Wednesday, March 9, 2011

Asam Garam Perkahwinan



Seronok tak kawen? Ha…tuh la soalan yang diajukan kepada aku oleh seorang kenalan aku neh. Hahaha…soalan memang mengguris hati dan perasaan la pada aku. Siot jerk tanya soalan cenggitu kat aku. Bukan dye xtaw aku blom kawen lg. Padahal kenalan aku tuh dah pown berkahwin dah ada anak pown. Makanya, dengan slumbernya aku menjawab “ntah…manila aku taw…aku blom kawen lagi” hahaha…dah memang betul kan..aku mmg xkawen lg. Kalo aku dah kawen…bleh jgkla aku jwb seronok kew x? hahaha… :p

Masa soalan tuh diajukan pada aku…terus aku teringat seorang ustaz masa aku skolah dulu pernah bercerita… "kahwin tuh seronok sbb sebelum neh tdo sorang2…dah kawen tdo berdua…ada bantal peluk” hahaha…mmg cam ampeh jerk ustaz aku tuh. (maap yerk ustaz kalo terbaca) keh3. Mana tak ampehnya…bagila kata2 peransang sket kat anak2 murid…neh tak. Adehla!

Mintak maap sekali lagi…topik pada hari ini lebih kepada 18XXL. Hu2. Kalaulah soalan camtuh diajukan pada korang...ape korang nak jawab ek? Neh aku tanya pada yang dah kawen la...pada yang blom kawen, korang nak jawab jgk kew? Bleh jerk kowt...tarak masalah. hahaha...sebab ada seseengah orang yang blom lg berkahwin dorang fikir kawen itu seronok. Aku pown xpastilah ape keseronokannya...tapi bagi aku, aku rasalah...mungkin segala suka dan duka tuh bleh dikongsi bersama. Itu yang aku rasa la...mungkin. Ecewah! hikhikhik

Perkahwinan kalo dengar pada namanya macam best jerk kan? Macam seronok. Tapi kita pernah terfikir tak segala cubaan dan dugaan yang kita perlu hadapi dalam alam rumahtangga? Bukanlah aku nak menakut2kan korang yang masih lg belum berkahwin termasuk diri aku sendiri...tapi pernah tak kita terfikirkan tuh? Orang kata, berkawan dan bercinta tuh masih algi tetap indah...kalo ada dugaan atau masalah pown masih boleh saba2 lagi...yerkla tengah manis kan...semua nampak indah dan cantik jerk. keh3. Kalo tak bleh tahan...boleh jerk BLAH...toi x? Kalo dah kahwin plak, kalo ada sket masalah takkan terus nak amek keputusan untuk bercerai plak? Apa2pown mesti bawa berbincang walau apapun masalah yang timbul. Tak semua perkahwinan tuh berjaya...Benarlah orang kata "Perkahwinan itu satu Perjudian". Macam berjudi, kalo nasib baik...menanglah. Kalo nasib kurang baik...kalahlah. Erm...itu semua bergantung kepada kepercayaan dan persefahaman kedua belah pihak.

Bukan senang bagi seseorang wanita untuk memahami lelaki dan juga bukan seanng bagi seseorang lelaki untuk memahami wanita. Lelaki perlu tahu apa yang wanita mahukan dan wanita juga perlu tahu apa yang lelaki mahukan. Bagi aku, lelaki mungkin boleh dapat baca apa yang wanita fikirkan. Tetapi amat payah bagi seseorang wanita untuk membaca apa yang lelaki fikirkan. Tak percaya? Pada apa yang lihat la…lelaki neh kadang2 apa yang dye ckp tuh mempunyai maksud yang tersirat.Mulut cakap lain…tapi maksudnya lain. Kita neh sebagai kaum wanita kena faham2 sendiri. Aiseh…payah kan? Kalo wanita neh plak….kalo cakap tuh mmg “direct to the point” jerk. Apa yang nak dicakap…maksudnya jelas dan memang akan fahamlah. Kalo xbercakap pown…dari segi perbuatan pown lelaki neh dah faham apa yang wanita mahukan. Huhuhu

Selain tuh…wanita juga kalo nak sesuatu tapi segan nak cakap…dye akan berkias2. Lelaki neh kalo wanita berkias belit2 pown dye mudah faham. Cuba kalau lelaki berkias2, maw pusing2 pecah2 kepala dok piker. Huhu.

Cubaan dan dugaan masa berkawan, bercinta, bertunang dan sudah berkahwin memang lain2. Orang kata dugaan masa bercinta tak sehebat dugaan orang sedang dalam ikatan pertunangan. Macam2 hal boleh berlaku. Sebab tuh kalo boleh jangan bertunang lama2. hu3. Dugaan masa sudah berkahwin atau berumahtangga jugak lain. Orang cakap, kalo kita kawen dengan suami atau isteri kita bermakna kita kena kawen dengan mak ayah serta adik beradik dan sedara-mara dye skalik. Ha...ada paham ka? Maksudnya...bukan setakat kita kena faham suami atau isteri kita jerk...tapi kita kena faham dengan mak ayah dan keluarga kedia belah pihak. Apa2pown kena bertolak ansur dalam apa jua hal serta kena banyak bersabar. Itu sangat2 penting. Tak boleh arr asik nak ikut kepala otak sendiri jerk. Fikir sama orang lain. hu2.

Selalunya masalah yang aku lihat, Mertua vs Menantu. (aish...dah macam citer drama kat astro plak) hehe... Betul beb! Selalunya ia dikaitkan dengan kaun wanita la. Menantu perempuan dengan ibu mertua. Bukan senang nak dapat ibu mertua atau menantu pompuan yang baik. Kadang2 menantu pompuan baik, mak mertua ragging menantu. hahaha. Dan kadang2 tuh plak...mertua punyala baik...menantu plak ragging mak mertua. Aiseh! xpatut2. hu2. Tapi, tak semualah camtuh... Ada jugak mak mertua dan menantu pompuan yang sekepala...tambah2 kalo bab shopping. Memang sekepala sungguhlah! hahaha

Lelaki dan bapak mertua plak macam mana? Ada sessi ragging meragging jugak kew? hehe... Masalah yang akan dihadapi bagi menantu lelaki adalah nak menghadapi bapak bertua. Kalau dok bersembang depan tv tengok bola. Tambah2 plak sokong lain2...hahhaa...xker gler namanya. Masing2 sokong pasukan masing2...sorang sokong ManU sorang lagi sokong ACMilan. Maw nyer kerusi malas dihenyak2. hahaha. Tuh baru bab bola...belum sentuh lagi bab hobi. Kalo bapak meertua minat memancing ikan, menantu lelaki plak minat memancing jugak...tapi mancing lain (hahaha...gurau jerkla :p) menantu lelaki hobinya suka pasal barang2 kereta, Bersembang pasal hobi...tapi tak sekepala...payah jugak kan? he2

Macam mana plak kalo duduk serumah dengan mertua? Pergh! Susah nak jawab neh...??? hikhikhik... Slalonya kalo kes2 camneh dikaitkan dengan menantu pompuan dengan ibu mertua. Jaranglah berlaku kat menantu lelaki. hu2. Kes2 camneh slalo berlaku kalo si suami tuh anak sulung, anak bongsu ataupown anak tunggal yang sekaligus bertanggungjawab menjaga ibunya. Betoi tak? Memang betul itu tanggungjawab si anak menjaga ibu kandungnya yang sudah tua tambah2 sudah ketiadaan suami. Tapi, bagi aku kalo boleh dielakkan...elakkanlah duduk serumah dengan mertua. Sebab mungkin akan menimbulkan masalah antara suami dan isteri atau antara isteri dan mertua. Si suami jugak mungkin akan dilanda masalah serba salah antara ibu dan jugak isteri. hu3...sob sob sob. Makanya...silalah duduk rumah sendiri yerk. hikhikhik...


Tuh blom lagi masuk bab ipar-duai lagi. Lagi arr penen gamaknyer. hu3. Masalah yang slalo dikaitkan dengan biras, ipar-duai neh..slalonya masalah dengki mendengkilah.Tak boleh tengok orang lain lebih sket..dye pown nak lebih jugak. Aduh...susah hidup! (pinjam ayat adik aku jap..hehe).

Itulah asam garam kehidupan...baik dari zaman bujang berdua, bercinta, bertunang sampailah ke alam perkahwinan dan bekeluarga. Setiap orang akan menghadapi semua situasi2 cam yang aku sebutkan kat atas tuh. Lumrah alam….harus! hikhikhik…

Korang mesti terfikir2 kenapalah aku cerita topik2 camneh kan? hahaha...maklum jerkla…aku kan blom berkahwin lg. Ha...jangan nak pk aku neh tengah "menggatal" a.k.a "miang" nak bernikah plak ek?! Semua cerita2 yang aku tulis kat atas tadi tuh berdasarkan pemerhatian aku...bukan dari pengalaman aku...sebab aku masih belum mengalaminya lagi. hu2...(nebes2) hahaha... Semua cerita2 neh adalah dari pemerhatian aku yang berlaku pada sekeliling aku...berdasarkan pada pegalaman orang lain…aku gabungkan ia menjadi satu cerita yang boleh kita renung2kan bersama. Tak mintak korang setuju pown dengan semua yang aku tulis kat atas tuh…hanya mahu berkongsi cerita dan lebih bersedia untuk menghadapi masa akan datang. InsyaALLAH! Mana yang baik kita jadikan sempadan…dan mana yang buruk jadikan tauladan. Mudah2an…AMIN! ^_^

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!