Monday, December 31, 2012

Rumpai Laut Kering (Pure Marine Seaweed Collagen)


Assalamualaikum semua...!!!

Permulaan bicara Tahun Baru 2013...semoga tahun ini dijalani dengan baik2 sahaja ok...In Shaa ALLAH...! :)

Korang pernah dengar Collagen Rumpai Laut tak? Mungkin ramai yang tahu apa kegunaan & keistimewaan rumpai laut neh sebab sekarang neh dah makin popular baik di Sabah khasnya mahupown di Semenanjung. Tapi, dalam aku dok promote2 kat pages FB, ada yang tak tahu apa kegunaannya. Okiesla, kat entry neh aku akan terangkan serba-sedikit kegunaannya, keistimewaannya dan juga cara penyediaannya sebab aku sendiri pown mengamalkannya. Eheh.

Seperti yang kita semua tahu, perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan…betul tak? Sesetengah orang akan kata, “Muka tak cantik takpe, biar kulit licin” “kalau mula lawa, tapi berjerawat tak guna juga” Hamboiii…mak jemah, bukan main mengutuk yerk?! :p
Sebut saja apa-apa produk yang boleh buat kulit kita lawa. Macam2 produk ada dijual diluar sana. Ada yang sanggup berhabis berpuluh2 serta beratus2 duit kerananya. Almaklumlah collagen yang ada di pasaran bukanmya murah…beratus-ratus harganya sekotak. Itu pon beratus bukan untuk sebulan..tp ada yg hanya stok untuk dua minggu sahaja. Ada yang jenis extrak memang banyak ada yang terbukti berkesan. Tp mahal la sikit. Yang jenis ada tambahan dalam minuman dalam sachet tu tak diketahui berapa banyak kandungan collagen dalam tu...kalo kita berkemampuan..terlebih duit gitu..ok jerk kan beli yang mahal tu..janji berkesan so puas hati. Kalo tak berhabis untuk diri sendiri untuk siapa lagi. Tp, jika ada pilihan lain yang asli plak tu..kena plak dengan harganya yang lebih murah…tak rugi la kan…dan lebih berkesan…lagi memang terbaik la kan…hehe.

Sejak aku melibatkan diri dalam bisnes neh…(ecewah!) Tambah2 sekarang neh mempromosikan rumpai laut Collagen. Ramai yg tanya aku apa kegunaannya, kat bawah neh nanti aku terangkan ok.

Ok, rumpai laut neh bukan sahaja bertindak sebagai Ibu Collagen dan salah satu produk kecantikan malahan juga untuk kesihatan.



Rumpai laut neh boleh digunakan tanpa was-was sebab 100% asli tanpa campuran bahan pengawet, bahan kimia yang berbahaya atau diragui Fresh from the Sea! Boleh di consume dengan confident  sebab 100% halal. TIada side effect yang buruk melainkan kulit makin cerah, licin, tegang dan cantik.

Rumpai Laut Gred AA ini adalah rumpai laut berkualiti tinggi dari Semporna, Sabah dan telahpun digunakan dalam industri kosmetik, skincare, makanan ringan dan lain-lain. Ia telah dikeringkan terlebih dahulu dan siap sedia digunakan sebagai terapi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Produk yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan penampilan tubuh dan dalaman yang terbaik dalam pasaran ketika ini.

Rumpai Laut (Seaweed) Gred AA ini adalah spesis Euchema Cottonii atau Euchema Kappayachus Alvarezi. Rumpai Laut jenis ini mempunyai jumlah kepekatan kolagen yang tinggi dan juga dikenali sebagai Pure Marine Collagen. Seperti yang disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 pada 20 Mei 2012 lalu, spesis Rumpai Laut ini adalah Keempat terbaik didunia.
atau di TONTON TV3 



Rumpai Laut Gred AA (Kuning)




Hanya RM 25 / pack (100gram) termasuk postage

PROMOSI NEW YEAR klik SINI






KHASIAT RUMPAI LAUT COLLAGEN:-


  • Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi
  • Melancarkan kitaran darah
  • Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang
  • Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
  • Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak
  • membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh 
  • Membantu merawat gastrik.
  • Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu merawat penyakit gout.
  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Merawat Anemia.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  • Menpercepatkan penyembuhan luka
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
  • Memberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme
  • Memulihara usus kecil (sembelit)


CARA PENYEDIAANNYA:-



Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali 


Direndam semalaman selepas itu dibasuh lagi beberapa kali sebelum direbus.





Ditos dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).
Rebus seperti masak agar2. 


*Nak bagi wangi, boleh letak daun pandan.






Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti ais 






Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum sarapan serta sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2.

Juga boleh dibuat Masker.
(untuk rebusan yang tidak dicampurkan dengan gula atau ginseng)




Boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.

PERINGATAN: Untuk pengambilan waktu pagi, pastikan tidak mengambil sebarang jenis kopi atau kafein untuk tempoh 3 jam. 



SIAPA YANG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ?
  • Orang yang nak cantik & sihat semestinya..hehe..
  • ibu mengandung - kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan keatas sahaja) 
  • ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
  • ibu menyusu pun boleh juga. Collagen ni tinggi mineral
  • kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
  • wanita selepas bersalin tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 2 bulan bersalin, anda boleh consume semula.


UNTUK MASKER, CARA2NYA:-


    • Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
    • Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
    • Bersihkan muka terlebih dahulu
    • Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
    • Atau rebusan yang telah beku seperti jeli/agar2, diambil dalam kuantiti sedikit/secubit dan disapu pada wajah & leher. (Juga boleh dicampur dengan tomato jika mahu)
    • Disapu pada waktu malam sebelum tidur
    • Tunggu hingga masker kering atau dalam 20-30 minit
    • Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
    • Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali


Testimoni Sebelum & Selepas Penggunaan Rumpai Laut (Masker)
#model diri saya sendiri hokey...^_^


*Apa2pown sebelum makan atau sapu pada muka dibuat masker tuh jangan lupa BISMILLAH dan SELAWAT yerk..hehe :)


Kalau ikutkan, dulu aku guna jugak produk collagen yang mahal tuh...tapi xterlarat dan xtermampu nak beli tetiap bulan. Isi sket plak tuh kan…So, dengan ada rumpai laut neh dengan harga yg murah dan penggunaan yang jimat. Lagi berbaloi2!

So, apa tunggu lagi? Dapatkan ia segera, juz emel kepada saya lala_missu@yahoo.com 
atau PM saya disini LaLa Shopper ^_^






14 comments:

kikin said...

wah meyakinkan la ...tp nak tnye ape beza rumpai laut kale purple ngan yg biase..ila..kalo pos kat aku bole?aku balik kl 5hb, tp pegi klia amik adik aku je....pastu ade lg balik kl...tp tarikh x confirm lg....lambat la nak tguu balik kl....

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

kannn...
aku jual semua produk2 yg aku guna
wat testimoni kt diri sendiri dulu...baru berani promote n jual kt org
hasilnya sgt puas hati ok. he2

beza yg purple tuh byk lg khasiat yg purple tuh...tp yg tuh mahal sket
aku mmg nak jual yg purple tuh...tgk pd permintaan, kalo ramai permintaan...aku jual yg purple plak
tp yg tuh mahal sket arr
aku pakai yg kuning jerk...
sbb aku tgk yg purpe tuh nk mkn cam takut jerk. pepel sgt kalernyer...hahaha

okies bleh jerk..nnt aku pos kan
nnt PM kt inbox FB aku alamat & details ek :)

kikin said...

ila,,msg kat fb bape siap pos...ngan bg no akaun...x yah la purple..kuning je la...kalo ade pink best jugak..hahah

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

PINK? hahaha...ko neh mmg hati pinky arr kin..lawak jerk. adehla

ok, satgi aku PM2 ko yerk kin...tunggguuuuu...!!! hik3

Anonymous said...

aruddin mmea, ok ker iklan kt sini???

Rolin Sadon said...

Salam boleh kontek saya tak..? ataupun blh bgi email cik..? ni email saya rolinsadon@gmail.com.. terima kasih.

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

kat entry sy tuh ada sy letakkan emel
tp, sy re-type semula yer
lala_missu@yahoo.com
atau boleh PM sy kat FB sy
https://www.facebook.com/lalashopper?fref=ts
nnt sy emel sis kalo sy free...InsyaALLAH :)

ibunaznoy said...

sy br nk cuba mkn yg purple(org bg,huhu)..br lps bsalen xbrani cuba..skrg ank dh 4bln blh kot haha..tq info diats..

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

ooo...yeker?
sy ada jual jgk yang warna purple tuh...cuma xsempat nak promote2 lagi diatas kesibukan yang melanda. hu2
nnt kalo rasa2 serasi makan...dah abeh, bolehla beli kat saya yer. hehe

sama2...info neh jugak hasil penggunaan dan testimoni dari saya sndiri...sbb sy guna...dan segala info2 tuh pown berdasarkan fakta yang saya cari dari TV dan juga di internet. :)

Zuraihan Abd Razak said...

as salam sis.... kenapa saya rebus rumpai laut, bl sejuk x beku2 '(

Zuraihan Abd Razak said...

as salam sis.... kenapa saya rebus rumpai laut, bl sejuk x beku2 '(

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

Zuraihan Abd Razak : waalaikumsalam. tak beku2? aik pelik. ker ms awk rebus tuh terlebih air neh? rebus mcm masak agar2..agak2 jerk sukatan air tuh..dah sejuk...br masuk peti ais utk bekukan. sy wat leh jerk...cer wat n try smpai berjaya yerk...:)

»£ã£á¯M¡§§♥ú« said...

Salam...
kepada sesiapa yag nak order rumpai laut, saya ada buat harga promosi...sila klik link neh yerk ^_^

http://shazfilafarisha.blogspot.com/2013/04/promosi-penghabisan-stok-rumpai-laut.html

bundle dundle said...

Keluarga Saya adalah pengusaha Rumpai Laut Kering.
Terdapat 3 Jenis Warna, Hijau, Unggu dan putih.Berikut adalah senarai harga yg ditawarkan :

Rumpai Laut Hijau Gred AAA - RM10/100g
Rumpai Laut Unggu Gred AA - RM7/100g
Rumpai Laut Putih Gred A - RM5/100g

Semakin tinggi gred semakin tinggi nilai Collagen. Harga Amat Murah. Boleh juga menjual kepada rakan-rakan. Harga Pasaran untuk 100gram Rumpai Laut Putih adalah RM10-13/100gram.

Untuk maklumat lanjut hubungi saya melalui cazladz@hotmail.com atau whatsapp/weechat 0109597119.

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!