Thursday, July 19, 2012

Hukum Melaga-laga kan sesama manusia


SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi kebahagian hidup bermasyarakat.Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat besar di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. “Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh MENJATUHKAN MARUAHNYA.
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar didepan Allah.

“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”. Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.
Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau. “Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ). “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu., “Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman. “Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. “Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.
“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
“ Ya Allah, sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.

laa hawla wala quwwata illa billah ‘aliyyil ‘ adziim. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kami. Aminn!!

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!