Thursday, February 23, 2012

[ku] mohon...




Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku



by: Sheila Majid


Wednesday, February 8, 2012

WARNA dan Personaliti

Salamz all! Arineh aku nak membebel pasal warna. Terlintas kat fikiran nak citer pasal warna atas sebab2 tertentu..hehehe *wink*

Aku taw setiap dari kita neh mesti ada WARNA kegemaran kan?Agak2 warna apa yag korang suka yerk? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah korang bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak seseorang tuh.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

1. MERAH

2. HIJAU

3. KUNING

4. BIRU



Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Ok, jum kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

· MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


· BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.


· KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya
pada orang.

· HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

· KELABU & HITAM

1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

· COKLAT & UNGU

1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kura
ng teliti tetapi penuh harapan dan positif.


Walau apapown warna kegemaran kita, sebenanrnya warna-warna inilah yang menyinari dan mencorakkan sesuatu. Kita sebagai manusia sedari kecil lagi ibarat kain putih dan sehingga dewasa menjalani kehidupan yang berbagai2 dan berwarna-warni. Jum layan lagu Warna by Sheila Majid kat bawah neh jum!




Thursday, February 2, 2012

Jadilah Isteri yang Solehah

Assalamualaikum all reader, kali neh entry aku lain macam sket. Bukan sket kowt…tp, macam banyak jerk. Neh bukan topic untuk dibuat main2 yerk kawan2…dan bukan aku saja2 buh kat cni or nak menggatal gewdix2 nak citer2 bab cenggini kat sini.Ada motif dan tujuan aku letak post-entry neh. Mungkin berguna tuk aku dan juga pada isteri2 yang sudah pown sedia berumahtangga. Sesamalah kita ingat-mengingati sesame sendiri tugas & tanggungjawab sebagai seorang ISTERI SOLEHAH. Jum baca untuk renungan kita bersama... =)

“Bagaimana ingin manjadi seorang isteri yang dapat membahagia kan suami dan hidup di redhai Allah. Bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga bahagia dan diberkati?"


Tips, Pesanan & Panduan untuk Isteri-Isteri dan bakal-bakal isteri solehah

1. Isteri yg sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Isteri yg sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yg bukan mahram nya dan pandangan matanya sendiri.Tidak membenar kan lelaki bukan mahram memasuki rumah nya ketika ketiadaan suaminya.

3. Isteri sedia menjadi kan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerah kan kepada lelaki.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi tidak bertentangan perintah agama.

5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayangyg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat utk mendapat ketenangan dan keahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dpt menyelamat kan suami dari masalah kewangan.

8. Isteri sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yg suami tidak mampu menunaikannya.

9. Isteri sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanankan tugas dan tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11. Isteri yg sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

12. Isteri yg sentiasa berhias diri apabila di hadapan suaminya dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suaminya.

13. Isteri yg sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluan sendiri.

14. Isteri yg sentiasa bersikap malu kepada suami, sopan santun dalam perkataan dan juga perbuatan.

15. Isteri yg menemani suaminya ke muka pintu sewaktusuami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.



Sumber: Isteri Solehah ( Dipertik Dari Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab)