Thursday, October 18, 2012

Rumah Terbalik Borneo




Rumah Terbalik Borneo Kg. Telibong Tamparuli, Sabah

Hye olls…! Arineh, juz nak citer pasal tempat2 yang aku lawat di sekitar Tamparuli, Sabah baru2 neh. Okiesla, seperti yang semua tahu, kalau sebut pasal Tamparuli jerk mesti ramai dok terfikir Jambatan Tamparuli kan? Rumah Marsha AF la..haha. Ok2, aku taw tuh. Tp, entry arineh blom lagi nak bercerita pasal jambatan tuh…tunggu next entry ok. Arineh aku nak citer pasal Rumah Terbalik Borneo atau nama orang putihnya The Upside Down House of Borneo yang terletak di Kampung Telibong, Tamparuli Sabah. Jarak perjalanannya adalah 30km (20-40 minit) dari Kota Kinabalu. Dan terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.



Peta Lokasi

Haaa….korang mesti pelik dan mungkin tak pernah pergi lagi kan? Selalu dengar citer kat oversea jerk ada rumah terbalik neh. Kat Malaysia pown ada jugak ok.

Oklah serba sedikit mengenai Rumah Terbalik neh. Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yee dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.

Kalau korang nak tahu, Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong, Tamparuli ini dibina adalah terjemahan kepada dunia kanak-kanak yang direalisasikan dengan rekabentuk rumah Melayu era 90-an. Sekaligus merealisasikan satu senibina unik seterusnya membuka satu trend pelancongan yang wajib diteladani semua kerana mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Antara keunikan Rumah Terbalik Borneo neh bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan juga perhiasan dindingnya adalah disusun secara terbalik.


Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo neh? Ok, hanya RM18 untuk dewasa.

RM10 untuk dewasa pemegang MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.


Mengenai keselamatan, pihak pengurusan mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. Jumlah pengunjung yang dihadkan untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik ini adalah seramai 8-10 orang sekali masuk dan diiringi seorang tourist guide. Pengunjung juga dilarang berjalan di luar karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah. Pengunjung juga dilarang daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan kerana barangan di rumah ini, misalnya, perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat. Dan korang jugak perlu tahu, pengunjung tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar didalam rumah  tersebut, kecuali diluar rumah. Jika didapati ada yang mengambil gamabr didalam rumah, akan dikenakan denda dan gambar2 tidak menjadi hak milik.


(Sumber Gambar) Ruang Tamu

Korang mungkin akan berasa pening sket sebab semua barang2 berada diatas kepala korang. Barang2 yang sepatutnya diletak dibawah, tapi berada diatas dan barang2 yang sepatutnya berada diatas, berada dibawah. Korang bayangkan arr kerusi ruang tamu ada kat atas, kipas siling berada dibawah. Hu2. Mesin basuh, computer, printer dan sebagainya yang patut berada dibawah kesemuanya diatas. Hu2. Ada sesetengah area, macam di ruang bilik tidur, ada diletakkan cermin besar dibawah untuk melihat pantulan keadaan bilik tidur yang sebenar.  Memang pening sket, tapi menarik.


(Sumber Gambar) Ruang Makan

Oklah, bagi sesiapa yang datang ke Sabah singgah ke Tamparuli, jangan lupa berkunjung ke Rumah Terbalik Borneo neh yerk yang terletak di Kg. Telibong, Tamparuli. 

Telefon : 088260263

Email: sales@trekkerslodge.com



 Me @Rumah Terbalik Borneo Kg. Telibong Tamparuli, Sabah



5 comments:

kikin said...

best..best..saya belum pegi lagi tgk rumah ni

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

haaaaaa...jgn lupa g kin...kalo dtg sabah. he2

Ortega said...

best..best..saya belum pegi lagi tgk rumah ni

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

pegi jgn xpegi..hu2

Anonymous said...

Thanks for your info about this place... I hope soon i will take this place...

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!