Tuesday, October 16, 2012

BerWUDHUKlah dengan SEMPURNA


Seperti yang kita semua muslimin dan muslimat tahu, sebelum kita menunaikan solat..kita haruslah membersihkan diri dari hadas besar dan juga hadas kecil. Sebelum menunaikan solat juga, kita diwajibkan mengambil wudhuk (air sembahyang). Tapi, tahukah korang akan keistimewaan wudhuk ini? Bukan setakat berniat berwudhuk (sahaja aku berwudhuk l kerana Allah Ta’ala), tapi semasa kita berwudhuk, kita boleh berdoa didalam hati.
Tak percaya? Islam ini mudah dan indah kawan2. Aku ada dapat info tentang cara2 mengambil wudhuk dengan sempurna yang merangkumi keistimewaannya sekali. Semoga selepas ini, kita semua dapat berwudhuk dengan sempurna dan dapat melakukan solat dengan penuh kusyuk dan diterima Allah S.W.T. InsyaALLAH… 


CARA-CARA MENGAMBIL WUDHUK dengan SEMPURNA
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini."
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini."
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini."
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu."
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini."
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan;
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat."




 Penjelasannya:

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah





sumber: Islamic

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!