Tuesday, October 30, 2012

KILLINEY, Kopitiam

 Salam & hye to  all da viewers & reader! he2. Akhirnya dapat jugak wat acara jalan2 cari makan, w/pown xcukup korum. heh! Takpe2...next plan ok?! hihi


Korang pernah dengar Killiney Kopitiam tak?  Aku rasa ramai yang taw kot... Tp, aku 1st tyme dengar & pergi. Itupown, aku juin 3orang kakak2 neh g makan...haha (yer...sy masih adik2 lg :p) kat Galleria PJH, Putrajaya.

 
Killiney Kopitiam @Galleria PJH, Putrajaya


Selain di Galleria PJH,  Killiney Kopitiam neh ada jugak di Damansara Uptown, Kota Damansara, Setia Alam Shah Alam, Bukit Bintang dan juga di Kuala Terengganu. Kinniley neh jugak terdapat di negara luar seperti di Indonesia, Singapura, Hong Kong dan juga Australia.

Konsep Killiney neh..sama macam kopitiam -kopitiam lain jugak. Dan menyajikan menu2 yang serupa seperti Kopi & Teh, Roti Bakar, Mee Siam, Asam Laksa dan jugak Kari Ayam. Selain tuh jugak, makanan western jugak disediakan.

 
Buku Menu

Ok, dah tengok segala macam menu dan jugak harga kan? Kat bawah neh menu2 yang kami santap
.

Rossele with Laici

 
 Chicken Chop

Fish & Chip

Potong jangan  tak potong

Aaaauummmm...!!! :))


Tak pandang kiri kanan dah orang tua neh...haha


Neh sebenarnya stater kami, tapi sebab lambat sampai...so, jadi dessert ar...Sengkak Pewot!


Okiesla...kepada sesaper yang suka makanan dan duduk santai2 kat kopitiam tuh boleh arr menjamu selera kat Killiney neh di tempat2 yang berhampiran dengan korang yerk. Selamat menjamu selera u'olls!~ :)

Friday, October 19, 2012

Kehilangan




Kehilangan - Firman

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang

Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu

Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku


Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita


Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila


Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)




Thursday, October 18, 2012

Rumah Terbalik Borneo




Rumah Terbalik Borneo Kg. Telibong Tamparuli, Sabah

Hye olls…! Arineh, juz nak citer pasal tempat2 yang aku lawat di sekitar Tamparuli, Sabah baru2 neh. Okiesla, seperti yang semua tahu, kalau sebut pasal Tamparuli jerk mesti ramai dok terfikir Jambatan Tamparuli kan? Rumah Marsha AF la..haha. Ok2, aku taw tuh. Tp, entry arineh blom lagi nak bercerita pasal jambatan tuh…tunggu next entry ok. Arineh aku nak citer pasal Rumah Terbalik Borneo atau nama orang putihnya The Upside Down House of Borneo yang terletak di Kampung Telibong, Tamparuli Sabah. Jarak perjalanannya adalah 30km (20-40 minit) dari Kota Kinabalu. Dan terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.



Peta Lokasi

Haaa….korang mesti pelik dan mungkin tak pernah pergi lagi kan? Selalu dengar citer kat oversea jerk ada rumah terbalik neh. Kat Malaysia pown ada jugak ok.

Oklah serba sedikit mengenai Rumah Terbalik neh. Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yee dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.

Kalau korang nak tahu, Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong, Tamparuli ini dibina adalah terjemahan kepada dunia kanak-kanak yang direalisasikan dengan rekabentuk rumah Melayu era 90-an. Sekaligus merealisasikan satu senibina unik seterusnya membuka satu trend pelancongan yang wajib diteladani semua kerana mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Antara keunikan Rumah Terbalik Borneo neh bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan juga perhiasan dindingnya adalah disusun secara terbalik.


Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo neh? Ok, hanya RM18 untuk dewasa.

RM10 untuk dewasa pemegang MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.


Mengenai keselamatan, pihak pengurusan mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. Jumlah pengunjung yang dihadkan untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik ini adalah seramai 8-10 orang sekali masuk dan diiringi seorang tourist guide. Pengunjung juga dilarang berjalan di luar karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah. Pengunjung juga dilarang daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan kerana barangan di rumah ini, misalnya, perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat. Dan korang jugak perlu tahu, pengunjung tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar didalam rumah  tersebut, kecuali diluar rumah. Jika didapati ada yang mengambil gamabr didalam rumah, akan dikenakan denda dan gambar2 tidak menjadi hak milik.


(Sumber Gambar) Ruang Tamu

Korang mungkin akan berasa pening sket sebab semua barang2 berada diatas kepala korang. Barang2 yang sepatutnya diletak dibawah, tapi berada diatas dan barang2 yang sepatutnya berada diatas, berada dibawah. Korang bayangkan arr kerusi ruang tamu ada kat atas, kipas siling berada dibawah. Hu2. Mesin basuh, computer, printer dan sebagainya yang patut berada dibawah kesemuanya diatas. Hu2. Ada sesetengah area, macam di ruang bilik tidur, ada diletakkan cermin besar dibawah untuk melihat pantulan keadaan bilik tidur yang sebenar.  Memang pening sket, tapi menarik.


(Sumber Gambar) Ruang Makan

Oklah, bagi sesiapa yang datang ke Sabah singgah ke Tamparuli, jangan lupa berkunjung ke Rumah Terbalik Borneo neh yerk yang terletak di Kg. Telibong, Tamparuli. 

Telefon : 088260263

Email: sales@trekkerslodge.com



 Me @Rumah Terbalik Borneo Kg. Telibong Tamparuli, Sabah



Tuesday, October 16, 2012

BerWUDHUKlah dengan SEMPURNA


Seperti yang kita semua muslimin dan muslimat tahu, sebelum kita menunaikan solat..kita haruslah membersihkan diri dari hadas besar dan juga hadas kecil. Sebelum menunaikan solat juga, kita diwajibkan mengambil wudhuk (air sembahyang). Tapi, tahukah korang akan keistimewaan wudhuk ini? Bukan setakat berniat berwudhuk (sahaja aku berwudhuk l kerana Allah Ta’ala), tapi semasa kita berwudhuk, kita boleh berdoa didalam hati.
Tak percaya? Islam ini mudah dan indah kawan2. Aku ada dapat info tentang cara2 mengambil wudhuk dengan sempurna yang merangkumi keistimewaannya sekali. Semoga selepas ini, kita semua dapat berwudhuk dengan sempurna dan dapat melakukan solat dengan penuh kusyuk dan diterima Allah S.W.T. InsyaALLAH… 


CARA-CARA MENGAMBIL WUDHUK dengan SEMPURNA
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini."
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini."
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini."
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu."
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini."
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat."




 Penjelasannya:

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah





sumber: Islamic

Monday, October 15, 2012

Bijaklah membuat keputusan




"Ku Mencari pelangi selepas hujan turun
Pelangi dengan warna warni keindahannya"


Emosi tidak akan membmbing kita pada suatu pemikiran atau tindakan positif. Maka sebab itu kita haruslah tenangkan diri kita sendiri.

Hidup ini satu pilihan. Kita yang sekarang adalah PILIHAN yang kita ambil dari MASA LALU. BIJAKlah dalam MEMILIH setiap LANGKAH kita yang selanjutnya.

Jangan pernah kehilangan identiti diri sendiri hanya untuk bertahan pada seseorang yang mungkin tidak kisah atau tidak peduli akan kehilangan kamu.
.

o    Dari AIR kita belajar TENANG

Dari BATU kita belajar TEGAR

Dari TANAH kita belajar KEHIDUPAN

Dari KUPU KUPU kita belajar MERUBAH DIRI

Dari PADI kita belajar RENDAH

Dan PALING PENTING

Dari ALLAH kita belajar tentang KASIH SAYANG yang SEMPURNA…




"Dear ALLAH...Sometimes, it's hard for me to understand
what YOU really want to happen. But I trust YOU.I know YOU will give me what's Best".
o    Dan PALING PENTING...

Dari ALLAH kita belajar tentang KASIH SAYANG yang SEMPURNA...




Saturday, October 13, 2012

Duhai Hati





Duhai hati yang luka,
Mengapa selalu terkenang akan kepedihan perpisahan yang terjalin tanpa ada langsung semangat untuk bangun di dalam menempuh kehidupan ini?


Duhai hati yang kecewa,
Mengapa di biarkan sahaja sakit sakit itu menghiasi harimu tanpa ada satu pun pegangan untuk memberi suntikan sinar di dalam perjalananmu..


Duhai hati yang telah hilang akan diri,
Bangun dan sedarilah.. Cinta itu tidak seharusnya kamu miliki dengan punyai dirinya.. Kadang membiarkan dia pergi, dan melihat dirinya punyai bahagia.. Dan kamu selalu mendoakan kebahagiaan bersama, jua punyai erti cinta yang sejati..


Duhai hati yang lara,
Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..

 

Tuesday, October 9, 2012

Tambah lagi satu angka

ALHAMDULILLAH...aku masih lagi disini ditemani oleh orang2 yang tersayang dan aku sayangi. Alhamdulillah...last week umur aku dah tambah satu lagi angka...hohoho...Nak bgtaw ker? saper yang taw tuh xper...yg xtaw tuh...xyah amek taw la...sbb sy sedar sy bukan dalam kategoriremaja lg Dan bukan jugak termasuk dlm kategori orang tua lg ok. haha.

So, sempena hari bertambahnya satu angka umur aku neh...sempatla jugak aku celebrate dgn family aku. Plan mula nak g makan kat Mr. Kabab kat Putrajaya sebab aku dah lama janji nak banjer family aku makan kat ctu, tp...terpaksa  tunda dulu...atas sebab2 tetentu...makanya g lepaking meja kat Secret Recipe (SR) jerkla. Tak kesahla keluar duit lebih sket...w/pown besday aku, tp aku yg banjer..hahahaTp, kek "makcik lynda" yang banjer... (mak aku la :p) Pergh...memang nikmat ok! Dah lama gler xmakan kek kat SR....sedap2! hehe



Tak lupa jugak...celebrate dgn "beliau"...hahahakat Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya. Yeay...akhirnya dapat jugak makan kat cni. W/pown plan awal nak g mkn dgn geng2 JJCM...Tp, masih tak kesempatan dan kesampaian lagik...so, aku g dulu la yerk...nnt ada rezki kita g sesamer plak yerk? yerk?..hehe

Disebabkan siang dan masing2 tak makan lagik..so, order nasi putih dgn lauk-pauk la. Sowyla, aku xamek byk gambar sebab masing2 kelaparan ...(haha...buruk melantak!) hik2Kamiorder gulai ayam (masak lemak ayam la) tempe basyah (tempe yang direbus dgn kicap kemudian digoreng) dgn ayam bakar. Hah? sayur xderk? hahaha..jgn ditanyer kenapa xderk sayur...biar kami jerk yg taw ok..keh3 Tp, sedap dan best makan kat sini...kira Bumbu desa neh neh ala restoran yg menyajikan nasi padang, Indonesia la...sedap3! (ker sbb aku lapa?) haha...tp, betul...sedap! heeee

Kepada sesiapa yang nak pergi menjamu selera kat Bumbu Desa neh bolehlah g kat alamat neh


Address:
Lot CBP 02, Plaza Floor, The Hub, Alamanda, Putrajaya.


tempatnya agak tersorok sket taw...dekat2 dgn panggung wayang...bawah superstar karaoke dan betul2 sebelah Garden Restaurant. Jangan lupa g yerk...yerk... :)



Alhamdulillah...tahun neh plak ramai plak yang bagi aku hadiah. hehe... terma kasih...terima kasih...  hehe...Aku gaks dapat special present dari "beliau". hik3... Terima kasih banyak...w/pown masing2 bz kejap g sana...kejap g sini...tp, dpt gaks spend masa celebrate besday sesamer w/pown mulanya aku xtaw...surprise la kununnya yerk..hehe terima kasih banyak2 dak mucuk! hehe..



Taraaaaaa,,,,,super suprise..pakej ok. heeee~~ chumel2 :)



Kepada kawan2 yang juga bg hadiah...dan bagi ucapan dan doa (doa cepat kawen tuh masih tetap ada...haha) terima kasih banyak2 atas segala ucapan dan doa itu...InsyaALLAH...AMINNN...!!! Aku hanya mampu mengAMINkan jerkla doa tuh...nak kater ape lg kan? tuh jerk yg mampu. keh3 Selagi berstatus belum berkahwin neh...perkataan dan doa cenggitu mmg xlekang dengar dan terngiang2 kat tinger neh...MENANAH! hahaha Apa yang penting kawan2ku semua...doakan yang baik2 sahaja... :) Doa aku plak sempena peningkatan umur neh..."Aku sentiasa Sayang Beliau" hahaha...jiwang seyhhhh...geli2 plak rasa.. akakaka...tuh jerk mampu announce kat sini. tak bleh lebey2 kag korang muntah ijo. hahaha Eh, tp aku cakap betul taw...tak tipu! hik3

Okla...okla...takat neh dulu. Sudah...cukup2 sudah...cukup sampai disini saja. kekeke Tunggu my next entry. Da coret dah..tp, xpost lg. Kalau aku rasa nak post..aku post. hak3 Thanks a lot for everything..adios u'olls...!! :)






Saturday, October 6, 2012

Muara Hat -OST Adam & Hawa



Aku rasa ramai yang sekarang neh tengah sakan a.k.a kemaruk a.k.a ketagih tonton drama bersiri kat Astro Mustika HD setiap hari Isnin-Khamis jam 10 malam. Yups…drama yang diadaptasikan dari Novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea. Aku memang pernah baca novel beliau masa tyme muda remaja dulu. Maksud aku, zaman sekolah ler… Sekarang neh memang tak terbaca arr novel2 neh…maw aku terawang2, tersengeh sorang2 tyme baca. Langsung tak jadi keje aku kang…hik3. Memang betul beb, kalo dapat baca satu novel neh…sanggup  sengkang mata…kalo boleh nak abehkan satu novel yg tebal tuh dalam masa satu hari. Hamboiiii…mak abah suruh baca buku untuk exam xmo ek? Novel ko khatam dulu yerk? Ape pown tak boleh! Heeee…

Sebelum neh aku ketagih tengok Dejavu di Kinabalu kan…yg citernyer ala2 baca novel gitu…terawang2…aiseh! Sekarang neh dok layan Adam & Hawa. Lagi lah tengok…Aaron Aziz berlakon tuh…sape xnak tgk Bintang Paling Popular berlakon. Hik3. Dan jugak heroinnya Nadia Nissa yg memang aku  sker tgk dye berlakon…sebab dye pandai menjiwai watak.1st drama yang aku tgk dye berlakon drama kat astro jugak..pasal budak2 remaja yang ketagih dadah. Aku tak ingat la plak apa tajuk dye..yang aku taw arahan Sheila Rusly. Dan kalo korang perasan dye neh jugak model video klip lagu “Bisakah” yg dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Aku memang sker tgk muka dye…chumel. Walaupown dye dah berkahwin dan ada anak…tp, cute. Hehe Seterusnya aku sker gaks dye berlakon watak Manis dalam movie Cun. Dan sekarang aku sker dye pegang watak Ain Hawani dalam Drama  Adam & Hawa neh.Kesimpulamnya…aku sker la dye! Hehe…

Aku rasa jugak, tak semua ada Astro Mustika HD, dan ramai yang menonton secara online. Ok, korang boleh tengok kat link neh..korang klik jerkla ek link neh...hu2


Aku sker gaks dengar OST drama bersiri neh. Tambah2 dinyanyikan oleh penyanyi pebret aku…Dato’ CT bersama Hafiz AF. Perghh…dedua vocal memang mantap ok! Walaupown mulanya rasa macam xsesuai gitu…tp, ok jerk plak bler dah selalu dengar…hik3. Best2!

Ok, jum layan sesame OST Adam Hawa kat bawah neh yerk…layan…!~





Muara Hati - (OST Adam & Hawa) - Dato' Siti Nurhaliza ft. Hafiz AF

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


Tuesday, October 2, 2012

Gayang Seafood Restaurant





Salam u’olls! Lama gaks xmenjenguk dan xmenghapdet blog. Masa aku banyak terbuang dengan duduk diatas awan nan biru. Ceh! Poyo jerk kan? Ingat Awan Dania?! Podahcait! :p


Tapi, betul haper…kejap terbang sana…kejap terbang sini. Dah macam burung dah aku rasa. Hiks! Keletihan xabeh lg neh…adeh2. Okies, baru arineh leh menghapdet. Eheh. Rindu kat saya tak? Haha…perasan!

Baeklah…arineh nak hapdet jalan2 cari makan sket. Neh khusus untuk warga Sabah mahupown warga semenanjung yang nak dan ada kat sabah…boleh try dan nikmati hidangan kat tempat neh.

Aku rasa semua sedia maklum. Sabah is a famous seafood place. So, kalo datang sabah, jangan lupa makan seafood ok?! Sesape yang ada alahan or allergic pada seafood tuh sila bawa ubat anda bersama yerk. Hiks! Okies, tempat yg aku suggest tuk korang pergi adalah tak lain dan tak bukan…GAYANG SEAFOOD RESTAURANT yang terletak di Tuaran, Sabah.

Tempat neh famous taw. Sebelum neh aku juz dengar kengkawan aku citer jerk. Finally, sampai jugak kaki neh menjejakkan kaki kat situ menikmati hidangan seafood yang sedap lagi segar di Gayang Seafood neh.

Okies, serba sedikit info mengenai Gayang Seafood  Restaurant neh merupakan
tempat terbaik untuk menikmati hidangan makanan laut di tepi laut. 
Gayang Seafood Restaurant neh ditubuhkan dari tahun 2002, dan merupakan salah satu Restoran Seafood yang popular di Tuaran, selepas Restoran Kampung Nelayan yang terletak di Kota Kinabalu. Jarak perjalanan hanya 28KM sahaja dari Bandar Kota Kinabalu. Ia terletak di Kampung Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran dan menghadap paya bakau. Gayang Seafood Restaurant ini juga merupakan  tempat yang paling sesuai dan sempurna untuk menikmati semua jenis masakan laut yang menarik di Sabah,

Juga menyajikan bahan-bahan segar dengan layanan mesra dan juga menunya halal. So, jangan rasa ragu-ragu atau was-was menikmatinya yerk. Yela…kat Sabah neh rata2 orangnya kulit putih2 macam cina. Boleh wat orang konpius. Was2 samada beragama Islam or tak. Hu2. Aku teringat masa memula jejakkan kaki kat sini…masa tuh g makan kat Salut Seafood (mahapla xdapat nak hapdet dulu…sebab tak amek gambar langsung. Hu2) Masa tuh memang rasa was2 nak makan…sebab sangkaan aku tuh restoran cina. Eeeeuuuwww…taw2 jerkla, aku neh penggeli sket. Biar makanan jepun lagi, jangan makanan cina. Hu2. Yerkla…dah semua muka putih2 macam cina, risau arr aku. Tapi, nasebbaek halal. Kalau tak…hu2…xtaw nak kater haperlah.

Oh, ya! Salut Seafood pown famous jugak taw…kedua famous la dari Gayang Seafood yg telah mengambil takhta Restoran Kampung Nelayan. Tiga tempat yang aku sebut tuh seafoodnya memang sedap dan segar. Gayang neh famous sebab tempatnya cantik.

Masakannya lain dari yang lain. Okies2 jum layan picture2 kat bawah neh yerk…! :)







                                                            Teh Cina













 Bawang & Cili bagi sesiapa yg nak pedas.












                                         Sup Jagung...sedap!!!














NYONYA TALAPIA















                          Neh kawan saya...lala. hahaha :p











 Butter Prawn













               Daging masa ape ntah...tp sedap. hehe

















 Ketam masak merah
(KIM HIONG)












                                          Jelly Kelapa...sedap!















Licin suda...

 

Okies, kepada sesiapa yang datang ke Sabah neh jangan lepaskan peluang g makan kat sini yerk. Neh aku atacchkan sekali alamat dan jugak no telefon.

 

GAYANG SEAFOOD RESTAURANT
Kg. Baharu, Jalan Sulaman
Tuaran, Sabah.
No. Tel: 60 16 810 2395





 Model a.k.a Duta Gayang Seafood.
haha...perasan :p