Saturday, November 10, 2012

"Tagal" Sg.Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau

Salam reader...(",)

Kalau korang datang ke Sabah dan berminat untuk pergi ke Kinabalu Park untuk melihat Gunung Kinabalu dengan mata korang sendiri, salah satu perkara yang korang tidak harus terlepas adalah melawat ke “Tagal” Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau.



Terletak di Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometer dari Kota Kinabalu (2 jam dan 40 minit memandu jauhnya). Dan kalau dari Bandar Ranau hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja memandu dan ianya terletak hanya di sebelah ladang Teh Sabah di Ranau. Spa urutan dari ikan Klah ini diuruskan oleh JKK Kampung Luanti dan diketuai oleh Encik Jeffrin Majangki.

Untuk pengetahuan korang, Fish Spa Ikan Klah Kg.Luanti Ranau ni dilakukan berikutan sistem ‘tagal’ yang diamalkan di seluruh Sabah. Dalam dialek Kadazan Dusun Tempatan, 'tagal' bermakna 'tidak memancing', dan tujuan utama 'tagal' adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk memberi manfaat kepada generasi masa depan. Urutam ikan ini dianggap mempunyai kesan penyembuhan ke atas orang-orang yang mengalami psoriasis.


Besar tak ikan2 kat cni? hu2

Ok lah, bayaran tiket untuk pelancong tempatan adalah RM5 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong antarabangsa plak, dewasa dan kanak-kanak adalah RM10. Tapi, special price untuk orang-orang Ranau adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Nak bawa kamera boleh tapi dikenakan bayaran RM3. Hu2.


Papan tanda Peraturan.

Selesai sahaja membeli tiket, kena tunggu giliran untuk masuk. Dan masa yang diberi untuk berada didalam kawasan sungai fish spa ikan klah tuh adalah selama 15 minit sahaja. Jika dah tamat masa, akan diberi announcement.


Lepaking sejenak :p

So, kalau korang ke Kundasang ke or betul2 di Ranau ke jangan lupa singgah ke Fish Spa Ikan Klah di Kg.Luanti Ranau ni okies. Ok bah kalau kau! heee~




 Cam biasa arr Model Sambil Lewa. hik2


TAGAL LUANTI SUNGAI MOROLI
Alamat:
Peti Surat 55289308, Ranau, Sabah
No. Tel: 
088-876 988
Website:
www.tagalmoroli.webs.com
E-mail:
tagal09_sg.moroli@yahoo.com.my



2 comments:

Rasyah Shia said...

ble tnya, apa alamat penuh tagal luanti ranau ne..including peti surat nya...
thanks

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

Rasyah Shia: boleh. ini alamatnya...
Peti Surat 52289308 Ranau Sabah.

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!