Wednesday, June 20, 2012

Umai D'Lake Cafe, Putrajaya (Monumen Alaf Baru)

Okies...ini bukanlah next destinasi tmpt makan yg aku janji nak update selepas entry Garden tuh... Destinasi tuh belum berkesempatan lagi nak pegi. Kalau dah pergi...insyaALLAH aku update dan kongsikan dengan korang yerk. :)


Terus ke tajuk utama. Tempat yang aku nak ceritakan untuk entry kali neh adalah Umai Cafe yang terletak di Monumen Alaf Baru, Putrajaya. Actually, aku dah penah g tempat neh masa zaman muda2 remaja dulu...(sekarang pown muda lagi kot rasanya..haha :p) Tp, dulu Umai neh xwujud lg...yg wujud adalah Ceritera. Rasa2nya dah ditukar nama dan ownernyer kot. huk3


Inilah dia Umai D'Lake Cafe @Monumen Alaf Baru. Tempatnya betul2 bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Ruang makan terbahagi dua, ruang makan berhawa dingin dan jugak secara santai mengadap tasik putrajaya. Sangat cantik!


Aku dah pernah try makan kat sini 2 kali la setakat neh. 1st tyme g minum petang, pekena Set Roti Jala dan jugak Milo Tabur. Perghhh...memang terbaek!!! Sedap...!!! Ok set roti jala ada 2 jenis, samada nak pilih kuah kari (RM5) ataupown rendang ayam (RM6), beza seringgit jerk pown. hik3

Kali kedua aku g dengan kengkawan...nak tengok apa kami order? Jum tgk gmbr2 kat bawah neh.

neh appetizer kami..haha.
Cucur Udang dengan kuah sos cili dan jugak kuah kacang.
serius memang sedap...terbaekkk!!!
Harga: RM3.00

yang neh plak...
Nasik Goreng USA
Harga: RM 6.50

Char Kuey Teow
Harga: RM 4.80

yang neh plak...
Nasi Goreng Umai
Harga: RM5.80
nak taw rasa camner, kena pegi dan rasa sendiri okies... :)


Minuman yang kami order...
Sirap Cincau - RM 2.59
Milo Ais - RM 2.80
Fresh Oren - RM 3.00
Fresh Oren (Panas) RM 2.80



Tomyam Campur- RM 6.50

Banyak tak menu yang kami order? haha...xderkla byk mana pown...cukuplah untuk 4 orang makan. Macam mana rasa, korang pegi dan cuba sendiri. Bagi aku, roti jala, cucur udang dengan tomyam memang sedap...Terbaekkk!!! Untuk pengetahuan korang jugak, Umai D'Lake neh jugak dianugerahkan sebagai "Kedai Harga Patut". Aku rasa sebagai salah satu cafe yang strategik dan mempunyai view yang cantik memang patut dianugerahkan sebegitu sebab memang harga2 makanan kat sini berpatutan dan tidak terlalu mahal.

ni plak view sekitar Umai D'Lake Cafe dan jugak Monumen Alaf Baru. Maaflah neh gambar lama masa zaman2 muda remaja..haha... Masa g makan kat sini baru2 neh tak sempat aihh nak posing2. Udah pencen. kekeke. Dan kat sini jugak ada board Restoran Ceritera sebelum bertukar menjadi Umai.



Ha...neh plak peta untuk ke Umai. Lepas neh leh g seranggggg....!!! Bon Appetit u ollsssss...!!!


0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!