Saturday, May 26, 2012

Peladang Setiu Agro Resort

Allop everybody! he2. Ini adalah sambungan dari entry aku sebelum neh. Salah satu aktiviti dalam itinerary masa program candat sotong arituh. This is our next prgram in the next day arr... Product update ke Peladang Setiu Agro Resort yang terletak di Setiu, Terengganu. Ia terletak 89km dari Kuala Terengganu dan 13km dari Bandar Permaisuri (bkn kat cheras ok...tp, kat terengganu) hik2.

Peladang Setiu Agro Resort neh adalah berkonsepkan AgroTourism (Pelancongan Pertanian) dan mempunyai rekabentuk landskap yang sangat cantik dan menarik seperti Kolam Pancing ikan, Taman Herba, Ladang Kelapa Sawit, Dusun buah-buahan, Taman Tema Agro, Projek cendawan tiram, dan juga ladang ternakan kambing yang juga merupakan salah satu tarikan dan produk pelacongan baru di negara ini.

Peladang Setiu Agro Resort juga menawarkan Agro Resort dengan 58 unit chalet, Kem Latihan Agro dengan 5 blok asrama dan juga tapak perkhemahan Agro. Selain itu juga disini boleh melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti Flying Fo, Abselling, Jungle Tracking, rafting, berkayak, river crossing dan juga disediakan fish spa.

Okies...aku dah perkenalkan serba-sedikit dan ringkaskan mengenai Peladang Setiu Agro Resort neh tadi kan. Seawal jam 9pagi kami tolak dari Marang ke Setiu. Mengambil masa selama 2jam perjalanan untuk sampai. Sebenarnya aku ada video penerangan mengenai Peladang Agro Resort neh...tp, berat sangat nak upload. So, aku terangkan jerkla mana yg aku taw untuk aku kongsikan dgn korang yerk. Aku sempat jugakla buat beberapa aktiviti rekreasi kat sini. Memang syok abeh...dan best! Al-maklum jerkla...aku memang dah lama gler xwat aktiviti2 camneh...expecially berkayak. Dengar ada Flying Fox memang aku tak lepas peluang nak terbang diawang2an...hehe...hampir 10tahun kot xbuat. Syok woooo...bleh ilangkan stress...jerit sekuat-kuat hati. Tp, flying fox kali neh lain sket dari yang pernah aku wat sebelum neh...kali neh kena cross dua kolam ikan dan mendarat kat tas tanah. Kalo dulu xcross mana2 tasik or kolam tapi mendarat kat dalam laut. Tak kesahla tuh...janji kedua2nya syok! he2

Sempat jugak arr melawat2 bilik chalet yang disediakan kat ctu. cantik dan besar berpatutan jugak dengan harga.Tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Kami jugak disediakan hidangan yang sangat sedap dari awal kami datang, ubi rebus cicah kelapa (pergh...nikmat toi!) hidangan makan tengahari serta lauk pauk yg menarik, pada sebelah petang pula bubur kacang dan jugak cendawan goreng. Sedap3! tak lupa jugak, Teh Herba hasil campuran segala jenis daun2 herba salah satunya adalah daun misai kucing. (eeeeuuuuwwww...pahit ya-amat! hu2)

Okies..kat bawah neh ada beberapa gambar. Kalo ikut hati nak upload semua, tapi hagak2la yerk...xmampu nak upload semua sebab banyak. (jangan nak syok sendirik...haha :p)

Dengar sedikit taklimat dari wakil PSAR

Berlatarkan resort2 terapung

Flying Fox-tinggi x? hu2

tyme to landing...

video
Video flying fox: awat hang nanges cik mek weih?!!! keh3


Duta Taman Herba..haha :p

Ladang Cendawan Tiram

Cuci kaki dulu sebelum masuk ladang ternakan kambing untuk buang segala virus, bakteria, prtozoa dan seangkatan dengannya. hu2

Dayung..jgn xdayung..he2

Setel suda...jum blk hotel! he2


Kepada sesiapa yang berminat nak bercuti or beriadah kat sini...kat sini saya sertakan contact details:-

Alamat: Lot 3912, Guntung 22040, Setiu Terengganu Darul Iman.
Tel: 09-6902245
Fax: 09-690 3482

Okies...abeh suda citer pasal PSAR td. Terus sambung citer lastday aku kat ganu jerkla kat sini...maleh nak wat entry lain. he2. Lastday kat Ganu, kami ke Noor Arfa Batik. Mampu jerk nak beli walaupown harga memangla terlalu expensive. hohoho...tp, pk2 balik beh baekla aku g beli kat pasar payang dapat jugak 2 3 helai dari beli kat ctu dapat sehelai jerk. huhu... Takpe lain kali jerkla beli kat Noor Arfa Batik neh yerk...ki2 :p

Lepas mencuci mata dan membeli-belah tingkap...hak3...kat Noor Arfa Batik, kami gerak ke Kampong Losong. Aku sempat arr g borong kopok basah kat ctu. Lepas tuh gerak ke Office TM Terengganu, Lunch dan apa lagik aktiviti sopin-sopingan la...ki3. kat pasar payang. Banyak gaks borong. he2...Berjanji plak dgn jiran lama aku yg dah menetap kat Seberang Takir..pandai speeking ganu...leh arr tawar-menawar. hik2. Syok2... Sempat juper jiran lama aku tuh jerk...kekawan aku yg dok kat ganu pown aku xdan nak calling2 & nak jumpa. hu2. (mintak mahap kengkawan) Tp, sebbaekla dapat juper member kat opis ganu. hik2. Lepas abeh soping2...gerak balik ke KL dalam pkl 4.30petang dan sampai ke KL jam 12mlm....itupown sebab singgah-menyinggah masa otw balik. Apa2pown...memang sangat seronok & enjoy! weeeeeeeee~~

model2 & duta2 Noor Arfa Batik. haha :p

wif jiran lama. @Pasar Besar Kedai Payang, KT.

5 comments:

aku HaniAsyira said...

macam pernah pergi jer yang kat setiu tu.. keh2..

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

da penah g jgk ek? bercuti ke kat sana? he2. wat x aktiviti2 kat ctu? best kan...? he2

Anonymous said...

Penah jugak smpai situ..sempat flying fox..mmg kene lalu kolam,nmpak mcm jauh..tp dah mendarat rasa kejap jer..:)

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

yups...betul3 wahai insan yg xdikenali... :)

Sheri Acosta said...

macam pernah pergi jer yang kat setiu tu.. keh2..

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!