Sunday, July 22, 2012

Erti Persahabatan

Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam.
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam.
Esok kita masih lagi berkawan kerana kita saling mendoakan.
Hari-hari mendatang kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam…
Tapi andai esok tiada lagi,
Kita tetap akan berkawan.Selama-lamanya kita akan berkawan
Walaupun dalam kenangan.

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorang itu membuat kita mengalir air mata.
Sesungguhnya mengenali seseorang itu membuat kita mengenali 1001 rasa…marah, sedih, ketawa, sayang, rindu…tetapi sedarkah, mengenali seseorang itu sebenarnya satu anugerah…biarpun kehadirannya hanya seketika atau sekadar te
man sementara…bersyukurlah…barangkali kehadirannya kita belajar untuk mengenali apa itu erti PERSAHABATAN…

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak.Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.

Sahabat,
Tegurlah aku andai aku terleka.
Ingatlah aku andai aku terlupa.
Ajarlah aku andai aku tersilap.
Bimbinglah aku andai aku tersesat.
Perbetulkan aku andai aku tersasar
MAAFkan aku andai aku TERSALAH...

"Orang yang paling cepat meminta MAAF adalah orang yang berani... Orang yang paling cepat meMAAFkan adalah orang yang paling kuat... Orang yang paling cepat melupakan KESALAHAN orang lain, adalah orang yang paling BAHAGIA."



**Khas untuk insan yang aku sayang** :)




Nota Kaki: Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan beberapa kenalan baru walaupown jauh dari mata, tapi dekat didalam hati. Semoga silaturrahim & ukhwah yang dibina ini kekal selamanya hingga ke syurga.InsyaALLAH :)

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

okies...no problem..ur welcome :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!