Tuesday, March 27, 2012

SeaWalking

"Tingi2...gunung kinabalu..tinggi lagi sayang sama kamu" hehe...sajew gewdix nyanyi lagu Sayang Kinabalu neh...sebab entry aku arineh nak citer 1aktiviti aku kat Sabah neh...Korang penah berSEAWALKING tak? Ala...berjalan dalam air dalam bahasa melayunyew...keh3. Best wooooo...memula takut sebenarnya nak duduk dalam air tuh selama 20-30 minit. Tapi, bila dah turun laut, naik balik...rasa taknak naik dah...nak turun balik duduk dalam tuh. hahaa...syokkkkk tuhhhhhh...Bler duduk dalam laut rasa cam kat alam lain...cantik sangat....!!! Masa tuh jugak korang akan fikir kekuasaan Tuhan mencipta dunia yang serba indah....Subhanaalah!!!




Aman, tenang disini...Gunung Kinabalu Seawal jam 6pagi sudah terang seperti di KL jam 7pagi



Ok, aku gi ke KK Jeti seawal jam 7pagi. Bertolak ke Pulau Sapi. Perjalanan mengambil masa selama 20-30 minit menaiki bot feri


Kota Kinabalu Jeti

Seawalking neh tak memerlukan tangki gas oksigen tetapi hanya memerlukan helmet kepala seberat 35kg untuk dipakai semasa di dalam air. Jangan risau, memang helmet tuh berat tapi semasa di dalam air, ia ringan. Dan ada jugak cara2 menggunakannya supaya air tidak masuk dalam helmet tersebut. Dan anda jugak tak perlu risau, sebab anda boleh bernafas di dalam helmet tersebut. Bantuan cara-cara pernafasan, penggunaan isyarat tangan juga diajar serta dibekalkan dengan sepasang kasut getah yang khusus untuk digunakan semasa didalam air.. Hanya 6-8 orang sahaja dibenarkan turun ke dalam laut dan berjalan di dalam laut sambil dibantu oleh Diver a.k.a penyelam-penyelam yang profesional dan terlatih lagi kacaks ala2 K-Pop..hahaha selama 20-30 minit di sepanjang Pulau Gaya dan Taman Tunku Abdul Rahman .

Para peserta dikehendaki menuruni tangga masuk ke dalam air sambil dibantu oleh Diver dan jugak tali. So, korang jangan risau atau rasa takut atau gementar. Memang mula-mula akan rasa takut...tapi bila dah duduk dalam tuh konpem taknak naik dah. Dah naik, mesti nak turun sekali lagi. hehe...Sangat Best!


Angkasawan dalam air wif Nemo. he2

Sebelum terlupa, bayaran yang dikenakan untuk melakukan aktiviti Seawalking neh hanya RM250 sahaja seorang. Tp, makanan ala2 BBQ di tepi pantai juga disediakan...aktiviti snorkeling juga boleh dilakukan.Sijil penyertaan dan juga cd gambar dan video semasa aktiviti dilakukan juga diberi. 

So, kepada sesiapa yang turun ke Sabah tuh...jangan lupa wat aktiviti Sewalking neh okies. Sangat2 seronok! Okiesla sebagai penutup entry arineh...jum layan lagu Sayang Kinabalu kat bawah neh...hiks...layan!~



0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!