Friday, February 1, 2013

Pemilihan Kad Jemputan Perkahwinan

Assalamualaikum semua pembaca2 setia blog aku neh…hehe (perasan lebey…:p)



Sebenarnya dah lama nak tulis entry neh…tp, diatas ketidaksempatan waktu, sebab asik xreti dok diam…asik merayap ke sana dan ke sini…makanya baru arinehla dapat hapdet yerk.

Okiesla…memandangkan sekarang neh musim kenduri kawen masih tak surut2 lagi…sebab skang neh pown dah xkira cuti sekolah ker ape ker…ada jerk jemputan2 kenduri kawen yang perlu dihadiri. Tp…tp…tp…aku sekarang dah kurang dapat jemputan dah…sebab dah ramai kawan2 aku yg dah selamat mendirikan masjid…so, jawatan aku yg kununnya sebelum neh digelar “Menteri Kenduri” katanya…aku dah xsandang dah jawatan neh…sebab dah ada pengambilalih jawatan aku malah lebih tinggi darjatnya…wah gitu! TAHNIAH la kepada “PERDANA MENTERI KENDURI” kerana telah mendapat banyak jemputan serta menghadiri pada setiap jemputan2 kenduri…sekaligus termaktublah pelucutan jawatan aku disini. Hahaha (tak perlulah di highlight kan disini siapakah gerangan beliau…) bak kata pepatah, “sapa makan cempedak, dye la terasa getahnya” haha…

Ups…maaf yerk…terbalas dendam melebih plak kat sini. :p

Kembali kepada tajuk dan tujuan yang sebenar2nya. Heh.

Erm…dah baca tak kandungan kad jemputan kahwin kat atas tuh? Actually, tuh bukanla kad jemputan kawen aku dan bukan kad untuk menjemput u’olls semua…sabaq nohhhh….aku antaq emel jerk nnt…jimattttt!!! Hahaha

Haaa….dah tengok dan dah baca kandungan kad tuh kan? Kan? So, apa pendapat korang mengenai kad jemputan tuh? Korang rasa arr kan…agak beradab dan bersopankah member kad jemputan sedemikian pada para jemputan? Atau mungkin pada kita sebagai tuan rumah merasakan ianya adalah suatu yang kreatif atau lain dari yang lain ataupown kununnya suatu yang dapat menghiburkan hati (bahan lawak) pada penerima jemputan…?

Aku ada buh attach kan neh kat FB…ramai yang komen kata memang sangat2 tidak sesuai pemilihan kad kawen yang sebegini rupa. Dan aku jugak bersetuju 100%. Yerkla…bagi aku arr kan…kad jemputan perkahwinan neh sesuatu yang dianggap serius. Sebab nak jemput orang datang kenduri kita. Bagi anak2 maybe benda2  camneh lawak. Tapi, bagi orang2 tua expecially mak ayah kita, memang tak sesuai langsung nak jemput orang dengan bagi kad jemputan kahwin camneh kan? Macam "kurang di ajar gitu" sungguh kurang sopan dan tidak beradab langsung hokey?! Hu2

Aku taw…zaman sekarang neh dah ada macam2 bentuk dan rupa kad kawen yang boleh kita pilih dan semuanya cantik2, berkualiti dan ada yang mahal dan jugak yang murah. Ikut budget kita sendirila kan… Tp, adakah disebabkan nak yang terlalu murah sampai sanggup pilih kad kawen yang sebegini rupa? Hadoila…ada otak, ada akal…pk la betul2 yerk…jangan main redah camneh…Memang arr Nampak cam kreatif dan lain dari yang lain arr kununnya…tp, korang pk tak, agak2 tetamu yang korang jemput tuh (expecially orang2 tua) nak ke datang majlis korang dengan perkataan2 dan ayat2 yang ntah haper2 ntah…yg kununnya lawakla sgtnyer punnnn….padahal xlawak mana pown…bertambah sensitif lg ada arr hokey!

Sedangkan dapat kad jemputan yang ditulis “menjemput SUAMI & ISTERI” (tak jemput SEKELUARGA) sahaja pown dah dianggap sensitif, inikan plak jemput dengan perkataan2 camneh.

Ada jugak yang wat kad jemputan gambar cartoon2 la…dah macam kad raya pown ada…isk…memang sangat tak sesuai. Untuk anak2 muda, bagi aku ok la boleh diterima…tp, kalo nak bagi makcik2 pakcik2 pak menakan, mak menakan, pak teh, mak teh…dan bla…bla…bla… (seangkatan dengannya) memang sangat-sangat tidak sesuai hokey?! Korang kalo nak pilih kad kawen tuh pilih arr yang betul2 sesuai bentuknya, coraknya…kata2nya…jangan dok pk cantik dan “kreatif sangat” korang tuh jerk…Benda2 camneh sangat-sangat dan tersangatlah sensitif. Korang igt, depa2 tuh semua simpan sangat ker kad kawen korang tuh siap wat frame bagai? Takdenyer weihhh…lps g wedding korang tuh, terus lempar…tong sampah arr tempatnya. Silap2…tak sempat sampai tarikhnya…kad yang korang bagi tuh memang sedia dok kat dalam tong sampah… “nak watper simpan kad kawen neh…wat nyemak jerk. dah jemput kat FB…map pown ada kat FB jgk…kalo xjumpa, GPS kan ada, Google Map pown ada” haha…hamek kau, so…tak payah nak beria sangat nak wat kad kawen cantik2 bagai…kreatif2 bagai…takkan korang nak mintak balik satu2 dari semua jemputan plak kan? :p

So, agak2nya la kan…korang nak g tak kalo dapat kad jemputan yang sebegini rupa? Hehe…Saja jerk tanya, sebab dari segi hukum WAJIB hadirkan diri bila dijemput…tp, bila dapat kad kawen camneh dikira WAJIB jgk ker ek? Nak ker korang gi? Hik2…Semuanya terpulang pada korang…xjd hal kalo xpegi dengan alasan yang munasabah… Kalo, xderk apa2 hal yang menghalang..makanya hukumnya WAJIB hadir ok. Hik2…

Okiesla…kesimpulannya, sebelum bertindak, fikir secara rasionalnya dulu okies. Renung2kan dan Selamat Beramal! ^_^


1 comments:

Anonymous said...

selamba badak kau jek kutuk org punye kad jemputan. aku dah tak saba nak tengok kad jemputan kau nanti.

p/s: bape RM ek dowit kau die minta nak buat kad tu...???

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!