Thursday, May 24, 2012

"Jum Ghi Candat Sotong 2012"

Salamz u'olls!!! Sehatkah? he2...aku pown Alhamdulillah...dah beransur sehat. Dan banyak glew citer2 yang aku kumpul untuk kongsi kat sini. Termasuklah entry aku yg kat bawah neh...Dah lama simpan berkepok-kepok. Tak sempat nak update diatas kesibukan diri serta kerjain yang menggunung tinggi. Hari ini baru ada kelapangan untuk mengetuk kekunci yg ada huruf2 neh...wrote in a blog...hohoho...speaking london, betulker ayat aku neh? Oh, my english! haha :p

Sebelum aku terpesong jauh dari tajuk sebenar entry aku neh...lebih baiklah aku mulakan yerk. he2. Juz nak story pasal pengalaman Mencandat Sotong kat Pulau Kapas. Marang Terengganu jerk. Aku rasa mungkin ada yg pernah dan ada pengalaman candat sotong neh. Nampak cam mudah. Sebenarnya mmg senang, tapi kesabaran dan kecekalan dok atas bot tuh yang wat kita berbelah bagi (nak g ker xnak g?) Sebab g candat sotong neh bulannya duduk atas bot yang besar, kapal yg besar ataupown feri. haha... Duduk atas bot kecil. Senang cerita, Bot Nelayan. ok?!

Akhirnya, aku buat keputusan pergi jugak untuk tahun neh selepas ketidakjadian aku menjuinkan diri pada tahun2 lepas atas terdengar cerita2 dan pengalaman2 dari kawan sepejabat termasuklah my daddy...haha...yang mengatakan "muntah...muntah...muntah!" "mabuk laut" mabuk darat" dan seangkatan dengannya. :p Risau tetap risau beb...tambah2 aku neh memang mabuk laut (mabuk laut xpe...jgn mabuk todi..hahaha) Aku gagahkan diri jugakla pegi...sebab kalo tak pegi tak taw apa jadi dan tak dapat pengalaman muntah2 atas bot. ki3

Oh, ya! Aktiviti candat sotong neh adalah anjuran Kelab Rekreasi Tourism Malaysia dan orang luar boleh menjoinkan diri. Tapi, kena bayar lebih sket arrr...tp, BERBALOI taw...!!! Aku siap promot kat kengkawan aku lg, dari 4orang nak juin, tinggal sorg jerk yg jd juin. Aku tarak hal...mereka2 ada hal2 yg tidak dapat dielakkan pada tarikh tersebut.

Ok, kami bertolak dari KL pada Jumaat malam 27 April 2012. (kena tulis tarikh neh...kang aku lupa masuk report...ha3) Dan sampai di Bandar Kuala Terengganu pada keesokan paginya. Sebelum tuh singgah Solat subuh dan seterusnya sarapan pagi. Kami check-in hotel lewat sikit selepas makan tengahari di Marang Guest House & Seri Malaysia,Marang. So, sebelum check-in aku dgn kwn aku sorg neh sempat lagi pi Pasar Payang. Belum beli dan terus belah lagi...tp, kami wat SURVEY dulu. Survey tempat & harga haha...nnt senang tyme supin..g terus kedai tuh. ki3 (padahal aku sempat jugakla beli 2pasanag baju tidoq tyme neh...ha3)

Breakfast di Kuala Terenggeanu

@Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu

Selesai check-in, rehat2 jap. Dalam pukul 4.30 kami ada sedikit taklimat dan majlis santai2 bersama Media sebelum bergerak ke Jeti Pulau Kapas. Selesai minum petang, kami gerak ke Jeti untuk aktiviti mencandat. Kami dibahagi kepada 8 Kumpulan dan 1 Kumpulan bot Media. Sepatutnya 8 bot kami ada sorang ke dua orang wakil Media. Tp, xjd...dan Media ambil 1 bot untuk mereka sahaja (takut muntah la tuh tyme pegang kamera...hahaha)

Tepat pukul 6 petang bot bergerak menuju ke Pulau Kapas. Perjalanan mengambil masa satu jam untuk samapai ke pulau. Bila dah sampai, bot diberhentikan, dan pertandingan mencandat sotong dimulakan seawaljam 7petang. Masa tuh la...baru taw macam mana nelayan2 g tgh laut tangkap ikan, sauk udang, candat sotong dan sebagainyala... Bayangkanlah...satu bot nelayan tuh sensorang...dok tgh2 laut, bot terhoyong hayang...kaloair tenang okla sikit,kalo tyme air bergelora...hujan lebat? hu2... Nampak cam senang keje Nelayan neh...tp, sebenarnya susah. Kita senang jerk g pasar beli semua2 tuh pastuh komplen harga mahal...sememangnya susah jd nelayan neh...sbb memerlukan ketahan mental dan fizikal yg cukup kuat. Tuk pemabuk2 laut tuh rentikanlah nak jd nelayan. Berniaga kat pasar xpe.hahaha (aku dah mula tersenget sket dah...he2)

Okla...aku cakap terus-terangla ha2. Disebabkan aku mabuk laut dan jugak mabuk darat...he2. Mas permulaan mencandat, aku dapatla sekor sotong bessar...panjang jugalah. (pakcik bot tuhla...suruh aku dok betul2 tepi bot ngadap laut...mana aku xpenen. hu2) So, lps dapat satu sutun...aku g rehat jerkla atas pangkin. Dan terus tido. Tinggallah kwn2 sy berlima dgn pakcik bot mencandat. (mintak maaf kengkawan, sy tak dapat nak tolong...hu2) Nama jerl tido, tp, xleh tidopown sbb bunyi enjin lampu bot bising pastuh tido dalam bot terhoyong-hayang.
Tp, Alhamdulillah arr...aku xmuntah. Ada salah sorang ahli kumpulan aku yang muntah 5-6kali. hehe... Aku tabik spring arr kat kwn yg aku bwk juin g candat neh...leh jadi nelayan arr pasneh yerk...Dye sorang jerk xtido lgsung..candat dan trs mencandat...yg lain2 ada jugak tido sambil pegang tali candat. haha. Hasil tangkapan kami adalah 54 ekor dan kumpulan kami dapat hadiah sotong terpanjang. Serta menempatkan kumpulan kami pemenang tempat ke-2. Cayalah! Kami sampai ke jeti pada pkl 2pg. Lama tak kat dok atas bot? lama kan? Ha....camtuhla keje nelayan2. hu2. Sampai ke jeti, juri2 pertandingan dah sedia menunggu untuk mengira sotong2 yang kami dapat. Ukur sotong terpanjang, sotong terpendek dan juga ada hadiah utk sotong terpelik. hahhaa. Alhamdulillah, kami dapat no.2. *weeeeeee* Selesai bergambar dan seangkatan dengannya pkl 3pagi balik ke hotel berehat dan tido. Sok pagi ada aktivitilain pulak. eee...

Ucapan dari Pengarah TM Terengganu (Majlis bersama Media)

Kami Kumpulan 3

@Jeti Pualau Kapas. Sebelum turun bot, posing2 dulu ramai2. he2

Alhamdulillah Air Tenang @Pulau Kapas

Posing atas bot plak. ki2

Ada gaya Nelayan x? ha3~aktiviti candat bermula suda

Neh sotong2 yg kumpulan kami dapat-54 ekor

Antara sotong terpanjang hingga terpendek

Jum Ghi Candat Sotong!!!

Cik Liza sedaang ditemuramah oleh Wartawan TV3-Shaharil Kadir

Glemer cik abe donde neh kena temuramah...ngeee

video

Glamz tuhhhh...Kami masuk tv! korang hader?! har3

Kumpulan kami dapat NO.2 & Sotong Terpanjang

Tak sangka la plak masuk berita TV3 5 Mei lps. hehe . Ada arr nmpak terselit muka aku yg tak berapa nak glemer neh kat ctu. haha Seronok sangat2...walaupown penen. haha...
Kebetulan plak tyme aku g neh dapat sijil dan ada lucky draw. Bler citer kat kengkawan opis tyme da blk...semua pakai nak g tahun depan. hahaha...(tahun depan air laut gelora...konpem korang muntah! kakakkakaka)

Pada minggu hadapannya...beberapa orang dari staff TM mewakili Tourism Malaysia untuk ke pertandingan candat sotong anjuran Harian Metro. Dan telah menempatkan Tourism Malaysia sebagai JUARA 2 tahun bertutur2. TAHNIAH u...olllllsssss!!!

Keratan dari Harian Metro & replika Wang Tunai RM3000 untuk wakil peserta candat sotong dari Tourism Malaysia yg dianjurkan oleh Harian Metro.. JUARA 2tahun berturut2.Korang hader?!


Takat neh jerkla penceritaan dan pengalaman aku tyme candat sotong. Nak citer panjang lebar lagi...tp, kang korang "MABUK LAUT" plak baca..hahaha... Neh pown nasebbaek aku xbuh video masa kami kat atas bot. Memang konpem kornag penen dan muntah atas keyboard. ha2. Ada lagi sotry-mory yg aku nak kongsikan. Tunggu jerklannt yerk...Next entry. tata uolllssss! (Sentaphatimaknak!) :p


2 comments:

aku HaniAsyira said...

sy mabuk laut.. keh2..

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

he2...xpe. mabuk laut xbermakna xbleh g mencandat kan? ada peluang pegi...dapat pengalaman. he2 :)

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!