Thursday, February 2, 2012

Jadilah Isteri yang Solehah

Assalamualaikum all reader, kali neh entry aku lain macam sket. Bukan sket kowt…tp, macam banyak jerk. Neh bukan topic untuk dibuat main2 yerk kawan2…dan bukan aku saja2 buh kat cni or nak menggatal gewdix2 nak citer2 bab cenggini kat sini.Ada motif dan tujuan aku letak post-entry neh. Mungkin berguna tuk aku dan juga pada isteri2 yang sudah pown sedia berumahtangga. Sesamalah kita ingat-mengingati sesame sendiri tugas & tanggungjawab sebagai seorang ISTERI SOLEHAH. Jum baca untuk renungan kita bersama... =)

“Bagaimana ingin manjadi seorang isteri yang dapat membahagia kan suami dan hidup di redhai Allah. Bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga bahagia dan diberkati?"


Tips, Pesanan & Panduan untuk Isteri-Isteri dan bakal-bakal isteri solehah

1. Isteri yg sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Isteri yg sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yg bukan mahram nya dan pandangan matanya sendiri.Tidak membenar kan lelaki bukan mahram memasuki rumah nya ketika ketiadaan suaminya.

3. Isteri sedia menjadi kan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerah kan kepada lelaki.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi tidak bertentangan perintah agama.

5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayangyg sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat utk mendapat ketenangan dan keahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dpt menyelamat kan suami dari masalah kewangan.

8. Isteri sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yg suami tidak mampu menunaikannya.

9. Isteri sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanankan tugas dan tanggungjawap sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11. Isteri yg sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

12. Isteri yg sentiasa berhias diri apabila di hadapan suaminya dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suaminya.

13. Isteri yg sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluan sendiri.

14. Isteri yg sentiasa bersikap malu kepada suami, sopan santun dalam perkataan dan juga perbuatan.

15. Isteri yg menemani suaminya ke muka pintu sewaktusuami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.



Sumber: Isteri Solehah ( Dipertik Dari Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab)

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!