Friday, August 24, 2012

Jenis-Jenis Kawan


Jenis-Jenis Kawan ^_^
10 Jenis Kawan..

1. Kawan Chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Ada perlu dia muncul, takda perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. Kawan Buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. Kawan Perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. Kawan Pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. Kawan Chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan saja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?

6. Kawan Kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.

7. Kawan Span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dari mulutnya.

8. Kawan Duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita. So, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. Kawan Kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. Kawan Ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...!!!

Ok...dah baca semua jenis2 kawan kat atas neh kan? Tp...tp...tp...aku memang paling-paling pantang dan tak suka dengan kawan yang suka melaga2kan dengan kawan yang lain. Memang perangai cam 'LAHANAT' yerk (ups...maaf bahasa kasar) Huh...memang aku xleh terima arr. Korang klik juz link kat bawah neh kalo nak taw hukum2 melaga2kan orang neh. isk




i nak amek kucing neh jerk...tuh pown nak kena tikam ker? APTB! :p

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!