Monday, March 14, 2011

Bius Chenta




DIBIUS CINTA

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Aku dibus cinta…





Salamz All! Korang mesti pernah dengar lagu DIBIUS CINTA kan? Lagu yang dinyanyikan oleh Yusry KRU duet bersama Melly Goeslow. Tapi korang faham kew apa maksudnya? Aish! Arineh…aku nak merungkai maksud lirik lagu laks. Haha… Sebenanarnya aku skang neh dalam keadaan mengantuks dan borink ya-amat. Hu2…korang layankan ajerkla yerk. hehe

Lagu neh menggunakan perkataan BIUS yang bermaksud ubat pelali. Apabila cinta dibius, pastinya insan akan terlena dan terbuai dengan keasyikannya. Dalam konteks lagu ini, situasinya begitu “complicated” bila mana kedua-dua insan yang merasai getaran cinta sesama mereka tidak berani untuk meluahkan perasaan.

Maka, cinta itu hanya dalam hati mereka dan tidak diluahkan. Sehingga suatu masa, cinta masing-masing akan dileraikan dengan mengakui bahawa mereka akan saling cinta mencintai. Keras hati dan keegoaan adalah faktor utama di mana cinta ini tersekat di tengah jalan.

Ha…korang pernah ke mengalami situasi macam neh? Jatuh chenta kat seseorang dalam diam. Pendam sorang2…tak bgtaw or luahkan pada orang yg kita suka tuh? Hikhikhik… Macam yg tertulis kat atas tuh la…sebab2 xmo luahkan adalah sebab malu tak pown sebab ego. Ahakz! Selalunya..perenpuan akan dikaitkan dengan sifat malu@segan untuk meluahkan apa yang dipendam. Lelaki plak biasalah sifat ego yg membuak2 xmo luahkan. Tapi, ada kew lelaki pemalu? Keh3… Payah jgk kan kalo lelaki pemalu neh…hehe… Perempuan dah tentu2 pemalu…lelaki plak pemalu jugak...aish…langsung tak payah lew gamaknyew. Hahaha

Sebenarnya sebab2 ada perasaan malu dan ego tuh adalah kerana takut cinta tidak berbalas. Wah…gitew! Neh jiwang sket neh…keh3! Alahai…kalo tak berbalas xpela…at least dah luahkan…mungkin rasa lega sket kowt dari memendam rasa. Tapi sekiranya dah pown meluahkan..kalo orang dah taknak…jangan la paksa2 or terhegeh2 plak yerk. Especially orang pompuan…tolonglah jangan memalukan kaum hawa yerk…orang tak suka, jangan tunggu2 dah. Sila2lah undur diri….Terima kenyataan…hu2.

Agak2nya kalo kes macam neh…apakah jalan penyelesainnya ek? Cara yang paling senang dan mudah…sebab masing2 malu atau takut atau ego nak meluahkan perasaan masing2 kan…caranya adalah dengan menggunakan “orang tengah”. Keh3. Tuh jerk cara paling2 mujarab. Hehehe… Kalau tak guna cara neh…sampai sudahlah 2 hati neh tak bersatu…toi x? keh3.

Sebenarnya bagus juga ada sifat malu neh…at least takdalah orang sekeliling kata kita “tak tahu malu” plak kan? Hikhikhik… Tapi, malu perlu ada pada tempatnya ok. Kepada yang sedang memendam rasa tuh…kalau berani, cepat2 luahkan yerk perasaan anda tuh…kalo tak berani…sila guna cara yang telah saya ajar tadi. Hehehe. Semoga Berjaya! ^_^

Wednesday, March 9, 2011

Asam Garam Perkahwinan



Seronok tak kawen? Ha…tuh la soalan yang diajukan kepada aku oleh seorang kenalan aku neh. Hahaha…soalan memang mengguris hati dan perasaan la pada aku. Siot jerk tanya soalan cenggitu kat aku. Bukan dye xtaw aku blom kawen lg. Padahal kenalan aku tuh dah pown berkahwin dah ada anak pown. Makanya, dengan slumbernya aku menjawab “ntah…manila aku taw…aku blom kawen lagi” hahaha…dah memang betul kan..aku mmg xkawen lg. Kalo aku dah kawen…bleh jgkla aku jwb seronok kew x? hahaha… :p

Masa soalan tuh diajukan pada aku…terus aku teringat seorang ustaz masa aku skolah dulu pernah bercerita… "kahwin tuh seronok sbb sebelum neh tdo sorang2…dah kawen tdo berdua…ada bantal peluk” hahaha…mmg cam ampeh jerk ustaz aku tuh. (maap yerk ustaz kalo terbaca) keh3. Mana tak ampehnya…bagila kata2 peransang sket kat anak2 murid…neh tak. Adehla!

Mintak maap sekali lagi…topik pada hari ini lebih kepada 18XXL. Hu2. Kalaulah soalan camtuh diajukan pada korang...ape korang nak jawab ek? Neh aku tanya pada yang dah kawen la...pada yang blom kawen, korang nak jawab jgk kew? Bleh jerk kowt...tarak masalah. hahaha...sebab ada seseengah orang yang blom lg berkahwin dorang fikir kawen itu seronok. Aku pown xpastilah ape keseronokannya...tapi bagi aku, aku rasalah...mungkin segala suka dan duka tuh bleh dikongsi bersama. Itu yang aku rasa la...mungkin. Ecewah! hikhikhik

Perkahwinan kalo dengar pada namanya macam best jerk kan? Macam seronok. Tapi kita pernah terfikir tak segala cubaan dan dugaan yang kita perlu hadapi dalam alam rumahtangga? Bukanlah aku nak menakut2kan korang yang masih lg belum berkahwin termasuk diri aku sendiri...tapi pernah tak kita terfikirkan tuh? Orang kata, berkawan dan bercinta tuh masih algi tetap indah...kalo ada dugaan atau masalah pown masih boleh saba2 lagi...yerkla tengah manis kan...semua nampak indah dan cantik jerk. keh3. Kalo tak bleh tahan...boleh jerk BLAH...toi x? Kalo dah kahwin plak, kalo ada sket masalah takkan terus nak amek keputusan untuk bercerai plak? Apa2pown mesti bawa berbincang walau apapun masalah yang timbul. Tak semua perkahwinan tuh berjaya...Benarlah orang kata "Perkahwinan itu satu Perjudian". Macam berjudi, kalo nasib baik...menanglah. Kalo nasib kurang baik...kalahlah. Erm...itu semua bergantung kepada kepercayaan dan persefahaman kedua belah pihak.

Bukan senang bagi seseorang wanita untuk memahami lelaki dan juga bukan seanng bagi seseorang lelaki untuk memahami wanita. Lelaki perlu tahu apa yang wanita mahukan dan wanita juga perlu tahu apa yang lelaki mahukan. Bagi aku, lelaki mungkin boleh dapat baca apa yang wanita fikirkan. Tetapi amat payah bagi seseorang wanita untuk membaca apa yang lelaki fikirkan. Tak percaya? Pada apa yang lihat la…lelaki neh kadang2 apa yang dye ckp tuh mempunyai maksud yang tersirat.Mulut cakap lain…tapi maksudnya lain. Kita neh sebagai kaum wanita kena faham2 sendiri. Aiseh…payah kan? Kalo wanita neh plak….kalo cakap tuh mmg “direct to the point” jerk. Apa yang nak dicakap…maksudnya jelas dan memang akan fahamlah. Kalo xbercakap pown…dari segi perbuatan pown lelaki neh dah faham apa yang wanita mahukan. Huhuhu

Selain tuh…wanita juga kalo nak sesuatu tapi segan nak cakap…dye akan berkias2. Lelaki neh kalo wanita berkias belit2 pown dye mudah faham. Cuba kalau lelaki berkias2, maw pusing2 pecah2 kepala dok piker. Huhu.

Cubaan dan dugaan masa berkawan, bercinta, bertunang dan sudah berkahwin memang lain2. Orang kata dugaan masa bercinta tak sehebat dugaan orang sedang dalam ikatan pertunangan. Macam2 hal boleh berlaku. Sebab tuh kalo boleh jangan bertunang lama2. hu3. Dugaan masa sudah berkahwin atau berumahtangga jugak lain. Orang cakap, kalo kita kawen dengan suami atau isteri kita bermakna kita kena kawen dengan mak ayah serta adik beradik dan sedara-mara dye skalik. Ha...ada paham ka? Maksudnya...bukan setakat kita kena faham suami atau isteri kita jerk...tapi kita kena faham dengan mak ayah dan keluarga kedia belah pihak. Apa2pown kena bertolak ansur dalam apa jua hal serta kena banyak bersabar. Itu sangat2 penting. Tak boleh arr asik nak ikut kepala otak sendiri jerk. Fikir sama orang lain. hu2.

Selalunya masalah yang aku lihat, Mertua vs Menantu. (aish...dah macam citer drama kat astro plak) hehe... Betul beb! Selalunya ia dikaitkan dengan kaun wanita la. Menantu perempuan dengan ibu mertua. Bukan senang nak dapat ibu mertua atau menantu pompuan yang baik. Kadang2 menantu pompuan baik, mak mertua ragging menantu. hahaha. Dan kadang2 tuh plak...mertua punyala baik...menantu plak ragging mak mertua. Aiseh! xpatut2. hu2. Tapi, tak semualah camtuh... Ada jugak mak mertua dan menantu pompuan yang sekepala...tambah2 kalo bab shopping. Memang sekepala sungguhlah! hahaha

Lelaki dan bapak mertua plak macam mana? Ada sessi ragging meragging jugak kew? hehe... Masalah yang akan dihadapi bagi menantu lelaki adalah nak menghadapi bapak bertua. Kalau dok bersembang depan tv tengok bola. Tambah2 plak sokong lain2...hahhaa...xker gler namanya. Masing2 sokong pasukan masing2...sorang sokong ManU sorang lagi sokong ACMilan. Maw nyer kerusi malas dihenyak2. hahaha. Tuh baru bab bola...belum sentuh lagi bab hobi. Kalo bapak meertua minat memancing ikan, menantu lelaki plak minat memancing jugak...tapi mancing lain (hahaha...gurau jerkla :p) menantu lelaki hobinya suka pasal barang2 kereta, Bersembang pasal hobi...tapi tak sekepala...payah jugak kan? he2

Macam mana plak kalo duduk serumah dengan mertua? Pergh! Susah nak jawab neh...??? hikhikhik... Slalonya kalo kes2 camneh dikaitkan dengan menantu pompuan dengan ibu mertua. Jaranglah berlaku kat menantu lelaki. hu2. Kes2 camneh slalo berlaku kalo si suami tuh anak sulung, anak bongsu ataupown anak tunggal yang sekaligus bertanggungjawab menjaga ibunya. Betoi tak? Memang betul itu tanggungjawab si anak menjaga ibu kandungnya yang sudah tua tambah2 sudah ketiadaan suami. Tapi, bagi aku kalo boleh dielakkan...elakkanlah duduk serumah dengan mertua. Sebab mungkin akan menimbulkan masalah antara suami dan isteri atau antara isteri dan mertua. Si suami jugak mungkin akan dilanda masalah serba salah antara ibu dan jugak isteri. hu3...sob sob sob. Makanya...silalah duduk rumah sendiri yerk. hikhikhik...


Tuh blom lagi masuk bab ipar-duai lagi. Lagi arr penen gamaknyer. hu3. Masalah yang slalo dikaitkan dengan biras, ipar-duai neh..slalonya masalah dengki mendengkilah.Tak boleh tengok orang lain lebih sket..dye pown nak lebih jugak. Aduh...susah hidup! (pinjam ayat adik aku jap..hehe).

Itulah asam garam kehidupan...baik dari zaman bujang berdua, bercinta, bertunang sampailah ke alam perkahwinan dan bekeluarga. Setiap orang akan menghadapi semua situasi2 cam yang aku sebutkan kat atas tuh. Lumrah alam….harus! hikhikhik…

Korang mesti terfikir2 kenapalah aku cerita topik2 camneh kan? hahaha...maklum jerkla…aku kan blom berkahwin lg. Ha...jangan nak pk aku neh tengah "menggatal" a.k.a "miang" nak bernikah plak ek?! Semua cerita2 yang aku tulis kat atas tadi tuh berdasarkan pemerhatian aku...bukan dari pengalaman aku...sebab aku masih belum mengalaminya lagi. hu2...(nebes2) hahaha... Semua cerita2 neh adalah dari pemerhatian aku yang berlaku pada sekeliling aku...berdasarkan pada pegalaman orang lain…aku gabungkan ia menjadi satu cerita yang boleh kita renung2kan bersama. Tak mintak korang setuju pown dengan semua yang aku tulis kat atas tuh…hanya mahu berkongsi cerita dan lebih bersedia untuk menghadapi masa akan datang. InsyaALLAH! Mana yang baik kita jadikan sempadan…dan mana yang buruk jadikan tauladan. Mudah2an…AMIN! ^_^

Jum serbu PWTC!

Weekend neh korang kemana? Jum dating beramai2 dan memenuhkan PWTC sebab ada 4 event kat sini..mulai 11 Mac 2011 – 13 Mac 2011.

Bagi yang ada perancangan untuk pergi bercuti bleh dating kat sini:-

MATTA Fair 2011
Tarikh : 11th-13th Mar 2011
Tempat : Tun Razak Hall 1, 2, 3 & Pelantaran Putra
Penganjur : MATTA Sdn Bhd
Hubungi : Mr Phua Tai Neng
Tel : 603 9287 6881
Website :
www.matta.org.my


Bagi yang sedang mencari kerja plak bleh tinjau2 kat sini:-

Karnival Pendidikan & Kerjaya MARA 2011
Tarikh : 11th-13th Mar 2011
Tempat : Tun Razak Hall 4
Pengajur : MARA
Hubungi : En Amirul
Tel : 603 2690 3968
Laman Web :
www.mara.gov.my


Bagi kaum hawa (wania) yang pentingkan kecantikan dan kejelitaan bleh jeling2 kat sini:-

Lady Beautiful 2011
Tarikh: 11th-13th Mar 2011
Tempat : Mawar Room
Penganjur : Glow Events Management Sdn Bhd
Hubungi : Ms Selina Goh
Tel : 03-7880 2233
Fax : 03-7880 3398



Dan bagi yang berminat dengan gambar2 & fotografi bleh lihat2 kat sini:-

Fotofest 2011
Tarikh : 11th-13th Mar 2011
Tempat : Tun Dr Ismail Hall B
Penganjur : Fotokem
Hubingi : Mr Mervin
Tel : 603 4143 7300

Jadi, apa tunggu lagi? Have a nice weekend yaeh! =)

Monday, March 7, 2011

Kelip2

"Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya? "

Pernah dengar tak pantun kat atas tuh? Cewah...berpantun2 plak yerk...hehe. Korang penah tengok kelip2? atau nama lainnya Kunang2. Atau nama omputehnyew Firefly. Orang tua2 cakap...kelip2 neh kira berkaitan dengan orang mati. Betul kew? huhu...aku pown tak berapa nak pasti. Tapi yang pastinya...aku pi tengok kelip2 neh. hikhikhik
Lokasinya di Bujang Boat FireFly kat Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Wah...memang best! Walaupown jalan nak ke sana, adoila sangat gulap gulita, bersimpang-siur...akhirnya sampai jugak ke destinasi dituju. Nak tengok kunang2, konpem2la kena pi malam2, siang2 mana nampak cahayanya. hu2.
Bayaran yang dikenakan RM20.00 seorang. Tapi, tyme aku pi dapat diskaun..ngeh2...jgn jeles taw! :p Kat ctu jugak bukan setakat untuk tengok kelip2 jerk...ada tempat makan "Restoran Terapung" lagi tuh...siap ada pakej makanan lagi. Ada seafood & jugak ala-carte. Pilih jerk...harga pown berpatutan. =)
Aktiviti melihat kelip2 ada disediakan "cruise". Wah...nama bukan main lg ek? Cruise neh kira cam boat kayu yang boleh memuatkan 20 -40 orang penumpang. Masa perjalanan yang diambil dok atas bot tuh tuk tgk kuanang2 adalah selama 20-30 minit jerk. Setengah jam tuh...tapi rs cam sekejap sgt. Memang tak puas walaupown sebenarnya aku takut2 jugak sbb dalam hutan kan...dah lew gelap. huhu. Tak lupa jugak, setiap penumpang dibekalkan "Life Jacket" setiap seorang untuk dipakai sepanjang berada atas cruise tersebut.

Titi yg agak cerun..hu2 takut aku nak turun naik. / atas cruise

Selesai tengok2 kunang2...bolehla bersantap dengan hidangan yang telah di order sebelum naiki bot td. Bab makan tuh...terpulang sebenarnya. Nak makan pown bleh, xnak pown bleh..Ahakz! Selesai aktivit dan makan2...bolehlah balik. haha.. Tapi bg aku mmg syok arr...sbb aku sker wat aktiviti rekreasi cmneh. Kalo dapat wat Flying Fox ker...berkayak ker...snokling ker...waaaa..bestnyew....!!! lama kowt xwat aktiviti2 cmtuh. Rindu glew!


Singgah kat tembok neh jap amek gambo. he2

So, kepada sesiapa yang teringin dan berminat nak tengok Kunang2 @ Kelip2 @ Firefly neh kalo terpegi Kota Tinggi Johor neh leh arr singgah Bujang Boat Firefly. Kalo ikutkan kat Kota Tinggi neh aku tgk ada byk tempat nak tgk kelip2 neh...tapi aku syorkan yang neh jerkla…sbb aku dah pegi. Hehe…kat bawah neh ada contact details…

65, Jalan Bahagia, Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
H/P : : +60 12 - 759 3468 : +60 13 - 755 8640 : +60 13 - 702 7057
emel
:
bujangboat.firefly@gmail.com