Wednesday, November 14, 2012

Surat [ku] Untuk [mu]




Kepada: Cik Puan Kikin (",)







No: 66, 
Jalan Seremban,
Tampin, 
Negeri Sembilan


14 Nov 2012




Assalamualaikum...

Menemui sahabatku Cik Puan Kikin yang jauh di selatan tapi kadang2 balik KL jugak. Hik3. Aper cer ko skang ek? Saja gediks2 tnyer khabar ko kat blog walaupown bleh jerk berFB, berTwitter, berSMS, berCalling2 kan…terasa macam zaman dolu2 plak tulis2 surat neh, satu jerk kurang xleh nak buh bedak. Wangi2. Ngeee…

Apa2pown, aku harapkan ko sehat dan bahagia selalu disamping anak, suami dan keluarga tercinta. Memandangkan aku dah terbaca entry ko tentang contest neh, makanya aku dengan rasa kelapangan hati dan tetiber tercetus idea untuk menjuinkan diri mencuba nasib juin contest yang ko anjurkan neh. Harap, aku tak terkeluar dari calon la yerk…sebab syarat2 penyertaan, xderk tulis (kawan2 rapat xleh juin) hik3. So, aku leh juin la kan? Kan?  Kan? He2

Kalau ikutkan, aku xderkla citer lawak atau seram yang menarik serta tertarik da bom nak diStory-MoryKan. Dan aku jugak tak spesifikkan pada satu cerita jugak. Lebih kepada diari kehidupan aku masa zaman2 remaja purbakala dulu2. Masa zaman menimba ilmu serta mentelaah a.k.a skema2 gitu bersama ko la Kin (Neh bukan nak bodek or nak mintak markah bonus taw kin…saja suka2 nak bercerita kenangan lama yang masih terpahat diingatan hingga kini…he2)

Seperti yang ko sendiri taw, kita kenal start dr Sem 1 tahun 2002. 1st time jumpa ko kat Pejabat Warden Asrama kalau xsilap. Masa tuh tengah dok nak daftar masuk asrama la…Aku ingat lagi dialog mak ko “Neh anak makcik, namanya Noor Syikin” (aku igt lagi taw ejaan nama ko. Eheh). Peramah sungguh mak ko…macam ko jugak. Keh3. Lepas tuh, jumpa lagi kat Pejabat Jabatan plak, aiseh…1 course rupanya dah arr nombor kad matriks pown sebelah2 jerk. Aku 094, ko 095. Pastuh plak 1 bilik asrama. Masa tuh, dalam hati aku cakap, Alhamdulillah arr dapat roommate 1 course yang sama…leh g kelas sama2. Rasa sedih pisah dengan family tuh rasa sekejap jerk…tak rasa sedih sangat masa memula aku study kat Melaka dulu. Walaupown kat Johor neh lagi jauh tambah2 kat ujung dunia aku rasa…Pasir Gudang yang memang seumur hidup aku tak pernah aku jejak..Hu2. Rasa cam dok kat padang jarak padang tekukur pown ada time tuh..hu2 APTB!

Dan di Blok Hi-Tech 3 (blok istimewa sebab campo laki pompuan dan student khas) neh la…kita kenal dengan 2 rakan I kat dalam toilet, hik2.. dan kita berempat jadi geng 4I (Ikin, Ila, Ida dan; Ima). Wah…gitu! (Aku rindu Ima sebenarnya...langsung lost contact)..hu2)

Ko ingat lagi tak Kin, kita tengok secara beramai2 Citer hantu Jepun “Dark Water” kat Bilik Rekreasi Asrama. Masa neh kira cam baru nak ada semula arr citer2 antu neh. Dah arr tengok citer neh tengah2 malam, pastuh siap tutup lampu lagi. Memang menjerit arr kita2 neh kan time babak suspen dan seram sejuk gitu. Student khas yang aku tengok masing2 dok gayakan bahasa isyarat jari sesamer dorang jerk. (laju gler…xberkelip2 mata aku tgk…he2) Tapi, dari dorang arr kita belajar sket2 bahasa isyarat. Sebab tak berapa nak faham apa yang dorang tulis…AYAT TERBALIK. He2…

Haaa…dah abeh tengok citer antu, masing2 takut nak balik bilik. Sebelum tido, konpemla kena g toilet dulu, cuci muka, gosok gigi, ambil wudhuk kan dan buang segala yg patut. Masing2 dok ajak teman g toilet sebab takut. Keh3. Ko pown sama Kin, ajak aku teman ko. Ha2. Jangan wat2 lupa plak yerk. Ko tuh penakut...tp, wat2 jerk berani! Ngeeee… :p

Dah sampai bilik, time nak tdo…aku baru jerk baring kat katil. Ko ingat lagi tak apa yang ko cakap kat aku? “Ila, cuba ko tengok siling atas ko tuh?” Aku pown tengokla… Aaaaaa….memang ampehla ko Kin, katil aku memang betul2 bawah siling yang berlopak air (cam paip bocor kat tingkat atas…tp, siling bawah ada kesan) sebijik macam dalam citer Dark Water tuh. Memang ampeh! Kejap2 tuh jugaklah aku dok terbayang hantu budak “Mitsuko Kawaii” yang pakai baju hujan kaler kuning tuh. Haiyooooo!!! Ko plak bleh gelak2 sambil guling2 atas katil…ampeh!  Jenuh jugakla pusing ke kanan dan ke kiri nak bagi lena. Aissshhh…! Nasib baik bleh lena lepas bergayut sampai patah dahan arr…ki2



Macam neh la rupa siling "Dark Water" kat bilik Asrama kita tuh Kin...hu2
(maaflah gamabr xberkualiti...blog kesengalan plak. hu2)

Ada lagi satu peristiwa yang bagi aku memang seramla jugak. Aku tak pasti ko ingat ke tak. Tp, sampai bila2 pown aku ingat. Hu2. Time tuh ada Kuiz kalau tak silap. So, aku dengan ko janji nak bangun awal pagi jam 3 untuk study. Seperti yang dijanjikan, aku pown bangunlah…siap bancuh Nescafe lagi sebab nak tahan mata dari mengantuk. (Hantu Nescafe aku dulu…sekarang tidak lagi. Hu2) Jenuh aku kejut ko, suruh bangun..ko xmo bangun. Siap pekup tinger dgn bantal lagi. Ampeh! Last2 aku on lampu kat meja study yg ko sedia maklum meja study kita betul2 sebelah tingkap dan bilik kita paling bawah dan belakang bilik ada ampaian kain kan… Aku pown buka buku nota dan cuba menghafal. Tiba-tiba…aku terdengar macam orang baling pasir betul2 kat tingkap sebelah meja yang aku duduk tuh. Memula tuh, aku abaikan arr. Tapi, sekali lagi dibaling pasir. Aku cuba kejut ko. Tapi, ko xnak gak bangun. Lepas tuh, macam reda. Ok lah..aku sambung balik menghafal. Tak sempat pown, sekali lagi ada bunyi orang baling pasir kat tingkap. Aku tak puas hati, akhirnya aku selak langsir dan intai kot2 ada orang saja2 nak sakat aku ker kan. Tapi, memang xderk orang pown…lagipown pkl 3 pagi takkan ada orang nak jalan2 belakang bilik kita tuh angkat kain kan? Terfikir gak time tuh…budak2 laki blok Hi-Tech 2 blakang asrama kita ker yang baling. Tapi xkan la sampai kot…sebab jarak jauh jugak. Macam2 aku dok pk. Aku kejut ko lagi sekali, ampeh memang ko xbgn. Last2 aku tutup lampu study sebab tetiba terasa meremang segala2nya…aisshhh…hu3. Dah jd camtuh, terus g katil, nak tido walaupown susah nak lena sebab dah telan segelas Nescafe. Kejap2 tuh jugaklah mata terpandang kat atas siling. “Dark Water” Sekali lagi terbayang muka buruk hantu budak peluk mak dia dalam lif tuh. Aaaaa….Haiyooo…mencik toi! Dalam pusing2 ke kanan dan ke kiri sebab xleh nak sambung tido, sempat jugak aku dok pk mana datangnya bunyi balingan pasir tuh? Kesengalan toi aku neh! Dah rasa semacam pown bleh plak nak fikir2..sambil panggel2 kejutkan ko dalam nada suara yang agak slow seakan berbisik. Ko kalo aku kejut kuat pown ko xsedar, inikan plak kejut secara berbisik. Memang ko terus hanyut dalam mimpi yang indah arr sambil nari2 lagu industan. Huh. Sok paginya aku citer kat ko…ko xjwb apa2pown. Siap cakap, “apsal xkejut aku?” Grrrrrr….. Sampai ke sudah pown aku  xtaw mana datangnya bunyi balingan pasir tuh? Hu3. Tinggal tanda tanya…???!!!

Aku rasa ko mesti ingat kisah yang aku nak citer lepas neh. Kisah kita berempat kena marah dengan Warden Asrama sebab bising. Sekaligus kena wat surat tunjuk sebab supaya tak dibuang asrama. Hu3. Gler cuak time neh. Hahaha. Sampai sekarang pown makcik Lynda (mak aku) dgn pak yeop (pak aku) xtaw citer neh. Ngeeee…. Kalau dorang taw, MasyaALLAH…terok gler anak dorang neh kan? He2. Time tuh, Warden tgh dok wat sportcheck kat blok lelaki belakang blok asrama kita. Ala..biasalah kita perempuan, kalo dapat gelak xhengat dunia kan…ngeee…tp, kira maha dasyat jugakla kita gelak kot sampai dengar ke blok belakang. Hu2. Masa Warden dok ketuk pintu bilik tuh, salah sorang dari dak bilik lain sempat nyorok dalam almari baju aku. Hahaha…sebbaekla ko kurus yana oiii…kalo tak, mahu tumbang lemari aku. Hahaha. Saat2 nak bagi surat tunjuk sebab a.k.a surat rayuan kat warden tuh, macam2 kita plan nak bagi warden tuh kunun2 cair arr dgn kita. Hahaha…Memang cam ampeh! Siap nak pakai baju kebaya lagi, mekap2 bagai masa nak bg surat tuh. Kesengalan!

Dan, perkara yang paling2 aku perasan pasal ko Kin, adalah… ko suka duduk depan pintu sambil menyanyi lagu Uji Rashid antara lirik yang aku igt masa ko nyanyi sambil pintal2 rambut kat depan pintu tuh… “abang sayang, abang dimana. Lama sudah menunggu dikau” dan satu lg lagu "setelah kau pergi..ku selalu berduka...lalaala" gaya2 manja gitu ko nyanyi kin…tak dinafikan arr suara ko memang sedap dan best! Dari ko arr aku suka dengar lagu2 Uji Rashid. Kalau aku dengar lagu Uji Rashid jerk, aku akan ingat ko dan teringat ko suka nyanyi depan pintu bilik asrama. Hahaha.

Tapi, satu lagi perkara yang aku ingat ko jadikan aku bahan adalah kewujudan budak lelaki Jepun bernama KOTA. Hahaha…nama pown klakar, sebbaek tak KOTAK. (gelak guling2). Kewujudan dak jepun neh adalah sempena hari Student Exchange PJB dengan pelajar Jepun untuk course yang kita ambil. Dapat sorang satu arr… So, aku dapat si KOTA neh… Orangnya memangla xkacaks. Chubby arr (bahasa supan sket…xelok ckp gumuks..he2) Memang ko bahan aku dan gelakkan aku sampai balik bilik asrama…dan aku rasa sampai sekarang pown ko gelakkan aku. Hahaha (aku tengah taip neh pown…tgh tergelak2 dok teringat…adeh). Yerkla…ingatkan dapat arr si Kacaks YAMADA tuh…tp, bagus jugak dapat KOTA neh…sebab dia pandai Speaking Omputeh, xpayahla aku nak bersusah payah cakap Jepun sangat. Hait..hait…tuih bagai…kekeke. Siap dapat 2 hadiah lagi ok…Ko ada ke Kin? Hahaha…

Walaupown, ko neh cam berangin tak berapa nak sepoi2 bahasa sket…dan aku ada jugak arr terasa hati dengan ko masa kita sebilik dulu… Dan w/pown aku sendiri xtaw apa puncanya. Mungkin sebab ko neh  seorang yang berangin dan mungkin jugak silapnya datang dari aku…mungkin! Tapi, aku sker berkawan dan bersahabat dengan ko. Sebab ko “GILA”! hik3. Walaupown kita tak serumah masa sem 2 sampai akhir. Tapi, kita jadi rapat balik time praktikal dan seterusnya sampaila sekarang…walaupown ko dah kawen, dah ada anak xdok KL dan dok jauh nun kat Selatan tuh…kita tetap ada kontek2 antara satu sama lain. Kalau ko balik KL umah parents ko pown, ko ada bgtaw aku, ada datang beraya dan bla…bla…bla…kalo aku g Selatan pown aku ada juper ko jugak. Dan ko jugak sudi kongsikan dan percaya pada aku dengar masalah ko. Walaupown aku xdapat nak tolong sebanyak apapown…yang mampu aku tolong adalah kata2 nasihat dan semangat utk ko. Sebab aku sayang ko Kin. (aissshhh…jiwang la plak…sob3..sruuppp…sruuuuppp…)

Aku harap persahabatan kita neh kekal hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH… Dan semoga ko sentiasa sihat dan kekal bahagia dengan suami dan anak serta keluarga yang sangat2 ko sayang. Friends Forever n ever okies. Satu jerk pesanan aku, doakan yang baik2 tuk aku dan kawan ko sorang lagi tuh…si Ida. He2


Nota Kaki: Seperti yang aku kata kat atas tadi, aku saja suka2 juin contest ko neh…mengimbau kenangan lama… Tak berharap sangat hadiah yang ditawarkan tuh…tapi, kalo nak bagi jugak, aku terima jerk dengan 2 tapak tangan yang terbuka neh sambil hug2 dgn ko Kin. Hik3)



Salam Mata Berkelip2,
Dari Aku ler…
~CheQ LaLa~ ^_^





Friends 4eva ya  \(^_^)/ 


9 comments:

kikin said...

weh..aku ckp tulis cerita lawak dan seram..yg ko selit cerita sedih nape????nangis nih...sob..sob...sob....

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

hahaha...leks2..jgn nanges2...buwok muka ko nanges2 pagi2 jumaat neh. hehe
tp, ada jgk citer seram xbrp nak seram dgn citer lawak xbrp nak lawak tuh kan? kan? hehe

kikin said...

yang dark water tu aku ingat...yang pasir tu..ko x penah cerita kat aku pon...

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

aku ada citer kt ko arr...ko lupa arr tuhsbb ko mls nak dgr. hahaha

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

eh, aku lupa...ko ada simpan lg kan gambar2 dgn student jepun tuh kan?

kikin said...

aku rase sebab aku mmg nak lupekan kot..sudahnye terus lupe?gamba ape?yamada dan jepun2 yg lain....ade kat rumha mak aku..nnti aku cari....

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

haha...kan aku da kater
yups...gmbr2 yamada & kwn2. hahaha
aku mneder sekeping pown gmbr tyme tuh
kamera pown xdak..yg kt ko xbrecuci. hu2 nnt carik ek...ek...ek...heeee~

kikin said...

dulu kamere x canggih..hehehhe...ha yela nnti aku aplot...

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

haha...taw xper
dulu kalo sesaper pakai kamera digital tuh kira hebat arr...hahha
ok2...jgn lupa haplod yerk
sayang ko! he2

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!