Thursday, November 29, 2012

Promosi Regular Set TABITA Skincare (READY STOK)


Salam all...!

Sempena Bulan Disember ini, disini saya ingin war-warkan ada PROMOSI untuk Regular Set TABITA Skincare. Hanya RM 280 sahaja termasuk penghantaran. So, kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mendapatkan Regular Set TABITA Skincare dengan harga promosi ini sepanjang bulan Disember 2012 dan sebelum menjelangnya Januari 2013. Promosi ini akan berjalan sehingga stok masih ada. Siapa cepat dia dapat! ^_^






PROMOSI 
 
 
Regular Set Tabita Skincare


Tabita Facial Soap
Tabita Smooth Lotion
Tabita Daily Cream (25 gram - regular set)
Tabita Nightly Cream (25 gram - regular set)




RM 280 
TERMASUK POSTAGE



Seperti biasa, kepada sesiapa yang berminat bolehlah emel kepada saya (lala_missu@yahoo.com) untuk tempahan atau sebarang pertanyaan yerk. Nombor account akan diberi melalui emel. Setiap pembeli haruslah memberi details kepada saya seperti NAMA, NOMBOR TELEFON, ALAMAT PENGHANTARAN, NAMA SET dan juga TARIKH serta MASA TRANSAKSI sebagai BUKTI bayaran telah dibuat. Terima kasih.


Tuesday, November 27, 2012

Dinner VS Tema


Salam reader…

Aku pasti ramai diantara korang dijemput atau menerima jemputan untuk majlis makan malam atau sinonimnya omputeh cakap Dinner. Kadang2 majlis2 dinner neh, terutama yang dikendalikan oleh sesebuah Jabatan atau Firma khussusnya mesti ada bertema-tema kan? Kan?
Maksud aku, tema pakaian. Kadang2 tuh ada dinner yang kena wat persembahan. Bila dah ada tema pakaian, tema persembahan pown sama. Tapi, tak semualah…ada jugak tema persembahan tak ikut tema pakaian yang telah ditetapkan.

Aku sendiri pown tak pernah lari dengan jemputan Dinner dari masa aku study dulu sampaila sekarang….semuanya bertema. Oklah, aku mulakan dengan tema dinner yang pernah aku attend dari zaman study dulu yerk.



Neh masa Sem 4, actually…dinner neh dikendalikan oleh senior kami yang bertemakan “Pengantin”. Tapi, aku takderkla ikut sangat tema pengantin tuh… Memang tak dan arr nak sewa2 baju neh… Tp, sempatla jugak tempah baju kat KL dalam masa seminggu bercuti. Haha… Semangat2!


Yang neh plak masa family day pertama yang aku juin masa memula aku jadi staff TM.  Kat Bukit Merah Laketown Resort, Perak. Temanya “Kain Batik dan Kain Pelekat”. Masa neh, aku xikut sgt tema sebab segan nak pakai…al-maklumlah budak baru. Keh3 :p


Seterusnya dinner family day kedua yang aku juin kat A’Famosa Waterpark, Alor Gajah Melaka. Temanya adalah “Warna Biru”. Yang neh memang senang, sebab juz pakai baju apa2 asalkan warna biru. Best3…sebab warna pebret aku. Heh.
 



Haaaa…jangan pening plak tengok. Hahaha. Dinner yang aku attend neh plak bertemakan “Bollywood” Aku kena gi sebab bertugas sebagai  ashrade kat Legend Hotel, KL. Masa memula tuh, pening jugak mana la aku nak cari baju. Last2 aku dapat pinjam baju dari kawan baik aku si mak andam dan juga dari kawan aku yang berbangsa india. Dah dapat 3 pasang baju…lepas tu pening nak pilih mana satu. Last2 aku pakai yang warna Hitam tuh sebab Nampak exclusive dan agak sopan sket. Eheh.




Korang jangan pening lagi tengok yang neh…sebab aku sendiri pown pening dengan bunga2 neh. Hahaha. Yang neh plak, dua dinner yang aku attend di tempat yang berbeza. Satu di Shangri-La Rasa Ria, Tuaran. Dan satu lagi di Gambang Resort City, Pahang. Kedua2nya bertemakan “Hawaii”. Kedua-dua kejadian neh, agak baru jugakla berlakunya…dimulakan di Tuaran dan diikuti plak kat Gambang. Kalau ikutkan kat Gambang temanya “Carribean & Hawaii” Boleh pilih nak pakai mana satu, tp, aku pakai Hawaii jerkla…sebab dah ada. Masa memula tuh, aku memang tak taw nak pakai baju apa. Aku ada terfikir nak wat rambu-ramba guna tali raffia (idea member aku ler neh) Dah siap beli dah tali raffia bergulung2…tp, last2 xjd wat sebab konpem aku segan nak pakai. hahaha Dan disebabkan kesuntukan masa, last minit aku g order baju secara online dan pada masa yang sama kawan baik aku si mak andam arr jadi mangsa untuk aku pinjam baju. Sebab risau punya pasal takut baju yang di order tak sempat sampai  dan takut jugak xok dipakai. 



Alhamdulillah…lepas cuba-cuba semua baju, akhirnya aku pakai baju yang aku beli online neh. Sangat selesa…sampai terpilih Finalis Top-5 arr pakaian da vogue in da vas. Hahaha :p


Time kat Gambang plak, aku juz pinjam baju dan segala aksesori opismate aku jerkla. Tapi, bunga kat tangan tuh kena wat sendiri arr…sebab taknak nampak sama dengan time dinner kat Shangri-La tuh. Nampak lain dari yang lain sket. Walaupown tak menang…tapi enjoy!


\

King & Queen of Hawaii...kalo nak menang, bleh pakai camneh hokey?! heee~

Lepas neh kalo ada dinner lagi, xtawla plak apa temanya. Jangan yang susah2 nak dicari sudahla yerk. Juz berkongsi pengalaman dengan u’olls tentang tema dinner…manalah taw kot2 pasneh korang plak berhawai-hawaian plak…keh3. Enjoy ur dinner & theme u’olls!~ ^_^


Gadis Nusantara & Fairy Tales. haha :p


Saturday, November 24, 2012

Kongsi Kasih Sayang bersama KLEENEX

Salam u'olls!

Ini adalah kali kedua untuk tahun neh menjuinkan diri dengan contest2 setelah sekian lama tidak melibatkan diri serta berkecimpung dalam contest2 sebegini. hik3. Kelapangan kemasaan membuatkan aku menjuinkan diri dgn contest2 neh. Heh!

Aku xtaw nak mulakan  contest neh camner dah. Haiyo...tengah dok karang2 ayat...tetiber plak aku terdengar suara mengilai tengah2 malam buta neh. Haiyooo...meremang suda. Terus terbantut segala idea...sebab tetiber terasa seram. hu2 (byk betul perkataan "tetiber" neh...haha :p)

Ok2...kita teruskan. Harap2 takderkla benda pelik2 lagi...hu3




Kat atas tuh antara picca-picca Kongsi Kasih Sayang Bersama Kleenex dengan "Son Fruit" (haha...my nephew la).

Tiada cerita menarik nak diceritakan mengenai Tisu neh... Seperti yang semua sedia maklum, korang pown tahu ape kegunaan tisu kan? Tak kesahla jenama apa pown...Asalkan namanya tisu. hik3


Memandangkan tiada apa nak diceritakan mengenai tisu tersebut...makanya,pihak penganjur Contest telah mengubahsuai syarat2 contest neh. Dengan itu, terhasillah penceritaan untuk 6 pecahan gambar dibawah menjadi satu tajuk yang sama dan punyai hubung kait jugaklah.hiks. Tajuk pown Kasih Sayang kan...so, aku ceritalah perkongsian kasih sayang bersama2 dengan kawan2 aku yang boleh dikategorikan sebagai Satu Geng. eheh.




Ke-enam2 gambar2 kat atas neh adalah semua koleksi gambar kenangan dan perkongsian kasih sayang aku dengan mereka2 sejak dari aku belajar sampaila dah keje neh hah. Ok2...jum aku citer satu-persatu yerk...mengikut nombor. :)

1. Gambar neh diambil masa Sem Akhir masa aku study dulu. Masa neh  kami mengendalikan event MICE. Tak silap aku temanya "Riang Ria Si Cilik" Event neh melibatkan penglibatan adik2 a.k.a kanak2 yang masih bersekolah tadika  4 hingga 6 tahun. Ada macam2 pertandingan untuk semua kanak2. Masa neh masing2 dapat belajar macam mana nak buat sesuatu event besar-besaran dan melibatkan lain2 organisasi. Ha...susah taw...ingat senang?!  Aku plak terpilih untuk jadi salah seorang AJK Audiovisual. Eheh...macam taw2 jerk aku sker benda2 camneh... Tyme neh arr kami semua AJK2..tak kira arr Pengarah Event ker, AJK makananker, AJK Backdrop ker...semuanya haruslah bekerjasama antara satu sama lain. Aku suka picture neh sebab ada belon2...ceria! he2


2. Gambar kedua neh plak tyme Sem 2 masa study dulu...dan picture neh diambil masa kami dak2 serumah sewa serta dak2 laki sebelah rumah ke "Sure Heboh" (sekarang dah tukar Jum Heboh) kat Dataran Bandaraya JB. Tyme neh memang best sangat. Salah satu sebab adalah aku dapat juper my SA masa tyme skolah dulu. SA tuh aper? Secret Admire lah! hahaha. Macam xcayer pown ada...ki3. Okla..lupakan tentang tuh. Aku sker pic neh sebab kami semua kelapan2 orang dapat hang-out sesamer g Bandar JB. Best3! Sebenarnya aku rindu setiap moment dengan dorang semua. Macam2 kenangan yg kami lalui. Rindunya...!!! Walaupown ramai antara kami duduk dekat2 pown susah jugak nak jumpa kecuali kalo ada perancangan. Antara kelapan2 neh 4 orang dah selamat dengan pemilik tulang rusuk masing2...hik3. Dah kawen deee... Ada yang dah bertunang dan sorang lagi comin soon...tak lama jerk lagi... Harap dapat jumpa nanti. :)

3. Ha....yang neh plak pic masa zaman kegemilangan berchating kat YM serta bergathering dan bermini-gathering. Macam2 chatroom aku masuk...tp, yang tetap setia Room Perak1. Mula terjebak disebabkan ahkak sedara aku ler... Dari dye aku mula menjebakkan diri dlm dunia YM neh. So, byk jugaklah gathering2 yg aku juin...Room KL 2, 3 dan 6, Room Selangor1 dan paling setia Room Perak1 lah...Op Kos! ngeeee... Pic neh masa tyme rayer...pi beraya kat rumah chaterz kat Teluk Intan, Perak. Sekarang neh dah xaktif macam dulu dah...YM pown aku dah xon dah. Ada yang masih contact antara satu sama lain lagi...ada yang dah menyepikan diri tanpa berita, ada jugak yang bergaduh tak tegur2 sampai skang...ada yang dah berkahwin dan terus menyepikan diri...dan ada jugak yang masih berkontek2 sebab kawen sesamer chaters.haha. Rindu sebenarnya zaman kegemilangan neh...rindu nak hang-out, bergathering dan mcm2 lg. Tapi tuh arr...zaman2 muda a.k.a remaja dulu bleh arr kot...usia bkn makin lama makin muda kot...sampai bler nak bersosial cenggitu kan? Tapi, xpelah...apa2pown aku rindu kenangan2 zaman kegemilangan YM. Kalo dapat wat gathering jumpa balik ramai2 best jgk kan? hiik2


4. Gambar yang keempat neh plak tyme aku bekerja sebagai staf sambilan kat Jabatan Imigresen, Putrajaya. Actually, bknla staff Imigresen...tp, kami dipinjamkan dari TM. Macam anak tiri jgklah kami kat Imigresen neh. hu2. Gambar neh masa kami sama2 g kursus kat Cherating, Pahang. Aku sker moment neh...sebab masing2 enjoy. Cam xderk apa2 masalah pown. he2. Tengok jerkla picture tuh...masing2 wat aksi lawak. Dengan aku2 skalik ntah haper2...Cam nak menari zapin pown ada. hahaha. Sebenarnya masing2 nak melompatla kununnya...tapi, ntah haper2 pose yg jadi. Tapi, serius seronok keje tyme neh...walaupown cam anak tiri kan...tp, enjoy sebab xpk masalah apa2pown. Rileks jerk keje..xderk stress2...keje pown cepat jerk siap. Memang best! Rasa cam nak keje camneh lagi...tp, nak buat mcm mana rezki aku ke HQ terus dan jwtn tuh pown skang dah xderk dah... Walaupown ada antara kami yg keje satu tempat tp, xsama mcm dulu.... Rindu moment dulu2 jgk. hu2

5. Okiesla...gambar ke 5 neh plak gambar geng terbaru. Dan rata2 orang perantara yang menemukan kami2 semua adalah aku. (he2...baru aku terperasan suda) Kenapa? Aku baru terperasan arr kawan2 aku dah jadi kawan2 dorang. Tapi...aku xkesah pown...kita kan Satu Malaysia! hahaha... Gambar neh tyme Buka Puasa kat Kelab Tasik Putrajaya. Neh ler 1st tyme kot buka puasa sesamer dgn dorang secara beramai2. Dan diikuti dengan iftar kat SR, Aalamanda dan jugak beratur panjang2 kat BR masa free arituh...haha...wat kerja gila selama 2jam beratur yer (aku memang nak hapdet pengalaman neh...tp, pic xdpt2 lg neh sampai skang. hu2)  Kitorang jugak penah sama2 juin aktiviti fotografi sekitar Kuala Lumpur-Putrajaya. Moment tuh yg jadi salah satu pengalaman menarik jugak arr utk aku. Best3! Walaupown masih baru...tapi tetap ada kenangan2 ok. InsyaALLAH kami tengah On-Plan nak bercuti2 Malaysia. InsyaALLAH...Semoga berjalan dengan lancar. :)

6. Picture keenam neh plak Geng2 kerja. Dan salah seorang ahlinya adalah konpem2la Pn.Sumijelly.Com. kikiki, Kalo kami dapat kuar sesamer ginilah jadinya..."GILA" sekejap. Masing2 "TOINK...TOINK..." Kalo dapat gelak tak hengat dunia...tuh blom dengan menjerit lagi sebab marah pemandu2 kat Malaysia neh yg sker sangat pentingkan diri sendiri.Sangat "PENJUAL IKAN" ok! ha? Sellfish lorh...! haha :p Kalau dapat pegi makan sesamer konpem bukan 1 menu jerk yang akan dijamah. Konpem ada dessert sekali. Memang sampai senak perot...dah arr kekenyangan cam ikan buntal...bleh plak lagi gelak2...memang nak termuntah arr...masing2 sengal! haha... Bila disuruh decide nak mkn ape...siap wat conference bagai...siap tag2 bagai...hahaha. Siap wat "PERANG TAG" lagi...hahaha..xderk keje nak dibuat...giniler jadinya. Plan nak hang-out g berjimba2 masih dalam perancangan sebab mencari tarikh yang sesuai...al-maklumlah 3 antara kami kan mak2 budak...a.k.a orang2 TUA. hahaha (yeaaaa....saya masih muda...muda lg dari AHKAK-AHKAK semua! haha)  So, kena tunggu kelapangan masa mak2 budak 3orang neh la...nak handle anak masing2 bukan senang...bkn takat anak2 jerk...dgn mr. hubby dorang skalik...kalo tak diizinkan kang jd derhaka plak. Aku tak nak bersubahat! hahaha...

Okiesla...setakat tuh jerk gambar2 tersebut berbicara. Setiap yang berlaku tuh pastinya akan menjadi satu kenangan. Tak kiralah yang manis ataupown pahit. Hari ini akan menjadi semalam...dan hari esok akan menjadi hari ini. Begitulah seterusnya... So, hargailah every single things yang berlaku dalam hidup kita neh. Sebab ianya tidak akan terulang. Setiap pengalaman pahit manis mengajar kita tentang kehidupan. Dan setiap kenangan tuh akan tetap dan terus tersemat di hati dan juga dalam ingatan. Adios...amigos...caw! ^_^


Monday, November 19, 2012

Harga Promosi TABITA

Salam semua! 

Mari3! Promosi2! Aku rasa ramai yang pernah dengar TABITA Skincare. Produk kecantikan dan pembersihan wajah yang sangat popular sekarang neh. So, arineh aku nak promot produk neh dan ada harga PROMOSI.
 



TABITA SKIN CARE



TABITA Skin Care adalah produk kecantikan dari Indonesia & sangat terkenal di kalangan artis - artis Indonesia & Malaysia. Tabita Skin Care dapat mengatasi pelbagai masalah kulit Mission * Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat *



Regular Set

Harga Asal : RM 320.00

Harga PROMOSI : RM 290.00 (termasuk postage)


Exclusive Set

Harga Asal : RM 340.00

Harga PROMOSI : RM 310.00 (termasuk Postage)



Harga PROMOSI ini hanya SETAKAT 23 NOVEMBER 2012 ini sahaja.  




4 Barang dalam Set TABITA SKINCARE


FACIAL SOAP : Sabun cair untuk membersihkan muka dan leher dari kotoran yang melekat dan dapat menegangkan kulit muka kita.

SMOOTH LOTION : Pembersih dan penyegar kulit muka dan leher dapat mengurangi jerawat, jeragat dan kulit kusam kembali bersih putih dan bersinar.

DAY CREAM : Krim siang dipakai pada waktu pagi atau tengah hari untuk melindungi kulit wajah kita dari panahan UV dan dapat menghilangkan flek hitam dan meremajakan kulit muka.

NIGHT CREAM : Krim malam dipakai pada malam hari untuk memutihkan kulit muka dan leher. Dapat juga di gunakan untuk menghilangkan jerawat, jeragat serta menghilangkan kedutan halus yg ada disekitar muka kita dan mengecilkan lubang pori muka.





Apa tunggu lagi?? Mari dapatkan TABITA SKINCARE dengan segera...!!!

 


PERHATIAN...!!!

Tempahan untuk harga PROMOSI ini hanya akan diambil setakat dan sehingga 23 NOVEMBER 2012 ini sahaja selagi stok masih ada.
Tempahan bolehlah dibuat melalui emel (lala_missu@yahoo.com) dan hanya tempahan melalui emel sahaja yang akan diambil. Dan no account akan diberi melalui emel. Setiap pembeli haruslah memberi details kepada saya seperti NAMA, NOMBOR TELEFON, ALAMAT PENGHANTARAN, NAMA SET dan juga TARIKH serta MASA TRANSAKSI yang dibuat sebagai BUKTI bayaran telah dibuat. Terima kasih.



Link: LaLa Shopper


Sunday, November 18, 2012

Terpana Asmara




Terpana Asmara - Bunga Citra Lestari (OST Adam & Hawa)

Mencintaimu
Sesuatu yg tak bisa aku hindari
Begitu kuat perasaan yg kurasakan


Dirimu hadir di saat aku rindukan belaian
Terpanah aku akan cinta yg kau tancapkan


Dan kau bawa aku ke awan menghias langit
Merangkai bintang2 menjadi sebuah kata
Sebuah kata cinta


Seindah-indahnya bila tersentuh hangatnya asmara
Sebentuk cinta yg kau beri apa adanya


Dan tercipta pelangi jiwa warnai hatiku
Engkau anugerah terindah dariNya untukku
Engkaulah kekasih separuh jiwaku





-Permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak. BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup- ^_^

Friday, November 16, 2012

Layan Ulang2 Samapi Lebam

Assalamualaikum olls da viewers and readers (",)

Hari2 dan musim2 hujan neh...memang tak bleh kemana arr...so, dok umah melayan citer2 yang tak jemu2 aku tonton dan asik dok ulang banyak2 kali. (hehe..xderk keje). Sebenarnya ada keje nak dibuat, tapi asik dok wat keje jerk…layan citer la plak. Setakat neh ada 4 citer (kat bawah neh) yang aku sker tengok. Walaupown drama melayu yg kadang2 cam siyes sket…pastuh cam slow sket…pastuh ada chenta2 sket…pastuh sedey2 sket…(ala…biasa arr citer melayu kan? :p) tp, yg pastinya ada lawak2 tuh memang aku layan arr. Hik3. Okiesla…aku xnak membebel bebanyak dah. Jum tonton sendirik sambil baca sedikit sinopsis dan ulasan dari aku. Heeee…~



 


Janji Jujur Sepi


Drama ni ditayangkan pada 13 Jun 2012 di TV9,  Mengisahkan percintaan romantis di antara Andy dan Dhea selepas tujuh bulan memendam perasaan. Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi semata-mata untuk melihat Dhea dan cuba mengenali gadis istimewa ini. Namun, sikap gentar Andy membataskannya untuk mendekatkan diri dengan Dhea. Akhirnya setelah tujuh bulan menanti, Andy berpeluang bercakap dengan Dhea, itupun insiden lucu berlaku kepada Dhea. Bermula kisah 'comel' antara Andy dan Dhea. Masa diluangkan bersama juga kini bukan hanya di LRT, tapi juga kedai buku tempat Dhea bekerja dan kedai kopi. Tak perlu makan malam romantik, tak perlu wayang 'midnight', yang penting adalah berbual mengenai apa saja. Namun hubungan mereka terganggu apabila Andy terpaksa tinggalkan Dhea buat seketika. Dhea resah, tetapi Andy berjanji akan kembali mencari Dhea setelah tujuh hari. Andy terpaksa pergi kerana rasa bersalahnya pada Vee. 


Citer neh best walaupown jalan ceritanya agak slow sket dan aku kao ikutkan xsker neelofa. hahaha :p tp, aku tgk gaks...sebab aku sker Beto Kusyairi. hik3. Citer neh cam sedey sket arr tapi...sob3





Aku Dia dan Tong Sampah


Dengar tajuk pown cam klakar kan? he2. Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. 

Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Citer neh kelakar dan best. Aku sker tengok...sekali lagi Beto Kusyairi berlakon. Pergh...aku memang sker arr dye berlakon. Sebab dye chumel. hahaha. Serius memang best...xcayer, tengok yerk kalo xtengok lg. heee...




Biar Mimpi Sampai ke Bintang


Haa...drama neh plak mengisahkan Alya seorang gadis biasa yang kerjanya membantu ibunya (Sharifha Shahora) di pasar borong menjual ayam.  Sementara itu Andy (Randy Pangalila) seorang anak jutawan dari Indonesia Hardiyanto Sasputra. Andy mempunyai seorang ibu tiri. Kehidupan Andy membosankan kerana dia hanya dikelilingi oleh rakan rakan yang hanya berkawan kerana dia anak jutawan.
Andy menghilangkan rasa bosan dengan mengunjungi Mak Yam (lakonan Didie Alias) bekas orang gaji di rumahnya dulu yg telah berhenti kerja , untuk menghilangkan rasa bosannya.
Mistaken identiti berlaku apabila kedua-dua Andy dan Alya ni bertemu di laman Facebook, dan mereka menyamar sebagai orang lain. Andy menyamar sebagai anak orang miskin ,manakala Alya menyamar sebagai anak orang kaya.
Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.

Citer neh memang aku gler tengok banyak2 kali. Kat TV kalo ada ulangan aku akan tengok lagi (haha...aku neh mmg sker tengok citer yg sama ulang2 kali...sampai mak aku marah..ngeeee). Kalau ikutkan aku sebenarnya sker tengok watak Kina (Sharifah Sakinah) tuh jerk...haha..lawak gler dye berlakon. Tak cayer? Cer tengok! Sampaikan aku tunggu drama "Dalam Hati Ada Taman" sebab igtkan si Sharifah Sakinah neh berlakon watak camtuh dan aku igtkan sambungan citer neh..tapi tak pown. hu2...sentap hati mak nok! haha :p





Cinta Halal

Drama neh baru lagi ditayangkan kat TV3 sempena Maal Hijrah. Best cerita neh...LIKE289x. haha.. Citer neh mengisahkan tentang seorang gadis, Ismi yang berjiwa rocker terpaksa mengubah penampilannya apabila dia bekerja di sebuah syarikat dimiliki usahawan warak. Ismi juga mula jatuh cinta terhadap pengurusnya, Syed Mukhriz. Malangnya, ketuanya langsung tidak memandang pekerja bawahan sepertinya. 

Drama neh memang best...Aku sker! Sempoi gler si Fathiya neh berlakon...Dah arr chumel...GILAlak tuh...haha...Best3!

So, U olls yang tak pernah lagi tengok2 drama2 kat atas neh...pasneh leh tengok yerk...Adois...Amigos...Selamat Menonton! ^_^ weeeeee~


Thursday, November 15, 2012

SaYang




Sayang-Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Wednesday, November 14, 2012

Surat [ku] Untuk [mu]




Kepada: Cik Puan Kikin (",)







No: 66, 
Jalan Seremban,
Tampin, 
Negeri Sembilan


14 Nov 2012




Assalamualaikum...

Menemui sahabatku Cik Puan Kikin yang jauh di selatan tapi kadang2 balik KL jugak. Hik3. Aper cer ko skang ek? Saja gediks2 tnyer khabar ko kat blog walaupown bleh jerk berFB, berTwitter, berSMS, berCalling2 kan…terasa macam zaman dolu2 plak tulis2 surat neh, satu jerk kurang xleh nak buh bedak. Wangi2. Ngeee…

Apa2pown, aku harapkan ko sehat dan bahagia selalu disamping anak, suami dan keluarga tercinta. Memandangkan aku dah terbaca entry ko tentang contest neh, makanya aku dengan rasa kelapangan hati dan tetiber tercetus idea untuk menjuinkan diri mencuba nasib juin contest yang ko anjurkan neh. Harap, aku tak terkeluar dari calon la yerk…sebab syarat2 penyertaan, xderk tulis (kawan2 rapat xleh juin) hik3. So, aku leh juin la kan? Kan?  Kan? He2

Kalau ikutkan, aku xderkla citer lawak atau seram yang menarik serta tertarik da bom nak diStory-MoryKan. Dan aku jugak tak spesifikkan pada satu cerita jugak. Lebih kepada diari kehidupan aku masa zaman2 remaja purbakala dulu2. Masa zaman menimba ilmu serta mentelaah a.k.a skema2 gitu bersama ko la Kin (Neh bukan nak bodek or nak mintak markah bonus taw kin…saja suka2 nak bercerita kenangan lama yang masih terpahat diingatan hingga kini…he2)

Seperti yang ko sendiri taw, kita kenal start dr Sem 1 tahun 2002. 1st time jumpa ko kat Pejabat Warden Asrama kalau xsilap. Masa tuh tengah dok nak daftar masuk asrama la…Aku ingat lagi dialog mak ko “Neh anak makcik, namanya Noor Syikin” (aku igt lagi taw ejaan nama ko. Eheh). Peramah sungguh mak ko…macam ko jugak. Keh3. Lepas tuh, jumpa lagi kat Pejabat Jabatan plak, aiseh…1 course rupanya dah arr nombor kad matriks pown sebelah2 jerk. Aku 094, ko 095. Pastuh plak 1 bilik asrama. Masa tuh, dalam hati aku cakap, Alhamdulillah arr dapat roommate 1 course yang sama…leh g kelas sama2. Rasa sedih pisah dengan family tuh rasa sekejap jerk…tak rasa sedih sangat masa memula aku study kat Melaka dulu. Walaupown kat Johor neh lagi jauh tambah2 kat ujung dunia aku rasa…Pasir Gudang yang memang seumur hidup aku tak pernah aku jejak..Hu2. Rasa cam dok kat padang jarak padang tekukur pown ada time tuh..hu2 APTB!

Dan di Blok Hi-Tech 3 (blok istimewa sebab campo laki pompuan dan student khas) neh la…kita kenal dengan 2 rakan I kat dalam toilet, hik2.. dan kita berempat jadi geng 4I (Ikin, Ila, Ida dan; Ima). Wah…gitu! (Aku rindu Ima sebenarnya...langsung lost contact)..hu2)

Ko ingat lagi tak Kin, kita tengok secara beramai2 Citer hantu Jepun “Dark Water” kat Bilik Rekreasi Asrama. Masa neh kira cam baru nak ada semula arr citer2 antu neh. Dah arr tengok citer neh tengah2 malam, pastuh siap tutup lampu lagi. Memang menjerit arr kita2 neh kan time babak suspen dan seram sejuk gitu. Student khas yang aku tengok masing2 dok gayakan bahasa isyarat jari sesamer dorang jerk. (laju gler…xberkelip2 mata aku tgk…he2) Tapi, dari dorang arr kita belajar sket2 bahasa isyarat. Sebab tak berapa nak faham apa yang dorang tulis…AYAT TERBALIK. He2…

Haaa…dah abeh tengok citer antu, masing2 takut nak balik bilik. Sebelum tido, konpemla kena g toilet dulu, cuci muka, gosok gigi, ambil wudhuk kan dan buang segala yg patut. Masing2 dok ajak teman g toilet sebab takut. Keh3. Ko pown sama Kin, ajak aku teman ko. Ha2. Jangan wat2 lupa plak yerk. Ko tuh penakut...tp, wat2 jerk berani! Ngeeee… :p

Dah sampai bilik, time nak tdo…aku baru jerk baring kat katil. Ko ingat lagi tak apa yang ko cakap kat aku? “Ila, cuba ko tengok siling atas ko tuh?” Aku pown tengokla… Aaaaaa….memang ampehla ko Kin, katil aku memang betul2 bawah siling yang berlopak air (cam paip bocor kat tingkat atas…tp, siling bawah ada kesan) sebijik macam dalam citer Dark Water tuh. Memang ampeh! Kejap2 tuh jugaklah aku dok terbayang hantu budak “Mitsuko Kawaii” yang pakai baju hujan kaler kuning tuh. Haiyooooo!!! Ko plak bleh gelak2 sambil guling2 atas katil…ampeh!  Jenuh jugakla pusing ke kanan dan ke kiri nak bagi lena. Aissshhh…! Nasib baik bleh lena lepas bergayut sampai patah dahan arr…ki2



Macam neh la rupa siling "Dark Water" kat bilik Asrama kita tuh Kin...hu2
(maaflah gamabr xberkualiti...blog kesengalan plak. hu2)

Ada lagi satu peristiwa yang bagi aku memang seramla jugak. Aku tak pasti ko ingat ke tak. Tp, sampai bila2 pown aku ingat. Hu2. Time tuh ada Kuiz kalau tak silap. So, aku dengan ko janji nak bangun awal pagi jam 3 untuk study. Seperti yang dijanjikan, aku pown bangunlah…siap bancuh Nescafe lagi sebab nak tahan mata dari mengantuk. (Hantu Nescafe aku dulu…sekarang tidak lagi. Hu2) Jenuh aku kejut ko, suruh bangun..ko xmo bangun. Siap pekup tinger dgn bantal lagi. Ampeh! Last2 aku on lampu kat meja study yg ko sedia maklum meja study kita betul2 sebelah tingkap dan bilik kita paling bawah dan belakang bilik ada ampaian kain kan… Aku pown buka buku nota dan cuba menghafal. Tiba-tiba…aku terdengar macam orang baling pasir betul2 kat tingkap sebelah meja yang aku duduk tuh. Memula tuh, aku abaikan arr. Tapi, sekali lagi dibaling pasir. Aku cuba kejut ko. Tapi, ko xnak gak bangun. Lepas tuh, macam reda. Ok lah..aku sambung balik menghafal. Tak sempat pown, sekali lagi ada bunyi orang baling pasir kat tingkap. Aku tak puas hati, akhirnya aku selak langsir dan intai kot2 ada orang saja2 nak sakat aku ker kan. Tapi, memang xderk orang pown…lagipown pkl 3 pagi takkan ada orang nak jalan2 belakang bilik kita tuh angkat kain kan? Terfikir gak time tuh…budak2 laki blok Hi-Tech 2 blakang asrama kita ker yang baling. Tapi xkan la sampai kot…sebab jarak jauh jugak. Macam2 aku dok pk. Aku kejut ko lagi sekali, ampeh memang ko xbgn. Last2 aku tutup lampu study sebab tetiba terasa meremang segala2nya…aisshhh…hu3. Dah jd camtuh, terus g katil, nak tido walaupown susah nak lena sebab dah telan segelas Nescafe. Kejap2 tuh jugaklah mata terpandang kat atas siling. “Dark Water” Sekali lagi terbayang muka buruk hantu budak peluk mak dia dalam lif tuh. Aaaaa….Haiyooo…mencik toi! Dalam pusing2 ke kanan dan ke kiri sebab xleh nak sambung tido, sempat jugak aku dok pk mana datangnya bunyi balingan pasir tuh? Kesengalan toi aku neh! Dah rasa semacam pown bleh plak nak fikir2..sambil panggel2 kejutkan ko dalam nada suara yang agak slow seakan berbisik. Ko kalo aku kejut kuat pown ko xsedar, inikan plak kejut secara berbisik. Memang ko terus hanyut dalam mimpi yang indah arr sambil nari2 lagu industan. Huh. Sok paginya aku citer kat ko…ko xjwb apa2pown. Siap cakap, “apsal xkejut aku?” Grrrrrr….. Sampai ke sudah pown aku  xtaw mana datangnya bunyi balingan pasir tuh? Hu3. Tinggal tanda tanya…???!!!

Aku rasa ko mesti ingat kisah yang aku nak citer lepas neh. Kisah kita berempat kena marah dengan Warden Asrama sebab bising. Sekaligus kena wat surat tunjuk sebab supaya tak dibuang asrama. Hu3. Gler cuak time neh. Hahaha. Sampai sekarang pown makcik Lynda (mak aku) dgn pak yeop (pak aku) xtaw citer neh. Ngeeee…. Kalau dorang taw, MasyaALLAH…terok gler anak dorang neh kan? He2. Time tuh, Warden tgh dok wat sportcheck kat blok lelaki belakang blok asrama kita. Ala..biasalah kita perempuan, kalo dapat gelak xhengat dunia kan…ngeee…tp, kira maha dasyat jugakla kita gelak kot sampai dengar ke blok belakang. Hu2. Masa Warden dok ketuk pintu bilik tuh, salah sorang dari dak bilik lain sempat nyorok dalam almari baju aku. Hahaha…sebbaekla ko kurus yana oiii…kalo tak, mahu tumbang lemari aku. Hahaha. Saat2 nak bagi surat tunjuk sebab a.k.a surat rayuan kat warden tuh, macam2 kita plan nak bagi warden tuh kunun2 cair arr dgn kita. Hahaha…Memang cam ampeh! Siap nak pakai baju kebaya lagi, mekap2 bagai masa nak bg surat tuh. Kesengalan!

Dan, perkara yang paling2 aku perasan pasal ko Kin, adalah… ko suka duduk depan pintu sambil menyanyi lagu Uji Rashid antara lirik yang aku igt masa ko nyanyi sambil pintal2 rambut kat depan pintu tuh… “abang sayang, abang dimana. Lama sudah menunggu dikau” dan satu lg lagu "setelah kau pergi..ku selalu berduka...lalaala" gaya2 manja gitu ko nyanyi kin…tak dinafikan arr suara ko memang sedap dan best! Dari ko arr aku suka dengar lagu2 Uji Rashid. Kalau aku dengar lagu Uji Rashid jerk, aku akan ingat ko dan teringat ko suka nyanyi depan pintu bilik asrama. Hahaha.

Tapi, satu lagi perkara yang aku ingat ko jadikan aku bahan adalah kewujudan budak lelaki Jepun bernama KOTA. Hahaha…nama pown klakar, sebbaek tak KOTAK. (gelak guling2). Kewujudan dak jepun neh adalah sempena hari Student Exchange PJB dengan pelajar Jepun untuk course yang kita ambil. Dapat sorang satu arr… So, aku dapat si KOTA neh… Orangnya memangla xkacaks. Chubby arr (bahasa supan sket…xelok ckp gumuks..he2) Memang ko bahan aku dan gelakkan aku sampai balik bilik asrama…dan aku rasa sampai sekarang pown ko gelakkan aku. Hahaha (aku tengah taip neh pown…tgh tergelak2 dok teringat…adeh). Yerkla…ingatkan dapat arr si Kacaks YAMADA tuh…tp, bagus jugak dapat KOTA neh…sebab dia pandai Speaking Omputeh, xpayahla aku nak bersusah payah cakap Jepun sangat. Hait..hait…tuih bagai…kekeke. Siap dapat 2 hadiah lagi ok…Ko ada ke Kin? Hahaha…

Walaupown, ko neh cam berangin tak berapa nak sepoi2 bahasa sket…dan aku ada jugak arr terasa hati dengan ko masa kita sebilik dulu… Dan w/pown aku sendiri xtaw apa puncanya. Mungkin sebab ko neh  seorang yang berangin dan mungkin jugak silapnya datang dari aku…mungkin! Tapi, aku sker berkawan dan bersahabat dengan ko. Sebab ko “GILA”! hik3. Walaupown kita tak serumah masa sem 2 sampai akhir. Tapi, kita jadi rapat balik time praktikal dan seterusnya sampaila sekarang…walaupown ko dah kawen, dah ada anak xdok KL dan dok jauh nun kat Selatan tuh…kita tetap ada kontek2 antara satu sama lain. Kalau ko balik KL umah parents ko pown, ko ada bgtaw aku, ada datang beraya dan bla…bla…bla…kalo aku g Selatan pown aku ada juper ko jugak. Dan ko jugak sudi kongsikan dan percaya pada aku dengar masalah ko. Walaupown aku xdapat nak tolong sebanyak apapown…yang mampu aku tolong adalah kata2 nasihat dan semangat utk ko. Sebab aku sayang ko Kin. (aissshhh…jiwang la plak…sob3..sruuppp…sruuuuppp…)

Aku harap persahabatan kita neh kekal hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH… Dan semoga ko sentiasa sihat dan kekal bahagia dengan suami dan anak serta keluarga yang sangat2 ko sayang. Friends Forever n ever okies. Satu jerk pesanan aku, doakan yang baik2 tuk aku dan kawan ko sorang lagi tuh…si Ida. He2


Nota Kaki: Seperti yang aku kata kat atas tadi, aku saja suka2 juin contest ko neh…mengimbau kenangan lama… Tak berharap sangat hadiah yang ditawarkan tuh…tapi, kalo nak bagi jugak, aku terima jerk dengan 2 tapak tangan yang terbuka neh sambil hug2 dgn ko Kin. Hik3)



Salam Mata Berkelip2,
Dari Aku ler…
~CheQ LaLa~ ^_^





Friends 4eva ya  \(^_^)/ 


Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah


Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2011 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
 


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
 
 
 

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434


Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 
 

Nota Kaki: Salam Ma'al Hijrah :)



Monday, November 12, 2012

Bedak Arab

Assalamualaikum semua…
 

Memandangkan ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai Bedak Arab Super Summer Cake Kokuryu pada entry blog saya dua bulan lepas, maka hari ini saya nak umumkan stok sudah ada tapi tanpa promosi dan tiada percuma eyeliner la yerk. Sebab promosi tuh dah habis. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah order melalui emel  lala_missu@yahoo.com untuk  memudahkan urusan urusniaga. Dan segala details boleh dibuat melalui emel. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di ruangan komen di entry ini dan juga melalui emel. Terima Kasih ^_


 

 
 BEDAK ARAB SUPER SUMMER CAKE KOKURYU
 
 
RED CASE (50g)

·         RUSSET
·         PUNKY PINK
·         JADE
 
Hanya
RM 60 sahaja
termasuk Postage
 

 
WHITE CASE (25g)
 
·        ORANGE BLUSH
·        RUSSET
 
 
Hanya
RM 45 sahaja
termasuk Postage
 

Pilihan Warna
1.Orange Blush = Untuk Kulit Cerah
2.Russet = Untuk Kulit Sederhana Cerah--warna yg selamat semua boleh masuk (Natural)
3.Punky Pink = Untuk Kulit Sederhana Gelap/Sawo Matang
4.Jade = Sebagai Concealer
 


MACAM MASUK KELAS MAKE UP!
Produk Jepun, hasil kajian di Filipina Cherry Laboratory.

Sangatlah mudah & senang dipakai.
Hanya beberapa minit menjadikan kulit muka seakan-akan kita pernah masuk kelas make up!

Akan kelihatan lembut, gebu, bercahaya, berseri, cun dan yang penting terasa ringan di muka (tak melekit langsung!)

TAK PERLU PAKAI APA-APA KRIM LAGI!
1. Bedak ini 3 dalam 1: moisturizer, foundation n alas bedak...sangat jimat!

2. Mengikut aliran darah pemakai. Tak kira kulit gelap, cerah, putih dan sebagainya.

Sesiapa sahaja sesuai pakai.

3. Kemas dan sekata membuatkan anda indah.

4. Tidak akan menghitamkan atau menggelapkan kulit anda.

5. Mengecutkan jerawat.

6. Apabila berpeluh anda akan nampak lebih cantik.

7. Tahan Selama lebih 8 jam.

8. Tidak melekat pada tudung, kain, tisu dan sebagainya kerana ia terus meresap ke kulit.

9. YANG PENTING bedak ini Suci dan Halal, boleh dibawa SOLAT.

10. Sesuai untuk semua aktiviti. Santai2, nak pakai cepat tapi hasil mantap.




Testimoni:-

Saya sendiri pakai, memang jadi, puji lebih2 diri sendiri tak mau lah. Apa kata anda cuba sendiri dan rasai keistimewaanya. Berbaloi-baloi!





Nota kaki:
Tempahan melalui emel sahaja yang akan diambil. Dan no account akan diberi melalui emel. Setiap pembeli haruslah memberi details kepada saya seperti NAMA, NOMBOR TELEFON, ALAMAT PENGHANTARAN dan juga TARIKH serta MASA TRANSAKSI yang dibuat sebagai BUKTI bayaran telah dibuat. Terima kasih.

 
LINK: LaLa Shopper