 dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Kalo nak tanya...tanya kat orang yg baru berkahwin. Sebab kita tak tahu apa masalah yg dorang hadapi. Bagi aku, cukuplah tanya sekali dua...tak perlulah tanya banyak2 kali okies.

Okieslah...takat neh jerk dulu pembebelan aku kat entry neh. Harap korang semua faham ape yg cuba aku sampaikan neh...Chiow!

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!