Friday, August 24, 2012

Jenis-Jenis Kawan


Jenis-Jenis Kawan ^_^
10 Jenis Kawan..

1. Kawan Chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Ada perlu dia muncul, takda perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. Kawan Buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. Kawan Perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. Kawan Pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. Kawan Chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan saja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?

6. Kawan Kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.

7. Kawan Span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dari mulutnya.

8. Kawan Duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita. So, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. Kawan Kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. Kawan Ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...!!!

Ok...dah baca semua jenis2 kawan kat atas neh kan? Tp...tp...tp...aku memang paling-paling pantang dan tak suka dengan kawan yang suka melaga2kan dengan kawan yang lain. Memang perangai cam 'LAHANAT' yerk (ups...maaf bahasa kasar) Huh...memang aku xleh terima arr. Korang klik juz link kat bawah neh kalo nak taw hukum2 melaga2kan orang neh. isk




i nak amek kucing neh jerk...tuh pown nak kena tikam ker? APTB! :p

Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran

Salam u'ollss...!! Hari neh adalah hari terakhir berpuasa untuk tahun neh pada bulan Ramadhan. Sayu hati nak tinggalkan ramadhan. Dan terus-terang aku kata, tahun neh aku sangatlah tidak teruja nak sambut raya. Kenapa? Ntah, aku pown xtaw sebab apa. Dan raya tahun neh jugak,aku tak banyak membazir beli barang2 persiapan raya kecuali kuih raya sebab tahun neh aku tiada mood dan masa untuk wat kuih raya (padahal leh jerk wat malam raya :p). Baju raya,kasut raya,tudung raya, keronsang raya, gelang raya, perfume raya, cincin raya,rantai raya, alatmekap raya, Handphone raya (eh...melebih plak :p) semua2 tuh aku dah siap aku beli sket2 sebelum puasa. Semua tuk elakkan pembaziran dalam satu masa dgn berjalan seharian kat jalan TAR pada tengahari buta tyme puasa. hohoho...memang tak arr...hu2

Baju raya dah siap 11 pasang (haha...tipu semata :p) Kasut 15 pasang, tukar2 tyme beraya umah lain2 (haha...lg menipu! :p) Gelang berlian lip lap liplap anak mami 30 utas (haha...nipu lagi, cam kaya sgt! :p) Sudah cukup-cukup sudah...aku dah mula merepek!

Disebabkan tak teruja dengan raya, makanya aku tak tahu nak masak apa? hadoila.... Tahun lepas ada jugak wat kuih raya, masak itu ini tyme pagi raya (neh terlebih rajin :p) tahun neh??? Apekeheynyer blur sgt weihhhhh???!!! :(( Korang ada idea tak nak masak apa? idea...idea...ideaaaaaaa!!! Yang paling menyakitkan hati, ada ker patut adeq aku suruh aku waat dodol?! Maw tergeliat tangan aku kacau dodol atas dapor. Tumpo! hahaha... Mentang2la aku tnyer mak aku camner nak wat dodol, disuruhnya aku wat dodol? ajenyer yer! :p

Erm..xpela, jap2gi arr aku pk nak masak apa sok. hu2 Tapi, yang penting aku nak makan lemang dgn rendang handmade mak aku...hik3...TERBAEKKK!!!!

Tapi...dalam ketidakterujaan aku utk beraya tahun neh...aku dapat beraya dengan si kecik yang baru saja dilahirkan ke dunia pada 6 Ogos 2012 arituh. Masa dapat MMS arituh. tembamnya!!! Tapi bler da tgk live neh...alahai teciknya dye...walaupown berat 3.77 kg. Perghhh..!! So, tahun neh kita beraya sama2 yerk baby tecik dgn abang ayish skalik. hik2

Welcome to da World...!!!

Walaupown aku sangatlah tidak teruja dan tidak excited (bkn sm jerk ker? :p) dengan raya tahun neh tp, di kesempatan ini...aku nak ucapkan bebrapa perkataan neh...

Ampun dan maaf andainya saya…terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama, termarah tak kena tempatnya, tertanya-tanya tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik kuat di telinga, terhantuk terketuk dikepala, terpinjam terambil harta & benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila ada cerita dan termacam-macam yang kena-mengena.

Dihari mulia yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari kesemuanya memohon ampun & maaf atas segala salah dan dosa yang ada sepanjang silaturahim ini terjalin samada di alam reality mahupown hanya di alam maya. Halalkan segala yang terlebih dan terkurang. Seseungguhnya kita semua hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Semoga dimaafkan atas segalanya.

Seperti sebuah perjalanan hidup... Semua yang telah terjadi tidak mungkin terulang, semua yang telah terucap pun pasti berbekas. Hanya doaku semoga setiap kesalahanku diampuni olehmu.

Dengan ingatan tulus ikhlas, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H semua...dan Maaf Zahir & Batin.


Salam Lebaran Aidilfitri u'ollssss....!!~

Wednesday, August 15, 2012

Anti Graviti




Anti Graviti by Faizal Tahir

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Bebas berlalu waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap milikmu

Mahu ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Antigraviti aku
Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Jangan dibimbang
Waktu ku tamat di sini
Dan bermula episod baruku

Mahu ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Antigraviti aku
Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Berdegup laju menunggu saat bersatu
Nantikan aku kembali ke pangkuanmu
Dambakan kamu menerima aku
Mampukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembaliku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu


"Perpisahan itu sudah nyata dan tersurat… Cukup sudah meratapi akan kehilangan sebuah perhubungan ini. Bangun dan bersemangat hadapi hari-hari yang semakin mencabar. Jangan dibiarkan rasa kesedihan dan kekecewaan menguasai dirimu hingga membuatkan kamu telah hilang akan dirimu sendiri"


Wednesday, August 8, 2012

Turn to ALLAH














 
 
 


When you have a terrible day
you just want to scream
❤ Just turn to ALLAH

When your feeling so down
you have lost all hope
❤ Just turn to ALLAH

When your feeling betrayed
you just want to curse
❤ Just turn to ALLAH

When you can't see a way out
of a terrible situation
❤ Just turn to ALLAH

When your feeling like
you have no self esteem
❤ Just turn to ALLAH

When your feeling all O.K and
the world is at your feet
❤ Just remember not to forget ALLAH !


*Walau macam mana keadaan sekalipun, kepada DIA juga kita kembali. Begitu juga dengan Ajal, daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali.



via: Islamic Knowledge (From: K.elly)

Saturday, August 4, 2012

Selebriti di Bulan Ramadhan

Salam u ollss..!Semestinya bukan senang jadi selebriti atau orang yang dikenali dan jadi perhatian setiap orang. Betul tak? Pergi mana2 pown mesti orang tgk, nak bergambar (akulah salah sorg...haha) nak mintak otogerap dan sbgnya lah. hiks So, nak taknak dorg kena la layan kerenah2 kami2 neh semua peminat2 kamu2 semua yer wahai selebriti sekelian. hik3

Sempena bulan Ramadhan neh...aku dapat jumpa dua selebriti kat tempat kerja aku. eheh. 1st, Imam Muda Asyraf (musim pertama). Mamu penang neh...ihiks. Imam muda Asyraf neh adalah jemputan sebagai penceramah untuk Biacara Ramadhan yang opis aku wat tetiap minggu sepanjang bulan ramadhan. Tp, minggu pertama puasa tuh dye lah yang dijemput untuk beri ceramah bertajuk "Indahnya Ramadhan" Memang best...sebab tak ngantuk. Bukan sebab dye selebriti (tp, kira bonus arr...keh3) tp, dye byk wat lawak jgk masa berceramah disamping diselit2kan dgn ayat2 terjemahan al-Quran dan jugak cerita2 sejarah Nabi & Rasulullah. Sangat seronok sampai masa 3jam yang diberi pown tak mencukupi. Kira ok la...at least ada jugak permandangan yang cantik (Indahnya ciptaan Tuhan) di hari2 lemau berpuasa neh. hahaha


Penuh dewan mesyuarat sampai tak cukup kerusi

Kusyuk memberi ceramah

Yang aku tak tahan tuh...salah seorang opismate aku merangkap geng SUPB-PJB aku neh muka dye ada iras2 Imam Muda Asyraf. hahaha..Sempat lagi aku berkomen2 di laman sosial kat dalam dewan tuh pasal muka dorang. haha...camnolah aku leh xperasan. Ker korang neh kembo terpisah? dah arr umor sebaya. isk3. Apa2pown, aku memang tak bergambar dgn Imam Muda Asyraf sebab cepat2 naik opis wat keroje...hu2. Minggu kedua puasa plak, Ustaz Zamri (Mari Mengaji TV9) plak jadi penceramah...tp, aku tak dapat nak gi sebab kena jaga opis...sob3



Sama tak mereka? :))

Okies...selebriti seterusnya aku jumpa sekali lagi penyanyi no 1 Malaysia dan jugak artis pebretku...Dato' Siti Nurhaliza dgn suaminya Dato' K. hik3. Juper kat mana? Semestinya kat opis aku jugak...CT datang sebab ada meeting produk Simply CT dgn Dato' KP & jugak BPI. Aku xderkla juin meeting tuh sbb bukan bhgn aku pown...haha...Tapi, aku memang tunggu dye sampai abeh meeting selepas opismate aku terserempak dgn dye kat lif ms sblm meeting. Timer kasih sebab bgtaw sy yang memang sangat minat dgn dye. Bukannya sebelum2 neh xpernah juper, pernah jerk, pernah amek gmbr...tp, nak juper lagi...sbb aku suka3! Aku memang peminat dye ok dari awal kemunculan dye sampaila sekarang...siap ada koleksi gambar2 dye lg...perghhh...fanatik tak aku? he2

Juper CT kali neh, dye mmg nmpak lain sebab dah kurus slim-nyelim gitu. kulit cantik, licin. Tinggi dari aku sbb dye pakai high heel. Yang pastinya dye chumel dan wangi. he3. Kalau dah juper haruslah amek gmbr dgn dye...hehe..suka banget! Dato' K pown "bersukan" (sporting lah:p) Siap bagi kami kacau isteri dye. hehe... Asik tersenyum jerk Dato'K pastuh wat lawak...hahaha..patutla CT terpikat yerk...Suda jodoh mereka...he2

Dato' CT tgh sibuk berBBM...lupa plak nak mintak BBpin. hahaha :p


we ollllsssss...!~

Dato' K

Bye2...selamat berbuka semua!


CT & Dato' K maw turun lif suda...


saya-adik, CT-kakak. hik2(aku tgh tahan geli CT polok pinggang aku. hahaha)


Okiesla...takat neh jerk dulu entry aku. Aku xtaw arr pasneh sape plak artis akan menyerbu masuk bangunan opis aku lagi.Kalau ada lagi, akan kuserbu dulu sebelum diserbu. hahaha... Sesungguhnya, Ramadhan tahun neh cukup indah...**wink**wink**

Wednesday, August 1, 2012

Mari Mengaji


Salam semua! Memandangkan sekarang neh bulan ramadhan, bulan beribadat (bukan bermaksud bulan2 lain tak boleh beribadat yerk) Semestinya selain dari berpuasa dan terawih, kita sebagai umat Islam diwajibkan mengaji Al-Quran. Sekrang neh pown ada yang start mengaji sendiri2 ataupown ada group bertadarus. Tapi, bagi kaum hawa yang tiba2 "kala malam bulan mengambang" atau lebih manis kita panggil keuzuran mungkin tidak dapat mengaji kan? Takper...kita boleh jerk gantikan dengan mendengar bacaan Al-Quran di corong2 radio ataupown tv dan jugak di internet. Selain tuh jugak, kita boleh mempelajari dan memahami maksudnya melalui terjemahan yang kita baca. Tuh pown kita boleh dapat pahala...InsyaALLAH... So, kat sini aku bagi 2 link bacaan ayat2 suci Al=Quran serta penterjemahannya sekali. Dengan cara ini mungkin dapat membantu kita kaum2 hawa yang xdapat beribadat sepenuhnya pada bulan puasa. InsyaALLAH... :)

KLIK LINK DIBAWAH:-




Selamat mempelajari ilmu Al-Quran yer kawan2 :)

Kelab Tasik Putrajaya


Ifthar

Alhamdulillah...selepas sahaja sihat tubuh badan (walaupown ada lagi sikit2 saki-baki kesan artifak sejarah kat anggota badan aku neh..heh) seperti yang dirancang, ini adalah kali pertaman berbuka puasa (ifthar) secara beramai2 dengan kengkawan untuk Ramadhan tahun neh. Walaupown pada mulanya aku tak berapa nak setuju sebenarnya buat kat tempat neh, sebab mahal...tapi, aku taknak arr hampakan kengkawan aku yang rata-rata dah setuju. Makanya, aku menjuinkan diri juga ber'ifthar' bersama2 mereka.

Putrajaya Lake Club

Perkarangan hadapan Lake Club

Destinasi Ifthar kami kali neh di Putrajaya Lake Club atau dalam bahasa melayunya, Kelab Tasik Putrajaya yang terletak di Precint 8, Putrajaya. Aku rasa mungkin ramai yang dah pernah pegi makan kat sini. Ini adalah kali kedua aku ke sini. 1st masa aku praktikal dulu. Masa tuh kena ikut my bos melawat kawasan untuk bawa Delegates Persidangan OIC. hu2...tuhla1st tyme, dan ini adalah kali kedua menjejakkan kaki kat sini.

Banner Promosi Buffet Ramadhan

Ok, dah tengok banner kat atas neh kan? Pakej Buffet Ramadhan yang ditawarkan adalah berharga RM52++ untuk Dewasa dan RM 30++ untuk kanak-kanak yang berusia 4tahun keatas. Tapi, sekiranya korang bawak group seramai 10 orang (tidak lebih) boleh beli kupon untuk dapatkan potongan harga yang lebih murah iaitu RM47 seorang.

Suasana didalam Lake Club

Suasana didalam cafe ini ala2 hotel gaya konsepnya. Ada indoor dan juga outdoor (megadap tasik putrajaya). Menu buffet yang disediakan adalah gabungan hidangan timur dan juga barat. Lebih dari 100 hidangan disediakan. (kalau ada sushi kan best...he2) Tapi, aku memang nak puji arr...Kuey Tiaw dye memang terbaekkk...! Sedap...!! (wa percaya sama lu Ah Nya!) hiks~

Kat bawah neh antara menu dan makanan-makanan yang kami ambil untuk berbuka...Lepas jerk azan berkumandang, baca doa makan dulu, makan kurma sebiji dan baru baca doa berbuka puasa...dan santaplah kami semua dengan hidangan2 ini sambil menonton Dejavu Di Kinabalu...hak3 (walaupown aku xkusyuk nak tgk my Mr.Badzly...huk3 :p)

appetizer la kununnya...:p

1st round

ok, jum makan!

Aku macam biasala...dah nama pown buffet, xderk maknenyerla aku nak makan semua makanan kat situ. Cukupla makan wat rasa-rasa jerk. Amek sikit2...sila jangan tamak,kang tak abeh, membazir ok. Aku rasa semua tahu etika makan buffet kan? eheh. Walaupown dessert yang aku amei xhabis, sebab tak sedap. (sedap lagi aku buat..haha :p)
kami geng gincu

kami lagi...@perkarangan Lake Club

Seperti biasala...kalo dah berjumpa dan wat perjumpaan haruslah bergambar yer. Kalau ikutkan rata-rata dalam kumpulan ifthar kali neh sebenarnya tidaklah mengenali antara satu sama lain. he2..Aku sendiri pown tak perasan yang aku adalah orang perantaraan yang menjadikan silaturrahim ini terjalin.eheh. Kawan2 aku, kawan korang jugak...tarak hal lah...kitakan Satu Malaysia! haha...cam ayat kat bawah neh...

"Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak" PAUTAN

antara yang hadir

Sebelum mengakhiri kata2, aku ada sedikit komplen diatas ketidakpuasanhatian (ada ker ayat neh dalam kamus? hu2) mengenai service kat Lake Club neh...iaitu pemberian voucher or coupon haruslah diberi awal semasa reservation dibuat yer...sebab kami dah hilang hak kami sebagai pelanggan..sepatutnya kami dapat potongan harga dari RM52++ ke RM47, tetapi diatas kecuaian pihak Kelab Tasik kerana tidak memberi kami voucher semasa awal kedatangan kami menyebabkan kami hanya dapat RM49 sahaja untuk dibayar bagi setiap orang. Kami amat2 tidak berpuas hati dan sangat2 terkilan. Harap selepas neh,pihak Lake Club tidak mengulangi ksilapan sebegini lagi dan haruslah memberi layanan dan service yang terbaik supaya nama Lake Club ini tidak tercemar serta menerapkan kata2 & motto ini yer...
"Customer is Always Right!" jangan nak ikut kepala hang jerk! (maaf terlebey emo di bulan puasa neh :p)

Okiesla...sekali lagi saya wakil dari cik pengerusi (Ah Nya) ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian kengkawan semua yg hadir. dan mintak maaf kalo ada tersalah & terkurang. Maybe service kat sini tak berapa bagus...(mungkin sbb bln puasa kot...ramai org) So, segala kesulitan amat dikesali (cam jln raya). Harap tahun depan leh wat lg yer...InsyaALLAH... (yeker? mcm ada 2nd round jerk? :p) Apa2pown jumpa lagi tyme rayer nanti...InsyaALLAH...**wink**


Untuk Reservation:
Putrajaya Lake Club (Kelab Tasik Putrajaya
Precint 8, Putrajaya
03-88895008

Promosi rayer Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake

Assalamualaikum u'ollsss...!!! Arineh juz nak promote satu produk yang memang aku sendiri pakai. Bedak Arab Kokunyu. Senang jerk cara nak pakainya...juz basahkan span (lembap2 gitu) dan sapukan bedak ke muka. Tak perlu pakai apa2 krim muka or foundation bagai...confirm leh tutup jerawat2, bintik2 hitam, jeragat2 yang ada kt muka. Serius memang cantik. Tak perlu sapu banyak sangat...juz sapu sikit2 jerk. Memang jimat. Selain tuh jugak dgn memakai bedak neh boleh mengecutkan jerawat yang ada kat permukaan muka. Dan yang paling2 penting, kalo berpeluh memang tak melekit dan takderk kesan pada tudung(bagi yang bertudung) atau lekat pada tisu. Bedak neh kalau ikut harga asal RM68 - 70. Tapi, sempena hari raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi neh, makanya ada promosi.. Hanya RM 57 sahaja dan dapat percuma Eyeliner warna hitam. Sesiapa yang berminat bolehlah tempah dengan saya yer...Mesti kaum-kaum hawa nak cantik kan...? he2...

Kat bawah neh aku attachkan gambar & jugak keistimewaan bedak neh. Aku xderk pic eksperimen sebelum & selepas pakai bedak neh...kalo ada nanti, aku buh la yerk...Tapi, sepanjang aku gunakan bedak neh...memang jeliter arrr...(hahaha...perasan :p) Tp, mmg ramai cakap jurujerawat kat muka aku ilang dah sikit demi sedikit..Kira ok lah! (Neh bkn ayat nak mengampu ker ape taw...ini betul2 kenyataan) dan utk perhatian, aku tak mark-up langsung harga...Trust me…& don’t forget to try it ok.. selagi stok promosi masih ada :)


PROMOSI RAYA AIDILFITRI 2012
RM 57 SAHAJA + FREE EYELINER

(SOLD OUT...!!!)


Keistimewaan Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake (Red)
- 3 in 1 moisturizer , foundation, powder
- Tahan selama 8 jam
- Boleh diguna ketika solat
- Ada Cop HALAL
- Sgt bagus bila berpeluh (bertambah cantik), dan tidak lekat pada tisu
- Bedak ni sangat wangi
- Bedak ni ikut darah
- Mengecutkan jerawat bg yg berjerawat
- Muka semakin lembut dan gebu
- Menjimatkan masa & wang
Disertakan bersama sponge yang lembut dan sedap dipakai
Cara menggunakannya:
*Basahkan span & sapukan kat bedak tu & terus pakai.


Kepada sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh komen kat sini yer. Terima Kasih. :)

=========================================================================






 PERHATIAN...!!!


Promosi yang ada percuma eyeliner ni sudah habis. Yang ada cuma bedak sahaja. Untuk keterangan lanjut, ssila klik link di bawah. Terima kasih :)