Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran

Salam u'ollss...!! Hari neh adalah hari terakhir berpuasa untuk tahun neh pada bulan Ramadhan. Sayu hati nak tinggalkan ramadhan. Dan terus-terang aku kata, tahun neh aku sangatlah tidak teruja nak sambut raya. Kenapa? Ntah, aku pown xtaw sebab apa. Dan raya tahun neh jugak,aku tak banyak membazir beli barang2 persiapan raya kecuali kuih raya sebab tahun neh aku tiada mood dan masa untuk wat kuih raya (padahal leh jerk wat malam raya :p). Baju raya,kasut raya,tudung raya, keronsang raya, gelang raya, perfume raya, cincin raya,rantai raya, alatmekap raya, Handphone raya (eh...melebih plak :p) semua2 tuh aku dah siap aku beli sket2 sebelum puasa. Semua tuk elakkan pembaziran dalam satu masa dgn berjalan seharian kat jalan TAR pada tengahari buta tyme puasa. hohoho...memang tak arr...hu2

Baju raya dah siap 11 pasang (haha...tipu semata :p) Kasut 15 pasang, tukar2 tyme beraya umah lain2 (haha...lg menipu! :p) Gelang berlian lip lap liplap anak mami 30 utas (haha...nipu lagi, cam kaya sgt! :p) Sudah cukup-cukup sudah...aku dah mula merepek!

Disebabkan tak teruja dengan raya, makanya aku tak tahu nak masak apa? hadoila.... Tahun lepas ada jugak wat kuih raya, masak itu ini tyme pagi raya (neh terlebih rajin :p) tahun neh??? Apekeheynyer blur sgt weihhhhh???!!! :(( Korang ada idea tak nak masak apa? idea...idea...ideaaaaaaa!!! Yang paling menyakitkan hati, ada ker patut adeq aku suruh aku waat dodol?! Maw tergeliat tangan aku kacau dodol atas dapor. Tumpo! hahaha... Mentang2la aku tnyer mak aku camner nak wat dodol, disuruhnya aku wat dodol? ajenyer yer! :p

Erm..xpela, jap2gi arr aku pk nak masak apa sok. hu2 Tapi, yang penting aku nak makan lemang dgn rendang handmade mak aku...hik3...TERBAEKKK!!!!

Tapi...dalam ketidakterujaan aku utk beraya tahun neh...aku dapat beraya dengan si kecik yang baru saja dilahirkan ke dunia pada 6 Ogos 2012 arituh. Masa dapat MMS arituh. tembamnya!!! Tapi bler da tgk live neh...alahai teciknya dye...walaupown berat 3.77 kg. Perghhh..!! So, tahun neh kita beraya sama2 yerk baby tecik dgn abang ayish skalik. hik2

Welcome to da World...!!!

Walaupown aku sangatlah tidak teruja dan tidak excited (bkn sm jerk ker? :p) dengan raya tahun neh tp, di kesempatan ini...aku nak ucapkan bebrapa perkataan neh...

Ampun dan maaf andainya saya…terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama, termarah tak kena tempatnya, tertanya-tanya tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpukul kat mana-mana, terpekik kuat di telinga, terhantuk terketuk dikepala, terpinjam terambil harta & benda, termoody tak semena-mena, terumpat bila ada cerita dan termacam-macam yang kena-mengena.

Dihari mulia yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari kesemuanya memohon ampun & maaf atas segala salah dan dosa yang ada sepanjang silaturahim ini terjalin samada di alam reality mahupown hanya di alam maya. Halalkan segala yang terlebih dan terkurang. Seseungguhnya kita semua hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Semoga dimaafkan atas segalanya.

Seperti sebuah perjalanan hidup... Semua yang telah terjadi tidak mungkin terulang, semua yang telah terucap pun pasti berbekas. Hanya doaku semoga setiap kesalahanku diampuni olehmu.

Dengan ingatan tulus ikhlas, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H semua...dan Maaf Zahir & Batin.


Salam Lebaran Aidilfitri u'ollssss....!!~

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!