Sunday, January 13, 2013

Terbanglah Seperti Burung






Lihatlah burung! Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan saksama. Sama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan 
yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi memandu ia ke arah yang dituju.

Begitulah juga halnya dengan kita.

Bayangkan sahaja, dua sayap burung tadi merupakan sayap kita. Sebelahnya, merupakan sayap 'usaha seorang hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat Allah SWT yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap 'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh. Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan tawakkal'.

Mari kita muhasabah. Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi, tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua. Ataupun, sebaliknya, kita terlalu bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.

Oleh yang demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera. Kelak, akan jatuhlah burung tadi menyembah bumi. Hargai dan manfaatkan kedua sayap tadi agar kita juga mampu terbang tinggi seperti burung tadi.

Seandainya satu saat kita merasa lelah, letih dan berasa putus asa. Maka, ucapkanlah
'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'
''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''






Nota Kaki: INGATAN UNTUK DIRIKU SENDIRI TERLEBIH DAHULU. DAN JUGA KAMU KAMU DAN KAMU SEMUA.

0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!