Sunday, May 29, 2011

Alissara Thai Crusine

Salamz all. Lama suda tak update blog. Lama gler nak update pasal gi makan kat Alissara neh...tapi tunggu gambo dari kameraman...baru la neh dapat. Timer kasey enceq kameraman kerana sudi jugak amek gambo2 ini dan layankan ajerk penulis blog tak berapa tegar neh. hehe


Korang mesti tertanya2 apekebenda la plak Alissara neh? Nama cam pompuan jerk kan? kan? keh2...Alissara neh sebenarnya sebuah restoran masakan thai yang terletak di Puchong. Inilah pertama kali menjejakkan kaki kat Alissara neh. Tuh pown member aku yang bawak. Maklum jerkla member aku neh orang siam....kikiki...



Daripada research yang aku wat, Alissara neh dah lama wujud lebih dari 6 tahun. Pada asalnya restoran ni menyewa lot tepi rumah teres kat Puchong Perdana. Masa tu resepinya tipikal macam yang selalu korang dapati kat Warung Thai yang tepi jalan tu. Tapi selepas berpindah ke shoplot, Aliisara betul2 menyediakan menu makanan dari Thai seperti yang disediakan di Sabye Sabye Thai, Seri Thai atau mana2 restoran makanan Thai yang berbintang sedikit. So, harga pun upgrade sket, bukan harga ala warung lagi. Menu ala carte untuk seorang makan bermula lebih kurang RM6.50++ Tapi jauh lebih murah sedikit dari restoran makanan Thai yang ber-air-cond yang dah femes2 tu.

Okiesla untuk pengetahuan korang semua, makanan2 kat Alissara neh rata2 memang pedas2. Kalau agak2 tak tahan pedas tuh...bleh mintak dorang masak kurang pedas. Aku kalo ikutkan memang suka makan pedas...tapi tak tahan jerk...so, memang mintak dorang masak kurang pedas. Macam2 jenis menu ada...termasuklah Pulut Mangga.Kat bawah neh antara lauk yang kamiorder malam tuh.



Gulai Hijau Ayam




Yang depan skali tuh: Ala2 telur dadar...yang speselnya dalamnya ada suhun. Sedaaaaappp...!!!


Yang neh plak namanya Phad Kra Phau Ayam. (Aish...terbelit2 lidah aku nyebutnya..kekeke) Bahannya adalah ayam cincang yg ditumis bersama2 dengan bawang putih, cili api dan jugak sos tiram. Dan bahan yang paling penting dalam menu neh..adalah Daun Basil. Pergh.! Aku dah kalah Chef Wan la plak..siap bagi resepi. hahaha...takpe2, lepas neh bleh cuba yerk...=)

Ada satu lagi makanan yang sempat aku rasa. Aku pown xsure namanya apa...sejenis Dessert. Ala2 macam bubur caca...tapi neh sejuk...siap ada ais lg. pown sedap jugak. Jangan risau, masakan adalah HALAL.

So, agak2 nak tukar selera makan masakan thai, bleh la serbu ke Alissara neh...Bawah neh aku ada sediakan map. Selamat menjamu selera!






RESTORAN ALISARA (Thai Cuisine)

Cs23 Jalan Indah 3/2

Taman Puchong Indah

Puchong

03-80624205


2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

[ib] said...

Macamana tahu makanannya halal? Boleh tahu siapa ownernya? Ingat nak juga pergi buka puasa.

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!