Sunday, July 29, 2012

Far but Near


Jauh..
Terasa satu sisi itu makin jauh
Tanpa kalam pamitan
Tanpa ulas bicara
Hanyut dalam lembah yang makin jauh
Tentang jauh
Aku belajar
Aku mengerti
Aku menerima
Kadang-kadang manusia takkan mampu
Untuk selamanya dekat
Adakalanya kita perlu jauh
Untuk kita mengenal erti kehidupan
Dari awan
Kita belajar tentang jauh
Dari lautan dalam
Kita belajar tentang jauh
Dari lembah yang mengjunam
Kita belajar tentang jauh
Dari fatamorgana yang tak mampu diraih
Kita mengenal erti jauh
Dari angin yang menyapa lalu hilang
Kita mengenal erti jauh
Betapa jauh itu satu fitrah
Tak kan ada yang selamanya dekat dan kekal
Melainkan AJAL yang selalu mendekat tanpa petanda

Tentang jauh
Kita mampu untuk menjadi lebih dekat
Kita mampu untuk menjadi lebih hampir
Dan kita mampu mengusir makna jauh
Bila dekatnya kita dengan PENCIPTA
Bila tiada ruang antara kita dan DIA
Walau kamu jauh
Akan sentiasa merasa dekat
Walau tidak diperlihat
Akan sentiasa merasa ada
Bunga pasti kan layu
Laut pasti bergelora
Musim pasti bertukar ganti
Tapi DIA kan tetap di sisi
Pandanglah sisi jauh
Untuk kita terus lebih dekat
Maknakanlah jauh
Untuk kita jadi manusia yang punya hati
Jauhnya kita dengan makhluk
Tak menghasilkan natijah yang pasti
Tapi bimbanglah andai jauh dengan PENCIPTA
Memperhalusi cinta dengan Allah
Mencontohi peribadi Rasulullah
Mengaplikasi dalam kehidupan sebagai 'abdillah.

Teman Pengganti

Teman Pengganti - Black ft. Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Thursday, July 26, 2012

Hargailah Isteri Anda…



[Gambar]: Koleksi Peribadi



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku menungguku pulang dari kerja sehingga lewat malam…

Ada aku peduli perasaan isteriku bila aku pulang dia dan anak2 sudah lama dibuai mimpi…

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia membersihkan kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli perasaan gusar dan risau isteriku apabila aku bepergian…

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas…

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli pernahkah aku memberikan ia wang untuk mencantikkan diri…

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....


Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI


Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki!


Wednesday, July 25, 2012

Aku mahukan kamu sebagai sebahagian daripada iman ku, bukan sebagai pembantu rumah



I want you to be half of my deen, not my maid


Seorang lelaki Muslim melamar seorang gadis Muslimah (dengan kehadiran walinya.)

Gadis Muslimah: "Saya??? Bagaimana jika saya tidak tahu menjahit, atau memasak atau menggosok pakaian....Bagaimana saya hendak bernikah dengan awak....?"

Lelaki Muslim: "Adakah awak tahu bagaimana mengerjakan solat? Adakah awak menyembah Allah semata-mata tanpa menyekutukan-Nya dengan sesiapapun? Adakah awak memakai hijab? Adakah awak takut kepada Allah?

Gadis Muslimah: "Ya, saya mengerjakan solat setiap hari. Saya memakai hijab. Saya mencintai Allah dan tiada sesiapa yang lain. Saya memberi sedekah setiap kali saya berkemampuan dan yang paling saya takuti ialah Allah Subhana wa taa'ala."

Lelaki Muslim: *tersenyum* "Itu sudah memadai bagi saya. Saya mahukan awak untuk memenuhi sebahagian daripada iman saya, bukan sebagai pembantu rumah...."


“Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Not from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him”

Monday, July 23, 2012

"You need a television not a WIFE"


Orang TV

A man visited an Imam, because he wanted to marry, and he requested;
"I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one as my wife."

The Imam said, "your requirements, please?"

"Oh, good looking, polite, humorous, sporty, knowled
geable, nice talking. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour, if I don't go out."
"Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest," he added.

The Imam listened carefully and replied:

"I undersTand you need TeLevision noT a wiFE.' "(*_*)"

[Gambar]: Simpanan Peribadi


Erm...oleh sebab itu, jangan terlalu memilih yang sempurna sangat kalau diri sendiri tak sempurna. Sesungguhnya tiada yang lebih Sempurna melainkan Allah S.W.T.

Sunday, July 22, 2012

Sakit


Kucing pown sakit jugak ker?


Assalamualaikum semua, puasa tak arineh? Hehe… Aku sebenarnya dilanda keboringan sebab dah seminggu aku dok kat umah, berehat. Kenapa? Sila baca tajuk kat atas tuh yer…hehe
Bulan neh saja, memang dalam sejarah hidup aku arr sebab aku sebelum2 neh memang jarang amek mc ataupown cuti rehat. Kalau ada hal yg urgent or demam dan xlarat g keje baru aku mc or cuti.

Memang dalam sejarah hidup aku jugak arr kan aku diberi cuti berehat kat rumah sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Sakit apa tuh biar jadi rahsia aku. Tadi last check-up aku dengan doc…Alhamdulillah beransur pulih, dan

sok aku dah boleh start bekerja semula. Yeay!
Sepanjang aku dok umah neh, banyak jugak entry2 yang aku dah update. Kalau korang perasan arr kan…tuh baru sket jerk yg aku dah post…ada lagi dalam peti simpanan yang aku xpost lagi. Semuanya dalam scheduled. Tunggu jerkla…kalo aku rasa aku nak post, aku post. Kalau tak, biar jerkla berlapuk dalam tuh. Hehe…

Tapi, tuh arr…saket2 pown aku sempat lagi dok ketuk papan kekunci urup2 kat lappy aku neh. Ini semua sebab keboringan aku dok kat umah. Neh baru seminggu. Belum lagi sebulan, setahun, bertahun-tahun…dan belum lagi kalo aku dah kawen. Buatnya laki aku kata “tak payah keje, jadi surirumah sepenuh masa” maw aku jadi tenggiling menyerupai gaban kat umah kot. (**tenggiling** sbb bergolek2, **gaban** sbb slalo org ckp “boring tahap gaban”). Sesuka aku jerk kan? :p

Erm…persiapan raya dah siap ker? Haha…b
aru 3 hari puasa dah tanya pasal raya yerk? Hik3. Okiesla…aku dah xtaw dah nak taip apa dah. Takat neh jerkla… Sok aku masuk opis semula…konpem atas meja aku keje menimbun2 menanti aku. Harap tak membebankan aku tuk siapkan semua keje yg pending tuh. Hu2. Kang maw cuti lg aku…lgsung xdpt cuti raya plak kang. Naya2! Hik3. Okiesla…selamat berpuasa utk arineh..selamat menunaikan terawih dan jugak selamat berbuka puasa petang nnt. He2 :)

From [my] Heart:
Terima kasih kepada kawan2 yang mengambil
berat tentang saya. Terima kasih pada my bestfren & sahabat yg jauh dimata atas nasihat dan caring kalian. Jasa korang amatlah sy hargai. Semoga Allah saja dapat membalas jasa kalian semua. InsyaALLAH.

Sesungguhnya sakit itu penyembuh dosa-dosa kecil

Erti Persahabatan

Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam.
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam.
Esok kita masih lagi berkawan kerana kita saling mendoakan.
Hari-hari mendatang kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam…
Tapi andai esok tiada lagi,
Kita tetap akan berkawan.Selama-lamanya kita akan berkawan
Walaupun dalam kenangan.

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorang itu membuat kita mengalir air mata.
Sesungguhnya mengenali seseorang itu membuat kita mengenali 1001 rasa…marah, sedih, ketawa, sayang, rindu…tetapi sedarkah, mengenali seseorang itu sebenarnya satu anugerah…biarpun kehadirannya hanya seketika atau sekadar te
man sementara…bersyukurlah…barangkali kehadirannya kita belajar untuk mengenali apa itu erti PERSAHABATAN…

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.

Sahabat,
Tegurlah aku andai aku terleka.
Ingatlah aku andai aku terlupa.
Ajarlah aku andai aku tersilap.
Bimbinglah aku andai aku tersesat.
Perbetulkan aku andai aku tersasar
MAAFkan aku andai aku TERSALAH...

"Orang yang paling cepat meminta MAAF adalah orang yang berani... Orang yang paling cepat meMAAFkan adalah orang yang paling kuat... Orang yang paling cepat melupakan KESALAHAN orang lain, adalah orang yang paling BAHAGIA."



**Khas untuk insan yang aku sayang** :)




Nota Kaki: Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan beberapa kenalan baru walaupown jauh dari mata, tapi dekat didalam hati. Semoga silaturrahim & ukhwah yang dibina ini kekal selamanya hingga ke syurga.InsyaALLAH :)

Friday, July 20, 2012

Pahit Manis Pengalaman


Kadang terasa seperti angin bayu
Tenang, lembut serta dingin
Terasa jua seperti api
Panas, hangat dan menyakitkan
Namun, itulah yang mendewasakan insan
Menjadikannya matang dan lebih berfikiran
Meniup semangat untuk terus berjuang di masa hadapan
Pengalaman...
Kadangkala menjatuhkan insan
Adakalanya meningkatkan keyakinan
Namun, bergantung pada insan
Adakah ditempuhi dengan ketabahan?
Dilalui dengan kesabaran?
Dipenuhi dengan keazaman?
Mengimbau kembali kemanisan
Mengenangkan jua keperitan insan
Pesan buatmu teman
Usah dibiar pengalaman
Menghantuimu untuk membuat keputusan
Memperoleh kehidupan lebih baik pada masa hadapan
Sulamilah ia dengan usaha, doa
Dan tawakal kepada-NYA
Agar kau lebih bersedia untuk ujian yang seterusnya


Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur

Salam u ollss...aku tak leh nak tido. So, aku kongsikan beberapa tips tuk kejutkan orang sahur time bulan puasa. hik3. Walaupown agak kelakar, tapi berguna jugak. Mungkin. hehe... Jum baca satu-persatu...


TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR
khas utk org yg liat bangun sahur...hik3

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...


Makanya, jangan malas-malas bangun sahur kalau taknak kena kejut macam semua kat atas2 neh. he2. Bangun sekejap untuk makan jerk...bukan lama dan buat apapown.he2. Dan jangan lupa baca niat puasa yerk. Selamat Bersahur yer semua. :)


One lovely blog award

Terima kasih Kak Nina untuk anugerah blog ini. Hehe… Ini adalah tag pertama untuk tahun 2012. Dah lama rasanya kot tak buat tag2 price tag-jessie j neh. Hak3…ups silap! Eheh


Ouh? Kalo ada tag mesti kena jawab soalan ek? Kalo tak jawab, tak boleh ker? Ki2… Okiesla, jum jerkla baca. Layankan ajerk yer…

What is your favourite dessert?
Aku neh bukanlah penggemar dessert sangat pown. Tapi, kalo dibagi, makan jerkla. Kalo aiskrim memang aku tak tolak. Hik3. Puding Caramel suka buat & suka makan. haha Triffle…aku suka buat tapi tak berapa suka makan. Bagi orang makan xper..he2.

When you're upset, what do you do?
Sedih jerk kot…airmata bergenang jerk xjatuh2. (cam xderk perasaan kan? Kunun2 jiwa kental arr tuh. ceh!) Kalo dah sedih sangat, baru arr nak menitis air mata tuh. Tak pon layan perasaan g karok pastuh tido jerkla. Tapi, aku neh jenis suka fikir-fikir kenapa benda tuh jadi? Akhirnya…kepada DIA jugak aku mengadu. Itu adalah yang paling2 penting. J

What was your favourite pet?
Erk?! Soalan neh tak usahlah ditanya pada aku. Sebab…sebab…sebab…teeeeetttt….jawapannya selepas ini. Hahaha (memang aku xkan jwb sampai sudah.Sekian.)

What do you prefer to wear, black or white?
Op koz arr BLACK! Kan Hitam itu Menawan…ha2 poyo! Tapi, aku mmg sker hitam pown dari putih sebab putih tuh cepat kotor (mak aku cakap).Tp, walau apapown…Putih itu adalah Suci.

What is your biggest fear?
ALLAH S.W.T.

What is perfection to you?
I prefer for this quote… “You don’t need someone to complete you. But, you only need someone to accept you completely” Tapi, walau macammana pown, Allah S.W.T itu adalah yang paling Sempurna.

What is your attitude mostly?
Aku tak reti nak nilai diri sendiri sebenarnya. Kang kata puji diri sendiri plak. Tapi, kekadang aku rasa macam aku neh terlampau baik sangat kot sampai orang selalu ambil kesempatan dan pijak kepala aku yang aku sendiri tak nampak. Wallahu ‘alam…

What is your guilty pleasure?
Baju. Palazzo. Kasut. Tudung. Handbag. Kerongsang. Pearl. Semua2 arr...hahaha


Now I would like to pass the award to :

Sesiapa sahaja yang nak buat tag neh. Dialu2kan ambil tag ini
Terima Kasey. :)


Thursday, July 19, 2012

Hukum Melaga-laga kan sesama manusia


SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagian hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. “Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh MENJATUHKAN MARUAHNYA.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau. “Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ). “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu., “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
“ Ya Allah, sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.

laa hawla wala quwwata illa billah ‘aliyyil ‘ adziim. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kami. Aminn!!

Salam Ramadhan 1433 Hijrah


Assalamualaikum semua! Memandangkan Ramadhan akan menjelma tiba pada Sabtu ini 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H, di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua atas segala salah dan silap. Selamat menjalani ibadan puasa dengan ketenangan jiwa dan rohani yang bersih & suci serta penuh kesabaran. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini diberkati Allah S.W.T. Selamat Berpuasa semua...!!


Untuk Info Puasa KLIK SINI


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
(al-Baqarah : 183)

Saturday, July 14, 2012

Tuahn Berikan Aku Cinta ♥



Tuhan Berikan Aku Cinta by Ayushita

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Tuesday, July 10, 2012

Telenovela Pebret

Sejak dua menjak tiga menjak neh aku asik dok melekat kat depan tv jerk. Tetiap hari, tetiap petang, tetiap malam. ha2. Aku dah jadi addicted pada tv, Mana tak nyer...dah ada macam2 drama bersiri best2 kat tv...so, tengok jerkla. Sebelum2 neh aku xderkla heran sangat nak tengok tv...tp, skang neh tak bleh nak missed langsung ok..kena & wajib tengok...kalo tak, rugi. hahaha


1st drama bersiri yg wajib aku tengok tetiap hari selasa hingga khamis adalah AMEERA.Antara sebab aku nak tengok citer neh sebabnya...aku sker Rita Rudaini. hik3 Pastuh tgk iklan citer neh cam best & menarik jerk...makanya...aku tengoklah. Sanggup Sanggup aku sengkang mata semata2 nak tengok citer neh...kalo terlepas dan xdpt tengok...aku akan tengok kat tonton selepas setengah jam citer neh abes. hahaha...(sila jgn tiru pe'el saya neh...xbaik untuk kesihatan) :p

Dejavu Di Kinabalu...satu lagi citer yang memang tetiap hari wat aku ketagih nak tengok. Kalo boleh aku nak tetiap hari disiarkan kat tv. Citer neh cam ala2 drama korea sket...mungkin sbb tuh kot aku sker tengok...tambah2 plak bler tengok drama neh rasa terawang2 rasa cam tengah baca novel chenta yg penuh dramatic. waaaahhhh...gitew!

Tengok tulisan berdarah neh cam menakutkan kan? haha... Dah meman citer seram pown... Neh pown citer pebret aku...tetiap hari khamis mlm jumaat pkl 10 mlm, aku tengok sensorang depan tv. Memangla seram..tp, aku nak tengok jugak...sebab Waris neh sambungan dari citer sebelum neh Kekasihku Seru. Seram weihhh citer neh...bg aku arr...sbb bukan senang nak tgk hantu lelaki dan kacaks...hahhaa ala2 vampire gitu! keh3 :p

Kesemua drama diatas neh dari stesen TV3. Bagus betoi kan tarik semua orang dok melekat kat umah...sampaikan aku sendirik pown nak kuar deting ada had masa sebab xnak ketinggalan satu episod pown citer neh...(Rasanya xpentingkan diri pown...ada jgk termissed...tgk tonton...hik3) Kesemua drama kat atas neh aku xsabar nak tunggu klimaks & tamat. hik3

Ape2pown...Selamat Menonton u ollssss...!!! ~_^



Nota Kaki: Saya RINDU seseorang yang jauh di MATA tp, dekat di HATI ^_^

Sunday, July 8, 2012

Suatu Masa

Semenjak terjebak dengan drama kat tv3 "Dejavu Di Kinabalu" neh...aku terdode laks dgn petikan gitar aqasha masa dye nyanyi lagu Suatu Masa yg dipopularkan oleh M.Nasir. Walaupown pada hakikatnya aku menunggu tetiap petang isnin hingga khamis semata-mata nak deting ngan my "mr.Badzly" hohoho... sangat baik & cool itu mamat...tetiber laks teringat... *ting*ting* hehehe

Okies...maaf terlebih layan perasaan plak...jum kita nyanyi sama2 lagu suatu masa neh yg punyai lirik yang sangat2 mendalam sedalam air laut di Pulai Manukan Sabah...hahhaa *ada kena-mengena ker? layan jerklaaa...!!

pic editing by [me] - ala2 floria gitew! *wink*


Suatu Masa - M.Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Monday, July 2, 2012

Restoran Saba, Cyberjaya

Salam u olls...! last week, aku ke Restoran Saba, Cyberjaya menikmati hidangan Nasi Arab. Aku rasa, ramai yang dah pernah makan kat sini. Aku baru jerk berkesempatan nak gi tyme weekend. Walaupown bulan Jun neh adalah bulan STRESS aku (sampai ke hari neh pown rasa lg keSTRESSannya...hu2) Tp, Alhamdulillah...bulan neh rezki lebih sket dan aku dah berniat nak belanjer family makan sekaligus celebrate besday enceq pak yeop yg dah terlepas. hehe...mahap, lmbt tp xpe..."makcik lynda" dah banjer dulu dah awal2. ki2

Memandangkan aku dah berniat nak ke restoran saba, cyberjaya...makanya aku dah siap plan awal2...memandangkan 30 Jun lepas launching Floria 2012...so, kami ke Floria dulu petang sabtu tuh...sempat arr posing2 dulu...dah penat berjalan baru g mentekedarah nasi arab plak. haha :p

Inilah dye perkarangan pintu hadapan Restoran Saba, Cyberjaya yang terletak di CBD Perdana


Seperti yang korang tahu, restoran neh adalah pemilik seorang warga Yaman yang sudahpown bermastatutin di Malaysia selepas sahaja berkahwin dengan warganegara Malaysia. Restoran ini beroperasi sejak Jun 2007 dan keseluruhan menunya adalah dari Timur Tengah.


Jum Pilih Menu..!!!




Antara menu yang kami pilih....

Chicken Khabsah
RM 10 (kecil)
RM 15 (Besar)

Grilled Chicken
RM 12

Chicken Kebab
RM 15

Lamb Kebab
RM 17

Mushroom Cream Soup RM 7
Puding Caramel RM 3

Manggo Juice RM 8


Alhamdulillah...kenyang & licin! hik3

Neh total bil...untuk 6 orang makan...


Komen aku mengenai makanan kat sini, bolehlah...nak kata sedap sangat tuh xderkla sedap sangat pown macam yang kengkawan aku cakap tuh...Tp, xcuba, kita xtaw kan? So, cuba jerkla...lain orang, lain tekaknya...dan lain rasanya...kalo nak compare...sedap lagi Mr. Kabab kat Diplomatik tuh kowt...hik3 Tp......korang2 jangan xpegi plak restoran saba neh...try dulu, dan rasa sendiri. Mungkin kena pada tekak korang kowt...eheh! Jangan lupa, restoran saba neh sudah ada branch kat Setiawangsa jugak selain di Cyberjaya. Jangan lupa pegi...selamat menjamu selera...! ^_^

Waktu Operasi

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana
City : Cyberjaya
State : Selangor

Tel : 03-8320 2544


Sunday, July 1, 2012

ButterFly

Aku sudah terjebak dengan drama yang sekarang neh bersiaran kat TV3 Jam 7 petang. "Dejavu Di Kinabalu" Ini semua gara2 opismate aku arr neh...hadoiiii...terasa terawang2 tengok citer neh...rasa cam tengah baca novel. Aku taknak citer pasal sinopsis drama neh...korang nak taw, g tgk sendiri kat tv...xpown tgk kat tontotn jerk bagi yang terlepas episod. Bagi yang memang sedia menonton tuh teruskanlah mengikuti episod2 seterusnya...aku pown tak sabar nak tengok episod2 seterusnya...tetiap hari dok tunggu pukul 7..haha...kalo boleh jumaat, sabtu, ahad pown nak ada citer neh gak. haha *fanatik sungguh.

Ok, sebenarnya aku aku jugak sker dengar lagu tema drama neh...sangat sweet, romantik & chumel gitew! Memang sesuai sangat dgn drama neh...slowmotion, sentimental dan romantical...hahhaa....Kat bawah neh lirik lagu Butterfly by Melly Goeslow \(^_^)/



Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama
(OST Dejavu Di Kinabalu)

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


Kasih + Sayang = C.I.N.T.A



Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab :
Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir
Tanpa KASIH & SAYANG . (^_~) ♥