Tuesday, January 29, 2013

Maaf Ku Mencintaimu




Maaf Ku Mencintaimu - Fazley Yaakob

Maaf jika ku terlalu selesa
Maafkanlah jika tak mampu berpisah
Telahku cuba, terseksa tak terdaya, terasa
Bukan memaksa
Bukan juga ku meminta
Maaf jika cintaku takkan mati

Maafkanlah jika aku takkan pergi
Tak ku mampu berhenti
Tak ku izin simpati
Hanya mengerti
Hanya kau utuh di hati

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika bersamanya
Namun hingga hujung nyawaku mencintanya
Maaf jika ku semakin setia
Maafkanlah jika kau takkan ku lupa
Telah ku pinta, biarlah
Tak berubah hatinya
Maafkan kerana
Benar aku amat cinta

Maafkan aku




Mee Kari Mat Jasak

Salam semua pemakan2 dan penjamu2 selera sedunia…hik3

Sebelum2 neh, aku asik wat review tempat makan dalam KL dan ada jugak bukan dari tempat aku kan? Kan? So, arineh aku nak review tempat makan dari negeri kelahiran aku plak. Aha…nama jerk slalo balik kampong kan…tp, ada sekali jerk kot aku review dulu Mee Rebus Ramli kat Pekan Ipoh tuh…hik3. Arineh, kita  serang Mee Kari Hj. Daud Mat Jasak plak yerk…sangat sedap katanya…! Eheh


neh ler dye gerainya...betul2 tepi jalan...bukan tengah2 jalan taw...taw...hik2

Tempatnya betul2 terletak kat dalam Pekan Ipoh. Kat Jalan Datuk Onn Jaafar. Dekat2 jgk dengan Gerbang Malam. Ha? Gerbang Malam tuh haper ek? Kira cam uptown a.k.a downtown la jugak cam kt KL tuh…sama jerk…bukanya dalam pukul 8 malam sampai  1 pagi. So, lepas makan, leh arr g jenjalan  yerk. Hik3

Banner...korang hado?! ha ha :p

Apa yang ada dijual di gerai Mee Kari Mat Jasak neh? (Memang pemes panggel Mee Kari Mat Jasak jerk…huk3) Semestinyalah menu wajib Mee Kari. Selain tuh ada Kuey Tiaw Kari, Beehoon Sup, Mee Goreng, Kuey Tiaw Goreng, Mee atau Kueey Tiaw Kicap dan jugak Yong Tau Foo. Tapi, masa aku g tuh…aku juz santap Kuey Tiaw Kari jerk. Lain dari yg lain sket..mee kari dah biasa sgt mkn. Kuey Tiaw Kicap aku xpernah try lg kat cni…ada org cakap sedap. Tp, aku pernah try makan kat Silibin, Ipoh. Memang terbaekkk…!!! (mahapla xderk gmbr mee kicap tersebut…hiks)


Inilah dye Kuey Tiaw Kari Mat Jasak yg aku order. Nampak cam sedap kan? Perghhh...memang sedap hokey! tak cayer, g try!

Harga: RM 3.50 sahaja

Ups...sebelum tuh...Mee Kari Mat Jasak neh bukan setakat ada di Pekan Ipoh...kat Greentown Mall Ipoh pown ada jugak hokey...kat foodcourt...So, kalo tutup kat GM tuh leh g pekan ipoh...dan kalo pekan ipoh tuh tutup,,,leh g kt GM jerk. hik3

Okiesla...setakat neh dulu  review JJCM untuk arineh...aku sebenarnya dok terbayang2 kesedapan nasi lemak makcik highway neh...dah lama xmakan...adehla. haha...terlari topik laks. Okies2...kepada korang-korang dan korang yang g jalan2 kat Bandar Ipoh tuh...jangan lupa serang Gerai Mee Kari Mat Jasak neh hokey...TERBAEKKKK...!!! ^_^

Sunday, January 27, 2013

Steamboat Dataran Bandaraya Johor Bahru

Salam semua 1 Malaysia…! Eheh

Walaweh…cuti sakan noh…5 hari neh. Aku pown tergolong dalam kategori “tak boleh dok diam” gaks…merayap…dan merayap…ngeh2~

Malam jumaat lepas lepaking mentekedarah steamboat kat Dataran Bandaraya JB. Dan semestinya semua orang2 kt JB pown taw kat cni memang banyak gerai2 a.k.a van2 yang jual steamboat yg sedap2 gitu. So, aku pown tak lepas peluang menjejakkan kaki ler ke ctu…w/pown sblm2 neh penah jerk g kan…tp, xderkla beria sakan nak snap2 pic…kali neh, sempat jugaklah snap pic sambil nyembang2 n makan2 kt ctu. Eheh

Tapi, sebelum tuh…kita citer dulu serba sedikit tentang Dataran Bandaraya Johor Bahru neh okies…


1st nite @JB...Snap from the way to Danga Bay

Dataran Bandaraya adalah tempat  berlakunya berbagai peristiwa penting di Johor Bahru sejak 1994. Menara jam yang berdiri megah disini dibina sebagai mercu tanda memperingati pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994

Sejak pembukaan rasminya pada tahun 1994, pelbagai kegiatan negeri telah dibuat disini,antaranya ialah persembahan kebudayaan, perarakan hari kemerdekaan dan pelbagai pameran dan jualan dibuat di sini. Menara jam kelihatan lebih berseri  dengan adanya air pancut dan lampu neon yang berwarna warni ketika waktu malam. Ia merupakan sebuah taman yang terbuka luas, penuh dengan kehijauan dan bunga-bungaan menjadikannya sebuah taman yang sangat menarik untuk dijadikan tempat untuk membuat persembahan dan acara tahunan.

Haaa....dah taw kan serba sedikit citer sejarah psl Dataran JB neh kan? Skang boleh citer pasal makan..dan segala menu2 yg kami santap. Hik3.

Seperti yang dicadangkan oleh kawan aku sorang neh...yang katanya kuah steamboatnya sedap...so, kami terus ke gerai No. 8. Ternyata memang sedap...so, kepada sesiapa yang nak g mkn steamboat g gerai a.k.a van no. 8 okey. 



ini nama dia....TAUHU BAKAR...memang terbaek!!! sedap...mabeles hokey!
betul2 sebelah van. no.8.

haaaa...nehla dye steamboat..a.k.a cucuk2...a.k.a celup2..hik3
Harga ada RM 0.50 sen, RM 1.00 & RM 1.50 ikut warna lidi


neh kuah steamboat...pergh...memang sedap & terbaek...!!!
Suggestion: sila ke gerai a.k.a Van NO. 8 hokey
terbaekkk...!!!

Char Kuey Tiaw
yg neh xsure gerai no berapa...sbb kwn aku yg order...hik3


Banyak tak kami makan? haha...siap bertambah2 order...
memang mentekedarah sungguh...keh3

Penuh gerai @dataran JB





Kepada korang2 semua yg nak pekena steamboat...aku cadangkan ke gerai no. 8 td tuh la yerk...selain steamboat...ada tauhu bakar, laksa, char kuey tiaw, nasi ayam penyet rojak buah,rojak petis & mcm2lg menu2 yg menarik utk disantap. Ada van yg jual menu yg sama...kena pandai carila mana yg sedap. eheh...Okiesla...selamat menjamu selera yerk u'olls! ^_^


Friday, January 18, 2013

Tahun Melawat Malaysia 2014

Salam u'olls...!

Juz nak advertise this banner to u'olls mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 atau dalam bahasa omputehnya Visit Malaysia Year 2014 (VMY 2014). Jum ramai2 datang bagi memeriahkan lagi Karnival ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pukul 4.30 petang hingga lewat malam pada 18 Januari 2013 dan dari pukul 10 pagi hingga lewat malam pada 19 dan 20 Januari 2013.



Apa yang ada kat sini?

-       bazar buah-buahan,
-       pameran tanglung,
-       pameran seni kontemporari,
-       pameran motosikal dan basikal
-       persembahan artis dan gendang pelbagai kaum.
-       Pengunjung boleh mendaftar melalui Facebook Cuti-Cuti 1Malaysia atau di tapak karnival untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan 2,000 hadiah menarik termasuk motosikal, basikal dan pakej pelancongan.
Pengunjung bertuah juga berpeluang menaiki kereta Ferrari serta menghadiri makan tengah hari dengan pereka kasut terkenal, Datuk Dr. Jimmy Choo.





Perkhidmatan LRT dan Shuttle Bas percuma ke Bukit Jalil sempena Karnival Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014. Pada 19.01.2013 bermula dari 6 petang hingga tengah malam bagi memudahkan orang ramai menghadiri pelancaran Karnival Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

So, apa tunggu lagi? Jum serang...!!!


Thursday, January 17, 2013

Sastera Kupu-Kupu

Salam semua...!!

Aku pasti ada diantara korang yang mengikuti drama bersiri kat TV3 setiap Isnin - Khamis jam 7 petang. he2..termasuklah aku jugak. Seperti yang korang semua tahu kan citer drama neh diadaptasikan dari Novel Setia Hujung Nyawa. Maybe sekarang neh trend semua drama dipetik dari novel gamaknyer. Dah xderk idea dah kot pengarah2 drama kat tv neh gamaknyer...hu2. Sekarang neh aku dah menggila tengok drama neh...al-maklumlah Adam & Hawa pown dah abeh kan. Sehangat Asmara pown blom start lg. Tapi, cam biasalah...aku memang sker tgk bler dah tengah2...xsker tgk mula2...keh3. Tak kesahla...aku semenjak dua menjak tiga menjak neh asik terjebak dgn drama bersiri plak...Dah arr arituh sakit hati tengok ending Drama si anak Maembong tuh berlakon tuh...huhuhaha...ala...citer Cinta Itu Milikku tuh..ntah camner aku leh terjebak ntah tgk citer tuh sampai ke sudah...ending plak ntah hape2...Memang menyesal tengok hokey...huh!

So, sekarang neh tengok citer yg diadaptasi dari novel lg bagus jugak rasanya...at least, kalo dari novel  neh dah tentu2 ada ending...Happy Ending avril lavigne gitu...haha. Kalo rasa2 xsabar nak taw ending citer Setia Hujung Nyawa neh…leh g baca novel terus hokey...hik3. Aku xnak citer...nnt xsurprise arr...keh3. Yang pastinya citer neh sgt chumel hokey...sweeeeettttt jerk tengok. eheh. Dan sker dengar lagu2 dalam citer neh...ada 1 lagu tuh aku sker dengar...ala2 chumel...tajuk Maafkan Aaku. hehe...chumel!

Memandangkan sekarang neh adegan konflik antara ersalina dgn Zain...so, lagu kat bawah neh asik berkumandang...best plak dengar...sedey...tp, xkenal penyanyinya sape. hu2...layan jerkla yerk...




Sastera Kupu-Kupu - OST Setia Hujung Nyawa

Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahuli disisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu






Tuesday, January 15, 2013

PROMOSI : Pre-Order Exclusive Set TABITA Skincare





Salam wahai wanita2 yang gorgeous! 
Ada lagi Promosi Pre-Order Tabita  Skincare untuk Set Ekslusif
hanya RM 298 sahaja
termasuk postage
Order dan bayaran dibuka mulai hari ini 
16 Januari.sehingga 25 Januari 2013.
Dan barang akan dipos pada AWAL BULAN FEBRUARI.

Kepada sesiapa yang nak order, boleh emel terus kepada saya
lala_missu@yahoo.com
atau PM sy di Pages FB ini


Sunday, January 13, 2013

Terbanglah Seperti Burung






Lihatlah burung! Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan saksama. Sama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan 
yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi memandu ia ke arah yang dituju.

Begitulah juga halnya dengan kita.

Bayangkan sahaja, dua sayap burung tadi merupakan sayap kita. Sebelahnya, merupakan sayap 'usaha seorang hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat Allah SWT yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap 'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh. Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan tawakkal'.

Mari kita muhasabah. Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi, tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua. Ataupun, sebaliknya, kita terlalu bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.

Oleh yang demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera. Kelak, akan jatuhlah burung tadi menyembah bumi. Hargai dan manfaatkan kedua sayap tadi agar kita juga mampu terbang tinggi seperti burung tadi.

Seandainya satu saat kita merasa lelah, letih dan berasa putus asa. Maka, ucapkanlah
'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'
''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''






Nota Kaki: INGATAN UNTUK DIRIKU SENDIRI TERLEBIH DAHULU. DAN JUGA KAMU KAMU DAN KAMU SEMUA.

Thursday, January 10, 2013

Restoran Nasi Padang Ibu, Jesselton Point


Salam semua penjamu2 selera dan pemakan2 sedunia…hik3. Seperti biasa, kalau dah sebut penjamu2 selera tuh maksudnya aku nak citer pasal makan la ok. Heh.



Welcome to Jesselton Point, Kota Kinabalu

Okiesla…aku taknak merepek sambil makan kerepek…terus kepada tajuk sebenar. He2… Ok, sekiranya korang datang ke Kota Kinabalu, Sabah dan terasa nak makan masakan ala2 melayu a.k.a semenanjung sebab dah muak dan jemu makan seafood kan…bolehlah datang singgah makan di Restoran Nasi Padang Ibu. Actually, restoran neh xderkla 100% menyajikan masakan melayu…tp, lebih kepada masakan Minang kira menepati arr dengan tekak2 orang melayu cam saya neh kan. Eheh.



Pintu Hadapan Nasi Padang Ibu Restoran Asli Indonesia



Yerkla…selalu orang datang ke Sabah nak makan seafood…sebab seafood kat sini segar2 ok. Memang sedap. Tapi, larat ker asik nak makan seafood jerk. Konpem jemu kan? Sesekali  teringin jugak makan masakan Minang ala melayu sket seleranya…Konpem bertambah2 punyer. He2



 


 



 Menu2 yang ada...*maaf, gambar agak berterabur sket..hu2

Okiesla, Restoran Nasi Padang Ibu neh terletak di Jesselton Point, Kota Kinabalu berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu.


Ha....ingat kat oversea dengan kat Genting jerk ada, Kat Jesselton Point pown aderrr...hik3

Restoran Nasi Padang Ibu neh menawarkan Masakan Minang asli dengan tawaran pelbagai lauk pauk yang pastinya akan menaikkan selera makan korang.



Menu yang aku santap...
Nasi Putih
 Ayam 'Pop' Kampung
Daging Dendeng Basah
Gulai Nangka
Pucuk Ubi
Ikan Siakap Goreng Rangup



Alhamdulillah...licin kami makan. heeee~


Kawasan persekitaran pula sangat indah  dan cantik yang terletak di terminal feri ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan juga Pulau Manukan menjadikan pandangan persekitaran dari restoran ini bertambah istimewa. Disebabkan permandangannya cantik dan menarik, korang boleh pilih samaada nak makan didalam restoran yang berhawa dingin atau makan diluar restoran sambil dibuai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. 


Permandangan di Persekitaran Restoran Nasi Padang Ibu


Di kawasan persekitaran Jesselton Point ini, pelbagai kemudahan bagi para pengunjung disediakan seperti restoran dan juga kedai cendermata. Ramai pelancong yang berkunjung ke restoran neh setelah habis melewati pulau di sekitarnya. Ada jugak pekerja2 Offshore yang baru pulang mendarat untuk jumpa keluarga terchenta. Eheh. Memang menarik tempat neh… Selalu orang kata, “Sambil Menyelam Minum Air” kan? Tapi, aku kasi tukar sket, “Sambil Makan leh cuci mata”. Hahaha :p

Wuppsss…sory2, terlari topik. Heh.



Eheh...jadi Model Sambil Lewa kejap


So, kepada sesiapa yang agak dah jemu makan seafood dan nak menikmati masakan ala semenanjung bolehlah datang ke sini yerk. Selamat Menjamu Selera!


Nasi Padang Ibu - Restoran Asli Indonesia



Jesselton Point, Kota Kinabalu Sabah



Tel: 088-222599

Monday, January 7, 2013

PROMOSI : Regular Set TABITA -Ready Stock)


Salam semua wanita2 yang gorgeous...!!!

Ada lagi promosi untuk ready stok Regular Set.  Cepat2 dapatkan sekarang...!!!



hanya RM 280 sahaja
(Normal Price : RM 320)

Mari2...cepat2....sebelum kehabisan dan selagi stok masih ada...!!!

Apa tunggu lagi? Untuk order...juz emel kepada saya:-
lala_missu@yahoo.com
atau PM saya di page FB

^_^

Sunday, January 6, 2013

PROMOSI : Felinna Beauty Inch-Loss Lotion + Vitamin C


Salam semua...

Atas permintaan hangat dari pembeli2...so, ada promosi untuk 2jenis item dr Felinna Beauty







Felinna Inch Loss Lotion - RM 75.00 (180ml)

Felinna Beauty Vitamin C - RM 85.00 (30biji)
**dapatkan juga FREE GIFT dengan setiap pembelian produk tersebut




Dapatkan Sekarang...Selagi Stok 
Masih ada!!!




Untuk order:-
E-mail: lala_missu@yahoo.com