Sunday, May 29, 2011

Alissara Thai Crusine

Salamz all. Lama suda tak update blog. Lama gler nak update pasal gi makan kat Alissara neh...tapi tunggu gambo dari kameraman...baru la neh dapat. Timer kasey enceq kameraman kerana sudi jugak amek gambo2 ini dan layankan ajerk penulis blog tak berapa tegar neh. hehe


Korang mesti tertanya2 apekebenda la plak Alissara neh? Nama cam pompuan jerk kan? kan? keh2...Alissara neh sebenarnya sebuah restoran masakan thai yang terletak di Puchong. Inilah pertama kali menjejakkan kaki kat Alissara neh. Tuh pown member aku yang bawak. Maklum jerkla member aku neh orang siam....kikiki...



Daripada research yang aku wat, Alissara neh dah lama wujud lebih dari 6 tahun. Pada asalnya restoran ni menyewa lot tepi rumah teres kat Puchong Perdana. Masa tu resepinya tipikal macam yang selalu korang dapati kat Warung Thai yang tepi jalan tu. Tapi selepas berpindah ke shoplot, Aliisara betul2 menyediakan menu makanan dari Thai seperti yang disediakan di Sabye Sabye Thai, Seri Thai atau mana2 restoran makanan Thai yang berbintang sedikit. So, harga pun upgrade sket, bukan harga ala warung lagi. Menu ala carte untuk seorang makan bermula lebih kurang RM6.50++ Tapi jauh lebih murah sedikit dari restoran makanan Thai yang ber-air-cond yang dah femes2 tu.

Okiesla untuk pengetahuan korang semua, makanan2 kat Alissara neh rata2 memang pedas2. Kalau agak2 tak tahan pedas tuh...bleh mintak dorang masak kurang pedas. Aku kalo ikutkan memang suka makan pedas...tapi tak tahan jerk...so, memang mintak dorang masak kurang pedas. Macam2 jenis menu ada...termasuklah Pulut Mangga.Kat bawah neh antara lauk yang kamiorder malam tuh.



Gulai Hijau Ayam




Yang depan skali tuh: Ala2 telur dadar...yang speselnya dalamnya ada suhun. Sedaaaaappp...!!!


Yang neh plak namanya Phad Kra Phau Ayam. (Aish...terbelit2 lidah aku nyebutnya..kekeke) Bahannya adalah ayam cincang yg ditumis bersama2 dengan bawang putih, cili api dan jugak sos tiram. Dan bahan yang paling penting dalam menu neh..adalah Daun Basil. Pergh.! Aku dah kalah Chef Wan la plak..siap bagi resepi. hahaha...takpe2, lepas neh bleh cuba yerk...=)

Ada satu lagi makanan yang sempat aku rasa. Aku pown xsure namanya apa...sejenis Dessert. Ala2 macam bubur caca...tapi neh sejuk...siap ada ais lg. pown sedap jugak. Jangan risau, masakan adalah HALAL.

So, agak2 nak tukar selera makan masakan thai, bleh la serbu ke Alissara neh...Bawah neh aku ada sediakan map. Selamat menjamu selera!






RESTORAN ALISARA (Thai Cuisine)

Cs23 Jalan Indah 3/2

Taman Puchong Indah

Puchong

03-80624205


Monday, May 16, 2011

Mee Rebus Ramli @Ipoh

"I'm coming home...i'm coming home...tell the world i'm coming home!" eheh. Pergh...! Sangat seronok bercuti lama...w/pown ada gangguan gaks tipon asik berdering2 dan aku terpaksa batal cuti tuk 1ari. adeh...tensen2! tp, xpe...walau kena g keje pown, hati agak senang...dan masih mampu senyum lagi. Moga ianya kekal hingga ke akhir hayat...InsyaALLAH! =)



Korang lapa tak? hahaha...neh soalan aku bg kat semua rakyat Malaysia. Aku juz nak promote satu tempat makan. Tapi, bukan kat KL arr...tp, kat Ipoh. Aku rasa ada penggemar Mee Rebus. Aku adalah salah seorang. hehe... Ok2. Mee Rebus Ramli neh kalo ikutkan ada byk branch...yang aku g neh kat Pekan Ipoh. Betul2 sebelah Gerbang Malam.


Mee Rebus Ramli neh lain dari yang lain sket...kuahnya tak macam mee rebus yg slalo aku makan. Slalonya gunakan kentang or keledek dan jugak daging kan...kan.. Tapi, mee rebus ramli neh kuahnya cam ala2 mee bandung gitew...kemerah2an. Tapi, rasanya sedap!



Kat Restoran Mee Rebus Ramli bukan jerk jual mee rebus semata2. Ada jugak jual menu2 lain, macam laksa, nasi ayam, chicken chop dan harganya berpatutan.




neh model JJCM aku. hahaha. Pn.Riena: "Jemput makan!" hehe


So, kepada korang2 semua expecially pelancong dari luar mahupown dalam negeri, kalo dah sampai ke Ipoh tuh jangan lupa pekena Mee Rebus Ramli ok. Mesti maw! hehe~


Friday, May 6, 2011

Please...Don't Bother [Me] Anymore!


Tertutup Buatmu - by - Wan Hardiah

Selagi aku menurutkan kata hati
Selagi itu hidupku begini
Tak terdaya rasanya membuat keputusan
Sekaliku menantimu satu penyeksaan

Butakah mata tulikah telinga ini
Jiwaku seolah-olah terkunci
Sukarku terima kenyataan yang pedih
Sering dikhianati kekasih

Tiba akhirnya kesedaran
Hadirmu hanya bebanan
Kejahilan ini andai kubiarkan
Musnah masa depan

Bukan membenci tetapi jemu
Telah berkali mendustaiku
Mulai kini ruang hatiku
Tertutup buatmu

FLY Away~



KAU BUKAN MILIKKU LAGI


Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…
Namun hati ini dah terukir namamu…
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu dihatiku…
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…
Aku tak mampu lakukan apa-apa…
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…
Aku sedar hati aku milikmu….
Tapi hatimu miliknya…
Jangan hantui hidupku lagi dengan
Bayanganmu…kerna hatiku luluh…
Jangan muncul dalam kotak ingatanku…
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…
Tapi biarlah…
Daripada aku terus berendam air mata…
Sesuatu yang bukan milikku…
Takkan pernah jadi milikku…
Selamanya…
Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan
Sepertimu…
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…




Thursday, May 5, 2011

Kenapa Chenta Susah Datang?

Allop semua! Lama dah nak post entry neh...tapi tak berkesempatan jerk. huh! Rasa2 neh sajak kowt...xpown puisi...kew syair ek? hikhikhik... Saje jerk post mende alah neh...takderk kena-mengena ngan aku pown. Tapi khas untuk tatapan "pembaca2 setia" blog aku. Sebab ada salah seorang dari "korang" yang memang nak sangat baca...so, aku post yg neh jerkla ek? ek? Yang lain2 tuh tak payahla kowt...wat semak ruang blog aku jerk. Aku siap edit bg cantik2...lawa2...cuwn2...bg cantik menarik tertarik...xderkla da bomb sgt. Sowyla bagi penulis asal entry neh..tajuk aku tukar…Tapi, jangan risau, mungkin editing aku neh xbrp jelas... Kat bwh pic neh aku type semula sajak a.k.a puisi neh yerk..senang sket nak baca. hehe... Tajuk asal pown aku nyatakan skalik. Marila kita layankan ajerkla iyerk...! lalalalalala~~






cinta tu susah ke?????
July 13th, 2009



Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,



Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,


Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu



Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,



Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan


Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan….



Monday, May 2, 2011

One lovely blog award

Pergh…! Suda lama tak dapat tag. Hehe…thanks a lot untuk K.nina a.k.a K.ibut –my kakak tersayang…yg vogue a.k.a malatop gitew…kerna sudi men”tag” deq lala yg semakin chumelnyew neh. Hehe *perasan lebey




Hohoho…dapat award neh kena citer serba sedikit tentang diri yerk? Erm…ape nak citer yerk? Sebab saya neh xreti describe diri sendirik camnew. Eheh! Tapi, xpe…saya tuleh serba seidkit atas penilaian dan pemerhatian kawan2 saya yerk…yang pernah saya dengar. hehe



• Macam k.nina jugak…saya juga suka laut, pantai, bunyi ombak…dah beso2 neh jerk sukanya…dulu masa kecik2 saya sangat penakut dengan air laut. Haha…takut lemas (sbnrnya..ada citer disebaliknya…eheh!)
• Kalo tensen…benda pertama yang aku carik adalah Coklat. Coklat pebret aku “Cadbury Hazelnut” Kalo x pown…coklat dalam balang sebijik2 tuh pown layan jugak…janji ada kacang hazel. Haha…dapat Mcflurry oreo pown sedap gaks…layan!
• Kawan2 saya kata, saya neh kuat berahsia a.k.a perahsia. Eheh…betulkah? Rasa cam tak jerk…hahaha…tp, kekadang rasa cam yer…betullah kan…tak semua benda leh cerita kat orang lain kan? Kan? Yang jelas, aku neh pemendam kowt…agaknyer la. Hehe… tp, orang pemendam neh bahaya kan…leh jd pendendam. Huhu…ngeri! Silalah hati2 dengan saya. Hahaha :p
• Suka tengok citer hantu…tapi lepas tuh terbayang2 muka hantu tuh. Hahaha…takut tapi nak tengok jugak. Dan perkara pelik, slalo orang kalo takut tutup mata or tutup muka,,,tapi aku tak, aku tutup tinger mata bukak tengok hantu tuh. Hahaha. Camno tak terbayang2. kekekeke


Okiesla…aku juz nak tag kawan aku yg sorg neh. Cik Puan Kikin. Tapi, kalo ada kengkawan yg lain nak wat tag neh..bleh jerk. Amatlah dialu2kan. Tarak jadik hal. Eheh!


Kepada yang maw wat tag neh…bila aura kerajinan dah datang nak jawab tag ni nanti, sila2kanlah….
• copy image award pada entry baru korang
• buat link pada aku/ahkak/adik manis ni yek :))
• senarai apa-apa cerita pasal diri korang sebanyak 7 perkara
• tag la 15 blogger lain *kalau korang nak la - ini bukan paksaan..nama pun tag just for fun kan?*
• sebab korang pilih blog yang tersebut



♥ lots of love ♥
~Cheq LaLa ~