Monday, March 7, 2011

Kelip2

"Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya? "

Pernah dengar tak pantun kat atas tuh? Cewah...berpantun2 plak yerk...hehe. Korang penah tengok kelip2? atau nama lainnya Kunang2. Atau nama omputehnyew Firefly. Orang tua2 cakap...kelip2 neh kira berkaitan dengan orang mati. Betul kew? huhu...aku pown tak berapa nak pasti. Tapi yang pastinya...aku pi tengok kelip2 neh. hikhikhik
Lokasinya di Bujang Boat FireFly kat Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Wah...memang best! Walaupown jalan nak ke sana, adoila sangat gulap gulita, bersimpang-siur...akhirnya sampai jugak ke destinasi dituju. Nak tengok kunang2, konpem2la kena pi malam2, siang2 mana nampak cahayanya. hu2.
Bayaran yang dikenakan RM20.00 seorang. Tapi, tyme aku pi dapat diskaun..ngeh2...jgn jeles taw! :p Kat ctu jugak bukan setakat untuk tengok kelip2 jerk...ada tempat makan "Restoran Terapung" lagi tuh...siap ada pakej makanan lagi. Ada seafood & jugak ala-carte. Pilih jerk...harga pown berpatutan. =)
Aktiviti melihat kelip2 ada disediakan "cruise". Wah...nama bukan main lg ek? Cruise neh kira cam boat kayu yang boleh memuatkan 20 -40 orang penumpang. Masa perjalanan yang diambil dok atas bot tuh tuk tgk kuanang2 adalah selama 20-30 minit jerk. Setengah jam tuh...tapi rs cam sekejap sgt. Memang tak puas walaupown sebenarnya aku takut2 jugak sbb dalam hutan kan...dah lew gelap. huhu. Tak lupa jugak, setiap penumpang dibekalkan "Life Jacket" setiap seorang untuk dipakai sepanjang berada atas cruise tersebut.

Titi yg agak cerun..hu2 takut aku nak turun naik. / atas cruise

Selesai tengok2 kunang2...bolehla bersantap dengan hidangan yang telah di order sebelum naiki bot td. Bab makan tuh...terpulang sebenarnya. Nak makan pown bleh, xnak pown bleh..Ahakz! Selesai aktivit dan makan2...bolehlah balik. haha.. Tapi bg aku mmg syok arr...sbb aku sker wat aktiviti rekreasi cmneh. Kalo dapat wat Flying Fox ker...berkayak ker...snokling ker...waaaa..bestnyew....!!! lama kowt xwat aktiviti2 cmtuh. Rindu glew!


Singgah kat tembok neh jap amek gambo. he2

So, kepada sesiapa yang teringin dan berminat nak tengok Kunang2 @ Kelip2 @ Firefly neh kalo terpegi Kota Tinggi Johor neh leh arr singgah Bujang Boat Firefly. Kalo ikutkan kat Kota Tinggi neh aku tgk ada byk tempat nak tgk kelip2 neh...tapi aku syorkan yang neh jerkla…sbb aku dah pegi. Hehe…kat bawah neh ada contact details…

65, Jalan Bahagia, Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
H/P : : +60 12 - 759 3468 : +60 13 - 755 8640 : +60 13 - 702 7057
emel
:
bujangboat.firefly@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!