Wednesday, August 1, 2012

Kelab Tasik Putrajaya


Ifthar

Alhamdulillah...selepas sahaja sihat tubuh badan (walaupown ada lagi sikit2 saki-baki kesan artifak sejarah kat anggota badan aku neh..heh) seperti yang dirancang, ini adalah kali pertaman berbuka puasa (ifthar) secara beramai2 dengan kengkawan untuk Ramadhan tahun neh. Walaupown pada mulanya aku tak berapa nak setuju sebenarnya buat kat tempat neh, sebab mahal...tapi, aku taknak arr hampakan kengkawan aku yang rata-rata dah setuju. Makanya, aku menjuinkan diri juga ber'ifthar' bersama2 mereka.

Putrajaya Lake Club

Perkarangan hadapan Lake Club

Destinasi Ifthar kami kali neh di Putrajaya Lake Club atau dalam bahasa melayunya, Kelab Tasik Putrajaya yang terletak di Precint 8, Putrajaya. Aku rasa mungkin ramai yang dah pernah pegi makan kat sini. Ini adalah kali kedua aku ke sini. 1st masa aku praktikal dulu. Masa tuh kena ikut my bos melawat kawasan untuk bawa Delegates Persidangan OIC. hu2...tuhla1st tyme, dan ini adalah kali kedua menjejakkan kaki kat sini.

Banner Promosi Buffet Ramadhan

Ok, dah tengok banner kat atas neh kan? Pakej Buffet Ramadhan yang ditawarkan adalah berharga RM52++ untuk Dewasa dan RM 30++ untuk kanak-kanak yang berusia 4tahun keatas. Tapi, sekiranya korang bawak group seramai 10 orang (tidak lebih) boleh beli kupon untuk dapatkan potongan harga yang lebih murah iaitu RM47 seorang.

Suasana didalam Lake Club

Suasana didalam cafe ini ala2 hotel gaya konsepnya. Ada indoor dan juga outdoor (megadap tasik putrajaya). Menu buffet yang disediakan adalah gabungan hidangan timur dan juga barat. Lebih dari 100 hidangan disediakan. (kalau ada sushi kan best...he2) Tapi, aku memang nak puji arr...Kuey Tiaw dye memang terbaekkk...! Sedap...!! (wa percaya sama lu Ah Nya!) hiks~

Kat bawah neh antara menu dan makanan-makanan yang kami ambil untuk berbuka...Lepas jerk azan berkumandang, baca doa makan dulu, makan kurma sebiji dan baru baca doa berbuka puasa...dan santaplah kami semua dengan hidangan2 ini sambil menonton Dejavu Di Kinabalu...hak3 (walaupown aku xkusyuk nak tgk my Mr.Badzly...huk3 :p)

appetizer la kununnya...:p

1st round

ok, jum makan!

Aku macam biasala...dah nama pown buffet, xderk maknenyerla aku nak makan semua makanan kat situ. Cukupla makan wat rasa-rasa jerk. Amek sikit2...sila jangan tamak,kang tak abeh, membazir ok. Aku rasa semua tahu etika makan buffet kan? eheh. Walaupown dessert yang aku amei xhabis, sebab tak sedap. (sedap lagi aku buat..haha :p)
kami geng gincu

kami lagi...@perkarangan Lake Club

Seperti biasala...kalo dah berjumpa dan wat perjumpaan haruslah bergambar yer. Kalau ikutkan rata-rata dalam kumpulan ifthar kali neh sebenarnya tidaklah mengenali antara satu sama lain. he2..Aku sendiri pown tak perasan yang aku adalah orang perantaraan yang menjadikan silaturrahim ini terjalin.eheh. Kawan2 aku, kawan korang jugak...tarak hal lah...kitakan Satu Malaysia! haha...cam ayat kat bawah neh...

"Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak" PAUTAN

antara yang hadir

Sebelum mengakhiri kata2, aku ada sedikit komplen diatas ketidakpuasanhatian (ada ker ayat neh dalam kamus? hu2) mengenai service kat Lake Club neh...iaitu pemberian voucher or coupon haruslah diberi awal semasa reservation dibuat yer...sebab kami dah hilang hak kami sebagai pelanggan..sepatutnya kami dapat potongan harga dari RM52++ ke RM47, tetapi diatas kecuaian pihak Kelab Tasik kerana tidak memberi kami voucher semasa awal kedatangan kami menyebabkan kami hanya dapat RM49 sahaja untuk dibayar bagi setiap orang. Kami amat2 tidak berpuas hati dan sangat2 terkilan. Harap selepas neh,pihak Lake Club tidak mengulangi ksilapan sebegini lagi dan haruslah memberi layanan dan service yang terbaik supaya nama Lake Club ini tidak tercemar serta menerapkan kata2 & motto ini yer...
"Customer is Always Right!" jangan nak ikut kepala hang jerk! (maaf terlebey emo di bulan puasa neh :p)

Okiesla...sekali lagi saya wakil dari cik pengerusi (Ah Nya) ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian kengkawan semua yg hadir. dan mintak maaf kalo ada tersalah & terkurang. Maybe service kat sini tak berapa bagus...(mungkin sbb bln puasa kot...ramai org) So, segala kesulitan amat dikesali (cam jln raya). Harap tahun depan leh wat lg yer...InsyaALLAH... (yeker? mcm ada 2nd round jerk? :p) Apa2pown jumpa lagi tyme rayer nanti...InsyaALLAH...**wink**


Untuk Reservation:
Putrajaya Lake Club (Kelab Tasik Putrajaya
Precint 8, Putrajaya
03-88895008

2 comments:

Anonymous said...

Oi2 yg lgi sorg tu tak komplen ke pic gaya ala "ko tempo lari" dia masuk blog + dibaca oleh segenap pelosok rakyat pop yeh yeh ... wakakaka~

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

katanya gaya zaman dolu2..mmg xbleh blah..cam dak terencat yo den tgk. hahaha...APTB!~

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!