Monday, August 1, 2011

Lepaskanlah KeEGOanmu

Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.

Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?

Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?

Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.

Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?

Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.

Buanglah prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindaril prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri dari hati.

Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.

Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.

Jika anda ingin dicintai pasangan hidup anda, maka buatlah diri anda menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin anda akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah berikan yang terbaik, meski itu tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.

Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.

Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!

4 comments:

Anonymous said...

Kadang dlm kehidupan perlu ada sedikit keegoan baru lah diri dihormati .....kalau tanpa keegoan diri akan dipandang rendah,,betul kata kata cik lala merendah diri adalah penting dlm hidup tp kena tgk pada tempat jugak ,,,,(hanya sekadar pendapat )

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

B~annymous yerk? hahaha terima kasih atas pendapat awk tuh :)

Anonymous said...

Heheheh ,,,B suka dgn cerita awak terus kan penulisan awak tu ,,,,B sentiasa sokong awak ....

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

i loike!~ heee~~

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!