Friday, June 8, 2012

GARDEN Lifestyle Store & Cafe

Ini cerita agak lama jugak. Baru arineh nak update. he2. Korang pernah makan kat Restoran Garden tak? Okies, arineh juz nak kongsi selera makan kat sini. Sempena menyambut kejayaan Pn.Aya yang menang MOTOR. (haha...menang motorla sangat yerk :p papepown...TAHNIAH aya!) Disebabkan itu,kami pown menjamu selera di restoran yang ala2 english style neh yang terletak di Alamanda, Putrajaya.

Okies, ini adalah perkarangan hadapan Restoran Garden. Kat mana lokasinya? Betul2 berhadapan dengan Panggung Wayang GSC, Aalamanda. :)

Selamat Datang & PeaceYaw! haha...ucapan kata2 aluan dari saya model yg tak bertauliah :p

Kat depan pintu, ada Blackboard yang tertulis menu2 mengikut hari.

Memandangkan kami pegi tyme weekday dan time lunch, makanya ada disediakan set lunch tp without air taw.
Makanan dah order...makanya wat muka bosan arr tunggu makanan tak tiba2. hik2
dua model Garden yang sanggup tukar tempat duduk semata2 nak amek gamba berlatar belakangkan billboard tuh. caih!

Ok, kat bawah neh gambar2 persekitaran Restoran Garden, Alamanda Putrajaya. English Style dan cantik. Kalo nak deting dengan bf.gf, husband/wife sesuai sangatla...sebab cantik dan romantik gitew! :)



Amacam? Cantik kan? he2. Okiesla...makanan yang kami order dah sampai...jum makan!

3 Mushroom Soup & 1 Soto Soup

1 Ice Cappucino, 2 Ice Lemon Tea & 1 Coke

Salted Egg Fried Rice -RM 15.90

Terriyaki Chicken Chop - RM18.90

Aku cam biasa arr...penggemar spagethi. hehe
Spagethi Carbonara - RM17.90
Sebelum pulanag, haruslah berposing2 di taman bunga restoran tersebut. hehe. Komen pasal food kat restoran neh...aku rasa, bolehlah tahan. Sebab, aku tetap cakap TGI lagi sedap dan mengenyangkan...haha. Tp, korang dengar komen aku neh sangat. Korang pegi dan try dulu. Seitap orang kan selera dan citarasa berbeza. Jangan sebab terbaca komen aku neh terus taknak pegi. Pegi dulu...tak kenal makan tak cinta taw?! hahaha *ader kena mengena ker? :p Setahu aku, selain kat Alamanda, Restoran Garden neh jugak ada di MidValley Megamall, The Curve dan jugak Sunway Pyramid. So, jangan pening2 kalo salah satu dari lokasi tersebut penih...leh g branch yg lain k? he2. Selamat Menjamu Selera u'olls!!


Nota kaki: Tak sabar nak gi next destination restoran Jalan2 Cari Makan pasneh. hehe... InsyaALLAH...kalo ada rezki...:) Dah ngalahkan JJCM kat tv3 dah aku neh. Aisssshhhh...makin membuntal arr aku jawabnya pasneh!!! hahahuhu

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!