Friday, November 16, 2012

Layan Ulang2 Samapi Lebam

Assalamualaikum olls da viewers and readers (",)

Hari2 dan musim2 hujan neh...memang tak bleh kemana arr...so, dok umah melayan citer2 yang tak jemu2 aku tonton dan asik dok ulang banyak2 kali. (hehe..xderk keje). Sebenarnya ada keje nak dibuat, tapi asik dok wat keje jerk…layan citer la plak. Setakat neh ada 4 citer (kat bawah neh) yang aku sker tengok. Walaupown drama melayu yg kadang2 cam siyes sket…pastuh cam slow sket…pastuh ada chenta2 sket…pastuh sedey2 sket…(ala…biasa arr citer melayu kan? :p) tp, yg pastinya ada lawak2 tuh memang aku layan arr. Hik3. Okiesla…aku xnak membebel bebanyak dah. Jum tonton sendirik sambil baca sedikit sinopsis dan ulasan dari aku. Heeee…~



 


Janji Jujur Sepi


Drama ni ditayangkan pada 13 Jun 2012 di TV9,  Mengisahkan percintaan romantis di antara Andy dan Dhea selepas tujuh bulan memendam perasaan. Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi semata-mata untuk melihat Dhea dan cuba mengenali gadis istimewa ini. Namun, sikap gentar Andy membataskannya untuk mendekatkan diri dengan Dhea. Akhirnya setelah tujuh bulan menanti, Andy berpeluang bercakap dengan Dhea, itupun insiden lucu berlaku kepada Dhea. Bermula kisah 'comel' antara Andy dan Dhea. Masa diluangkan bersama juga kini bukan hanya di LRT, tapi juga kedai buku tempat Dhea bekerja dan kedai kopi. Tak perlu makan malam romantik, tak perlu wayang 'midnight', yang penting adalah berbual mengenai apa saja. Namun hubungan mereka terganggu apabila Andy terpaksa tinggalkan Dhea buat seketika. Dhea resah, tetapi Andy berjanji akan kembali mencari Dhea setelah tujuh hari. Andy terpaksa pergi kerana rasa bersalahnya pada Vee. 


Citer neh best walaupown jalan ceritanya agak slow sket dan aku kao ikutkan xsker neelofa. hahaha :p tp, aku tgk gaks...sebab aku sker Beto Kusyairi. hik3. Citer neh cam sedey sket arr tapi...sob3





Aku Dia dan Tong Sampah


Dengar tajuk pown cam klakar kan? he2. Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. 

Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Citer neh kelakar dan best. Aku sker tengok...sekali lagi Beto Kusyairi berlakon. Pergh...aku memang sker arr dye berlakon. Sebab dye chumel. hahaha. Serius memang best...xcayer, tengok yerk kalo xtengok lg. heee...




Biar Mimpi Sampai ke Bintang


Haa...drama neh plak mengisahkan Alya seorang gadis biasa yang kerjanya membantu ibunya (Sharifha Shahora) di pasar borong menjual ayam.  Sementara itu Andy (Randy Pangalila) seorang anak jutawan dari Indonesia Hardiyanto Sasputra. Andy mempunyai seorang ibu tiri. Kehidupan Andy membosankan kerana dia hanya dikelilingi oleh rakan rakan yang hanya berkawan kerana dia anak jutawan.
Andy menghilangkan rasa bosan dengan mengunjungi Mak Yam (lakonan Didie Alias) bekas orang gaji di rumahnya dulu yg telah berhenti kerja , untuk menghilangkan rasa bosannya.
Mistaken identiti berlaku apabila kedua-dua Andy dan Alya ni bertemu di laman Facebook, dan mereka menyamar sebagai orang lain. Andy menyamar sebagai anak orang miskin ,manakala Alya menyamar sebagai anak orang kaya.
Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.

Citer neh memang aku gler tengok banyak2 kali. Kat TV kalo ada ulangan aku akan tengok lagi (haha...aku neh mmg sker tengok citer yg sama ulang2 kali...sampai mak aku marah..ngeeee). Kalau ikutkan aku sebenarnya sker tengok watak Kina (Sharifah Sakinah) tuh jerk...haha..lawak gler dye berlakon. Tak cayer? Cer tengok! Sampaikan aku tunggu drama "Dalam Hati Ada Taman" sebab igtkan si Sharifah Sakinah neh berlakon watak camtuh dan aku igtkan sambungan citer neh..tapi tak pown. hu2...sentap hati mak nok! haha :p





Cinta Halal

Drama neh baru lagi ditayangkan kat TV3 sempena Maal Hijrah. Best cerita neh...LIKE289x. haha.. Citer neh mengisahkan tentang seorang gadis, Ismi yang berjiwa rocker terpaksa mengubah penampilannya apabila dia bekerja di sebuah syarikat dimiliki usahawan warak. Ismi juga mula jatuh cinta terhadap pengurusnya, Syed Mukhriz. Malangnya, ketuanya langsung tidak memandang pekerja bawahan sepertinya. 

Drama neh memang best...Aku sker! Sempoi gler si Fathiya neh berlakon...Dah arr chumel...GILAlak tuh...haha...Best3!

So, U olls yang tak pernah lagi tengok2 drama2 kat atas neh...pasneh leh tengok yerk...Adois...Amigos...Selamat Menonton! ^_^ weeeeee~


0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!