Thursday, January 10, 2013

Restoran Nasi Padang Ibu, Jesselton Point


Salam semua penjamu2 selera dan pemakan2 sedunia…hik3. Seperti biasa, kalau dah sebut penjamu2 selera tuh maksudnya aku nak citer pasal makan la ok. Heh.



Welcome to Jesselton Point, Kota Kinabalu

Okiesla…aku taknak merepek sambil makan kerepek…terus kepada tajuk sebenar. He2… Ok, sekiranya korang datang ke Kota Kinabalu, Sabah dan terasa nak makan masakan ala2 melayu a.k.a semenanjung sebab dah muak dan jemu makan seafood kan…bolehlah datang singgah makan di Restoran Nasi Padang Ibu. Actually, restoran neh xderkla 100% menyajikan masakan melayu…tp, lebih kepada masakan Minang kira menepati arr dengan tekak2 orang melayu cam saya neh kan. Eheh.



Pintu Hadapan Nasi Padang Ibu Restoran Asli Indonesia



Yerkla…selalu orang datang ke Sabah nak makan seafood…sebab seafood kat sini segar2 ok. Memang sedap. Tapi, larat ker asik nak makan seafood jerk. Konpem jemu kan? Sesekali  teringin jugak makan masakan Minang ala melayu sket seleranya…Konpem bertambah2 punyer. He2



 


 



 Menu2 yang ada...*maaf, gambar agak berterabur sket..hu2

Okiesla, Restoran Nasi Padang Ibu neh terletak di Jesselton Point, Kota Kinabalu berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu.


Ha....ingat kat oversea dengan kat Genting jerk ada, Kat Jesselton Point pown aderrr...hik3

Restoran Nasi Padang Ibu neh menawarkan Masakan Minang asli dengan tawaran pelbagai lauk pauk yang pastinya akan menaikkan selera makan korang.



Menu yang aku santap...
Nasi Putih
 Ayam 'Pop' Kampung
Daging Dendeng Basah
Gulai Nangka
Pucuk Ubi
Ikan Siakap Goreng Rangup



Alhamdulillah...licin kami makan. heeee~


Kawasan persekitaran pula sangat indah  dan cantik yang terletak di terminal feri ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan juga Pulau Manukan menjadikan pandangan persekitaran dari restoran ini bertambah istimewa. Disebabkan permandangannya cantik dan menarik, korang boleh pilih samaada nak makan didalam restoran yang berhawa dingin atau makan diluar restoran sambil dibuai angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. 


Permandangan di Persekitaran Restoran Nasi Padang Ibu


Di kawasan persekitaran Jesselton Point ini, pelbagai kemudahan bagi para pengunjung disediakan seperti restoran dan juga kedai cendermata. Ramai pelancong yang berkunjung ke restoran neh setelah habis melewati pulau di sekitarnya. Ada jugak pekerja2 Offshore yang baru pulang mendarat untuk jumpa keluarga terchenta. Eheh. Memang menarik tempat neh… Selalu orang kata, “Sambil Menyelam Minum Air” kan? Tapi, aku kasi tukar sket, “Sambil Makan leh cuci mata”. Hahaha :p

Wuppsss…sory2, terlari topik. Heh.



Eheh...jadi Model Sambil Lewa kejap


So, kepada sesiapa yang agak dah jemu makan seafood dan nak menikmati masakan ala semenanjung bolehlah datang ke sini yerk. Selamat Menjamu Selera!


Nasi Padang Ibu - Restoran Asli Indonesia



Jesselton Point, Kota Kinabalu Sabah



Tel: 088-222599

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!