Wednesday, March 27, 2013

Memaafkan & Melupakan


MEMAAFKAN................MELUPAKAN...???


Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Tapi, memaafkan mungkin senang dari melupakan. Ada 4 cara untuk MEMAAFKAN

1. MEMBERI PELUANG-- beri dia peluang MEMOHON MAAF
2. DENGAR PENJELASAN--beri dia peluang menjelaskan walaupun ketika itu HATI sedang sakit.sekurang2nya dengan penjelasannya nanti kesakitan akan kurang dan dapat bantu proses MEMAAFKAN
3. SEMUA ORANG PERNAH BUAT SILAP termasuk diri kita sendiri…NOBODY PERFECT!
4. IKHLASKAN MEMAAFKANNYA...

akhir sekali MELUPAKAN...mungkin kita telah MEMAAFKANnya tetapi MELUPAKAN mungkin perkara yang sukar. TETAPI… ''sedangkan nabi ampunkan umatnya inikan pula kita sesama manusia”. Dan jawapan yang tepat adalah memaafkan mungkin mudah tetapi MELUPAKAN memerlukan masa untuk melupakannya....



:: EASY TO FORGIVE BUT HARD TO FORGET ::


(aku maafkan.......tetapi bukan mudah untuk melupakan. Berikan masa dan peluang untuk perbaiki kesilapan masing2) 




[sumber] Youtube : OST Cinta Kura-Kura



Berikan ku peluang terakhir sekali lagi

Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna



Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta


"Luangkan diri ini lebih masa

Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik"


Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin

Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih amatur cinta








Monday, March 25, 2013

Glad You Came



Glad You Came - The Wanted


The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came

You cast a spell on me, spell on me
You hit me like the sky fell on me, fell on me
And I decided you look well on me, well on me
So let's go somewhere no-one else can see, you and me

Turn the lights out now
Now I'll take you by the hand
Hand you another drink
Drink it if you can
Can you spend a little time,
Time is slipping away from us so stay,
Stay with me I can make,
Make you glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came

You cast a spell on me, spell on me
You hit me like the sky fell on me, fell on me
And I decided you look well on me, well on me
So let's go somewhere no-one else can see, you and me

Turn the lights out now
Now I'll take you by the hand
Hand you another drink
Drink it if you can
Can you spend a little time,
Time is slipping away from us so stay,
Stay with me I can make,
Make you glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came

I'm glad you came
So glad you came
I'm glad you came
I'm glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came


Thursday, March 21, 2013

PROMOSI: Pre-Order Tabita

Assalamualaikum semua pengguna2 tabita yang gorgeous!
Promosi Pre-Order Set Tabita Skincare Kembali lagi...!!!




Regular : RM 288
Exclusive : RM 298
(Tambahan RM 5 untuk Sabah & Sarawak)

Promosi pre-order ini bermula 22 Mac sehingga 30 Mac 2013.
Dan tempahan dan bayaran bolehlah dibuat dalam tempoh masa tersebut.
Barang pula akan di pos pada 11 April 2013 nanti.

So, apa tunggu lagi?! Jum kita gebu2kan wajah dengan TABITA…yuk! ^_^


Unutk order juz PM at FB  LaLa Shopper
atau e-mail kepada saya lala_missu@yahoo.com



Sunday, March 17, 2013

Hukum Menyebar Berita Berunsur Fitnah



Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada- adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.





Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?

Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.

Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.

Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.



Nota Kaki: Semoga Allah mengampunkan dosa2 aku, dosa2 orang yang menaburkan fitnah, dosa2 orang yang menerima berita fitnah, dosa2 orang2 sekeliling yang aku sayang dan mendengar doa2 orang yang teraniaya dan difitnah. Wallahu a’lam…





 Sumber : Islamic Info




Saturday, March 16, 2013

Mr. Cendol @One Utama

Salam semua... :)

Takderk keroje nak dibuat...asik merayap dan merayap dari satu tempat ke satu tempat. Sebenarnya mencari Chatime sbb cuaca panas..,nak menghilangkan dahaga...tp, xjuper2 plak kat Curve & IKEA,..kunun2 kat OU ada arr...sekali tarak jugak...HAMPA hokey?! Last2, pekena Cendol & Rojak kat Kiosk Mr. Cencol One Utama.

Rasa2nya...ramai dah kot pi pekena cendol & rojak kat sini...Maklumlah Mr. Cendol neh banyak outletsnya...terutama di Perak...kat Station Caltex Ayer Tawar - Perak , Bangunan Panggung Wayang Tai Wah, Ayer Tawar - Perak, Pasaraya TF Value-Mart, Batu Gajah – Perak, Giant Hypermarket Sunway City, Ipoh – Perak, Station Esso Lumut – Perak, Jetty Marina Island Pengkor – Perak, Pasaraya Besar Econsave Sitiwan – Perak, Giant Hyermarket Sri Manjung – Perak dan banyak lagi di sekitar Perak. 




Mr.Cendol @One Utama





Inilah rupa kiosk nyer...

Pilihan cendol..tengok gambar cam sedap kan? tp..memang betul2 sedap!




neh pilihan menu rojak,mee rebus dan jugak nasi lemak




neh rojak mee...sedap3!


neh plak cendol aiskrim



yg sebelah tuh cendol cawan



Serius memang sedap hokey...tak percaya,korang kena pi rasa sendiri...korang cari jerk kat mana2 branch yang berdekatan dengan korang hokey ^_^

Monday, March 11, 2013

Nasi Ayam @Pinggiran Putra, Putrajaya


Salam semua...

Ini adalah entri berhabuk dan berkurun jugakla pengambilan masanya untuk dihapdet. Gambar dah siap di draft…tp, entri tak ditaip2 jugak. Aissshhh…memang betoila sindrom “M” neh berleluasa dengan pesatnya…aku ingatkan sekarang neh musim virus “CB” jerk…sindrom “M” pown sama jugak. Hu2…xdapek den nak nolongnyer…

Stop pasal penyakit “M” itu okies…kita semarakkan sindrom “R” semula…yeah! Yeah!






Cerita aku arineh adalah review tempat makan kat area Pinggiran Putra, Putrajaya…pekena Nasi Ayam yang sedap katanya disini.

Lokasinya? Dah tentulah kat Taman Pinggiran Putra tuh…kat Putrajaya ler…betul2 berhadapan dengan shoplot kat situ. Alamat penuh, aku xderkla plak…hu2




Inilah dye Nasi Ayam Biasa RM 4.50
Nasi Ayam Black Pepper RM 5.00





Nampak macam sedap tak?
Memang sedap pownnnnnn...
neh Air Jagung.
TERBAEEEKKKKK...!!!!


Masa memula aku dok bayangkan air jagung neh air jagung biasa arr...yang warna kuning tuh kannn...sekalik cam ABC daaaaa....tapi jagung semata arr dgn ais dan susu. Serius sedap! Dah macam air ADO yang aku pernah minum kat Cyberjaya plak...cuma bezanya air ADO tuh ada buah laici dan kismis...yg neh xderk. eheh. Tp...memang sangat terbaekkkk hokey!


So, u'olls jangan lupa serang kedai makan neh k kat Pinggiran Putra...carik jerk...xesat punyerlah! eheh


Thursday, March 7, 2013

Nuffnang 6th Birthday @Lust, KL

Salam semua…!

Akhir2 neh penyakit  a.k.a virus kemalasan menghapdet blog menjelma sudah dan semakin berleluasa kat diri aku. Hu2… Banyak entri2 yang aku nak hapdet…dan sedia di draft…tapi, disebabkan virus “M” itu, membuatkan aku tak hapdet2 dan tak post2 pown entri2 tersebut. Makanya…tunggu jerkla virus “R” menjelma plak nanti yer. Tapi…sebelum tuh…view entri neh dulu setelah seminggu dari tarikh kejadian. (xlama sgt nyer punnnn) hu2



Nama tempat neh Lust, KL

Hokeyla…baru2 neh aku sempat menjuinkan diri dengan event yang dianjurkan oleh Nuffnang sempena Hari Ulangtahun Nuffnang yang ke-6 di Lust, KL. Event ini bermula seawal jam 8 malam selepas pendaftaran dibuat pada jam 6-7 petang.



Registration




Ini goodies bag, sorang dapat satu jerk hokey selepas registration dibuat....



Terasa macam RETIS plak dok sign2 neh...haha



Neh lg arr terasa macam RETIS pown ada...macam DUTA produk pown ada...haha
Tanpa mereka bertiga neh..tiadalah saya disitu. Thanks yerk u'olls...! weee~




bersama bloggers2 Fofular katanya....
ada lagi bloggers fofular yang datang... CeeraMoon & jugak Rayyan...tp, xdan nak bergambo...hu2


Kacaks x? Neh CEO Nuffnang...hehe

Kad2 tergantung yang berlambang DIGI tuh ada ada nama2 bloggers.
enceq fazrol tgh mencari mana beliau punyer...hik3



Jum dinner...
Thanks NUFFNANG for da picca ^_^



wif DIGI Sponsor a.k.a EX-NUFFNANG Staff :)



The Colours of Balloons...
wif  Sumijelly



wif  enceq Fazrol
mucho gracias :)



hu2...blur plak picca dgn secantikmanis neh...:(


wif HOT DIVA MOMMA

Kebabommmm...Hepy Bezday Nuffnang...!!!

PINK Team....katanya! 
(saya panggel abang & kakak sebab tanda hormat taw...bukan sebab perasan muda sangat nyer punnn taw...taw...taw...) hik3

 

Nuffnang Cake yang Unik.


So, the conclusion for this event...of coz arr Enjoy! Dapat jumpa bloggers2 yang selama neh dok baca penulisan dorang  kat alam maya jerk kan...this is the chance to see in a real life. waaaahhh...gitu! 

Bukan senang hokey nak dapat jumpa bloggers2 Fofular katanya....tambah2 plak aku yang tak fofular neh...hasil penulisan pown tak seindah mana...hik3...Tak kesah ler tuh...tulis blog neh pown sekadar hobi aku jer kannn...at least dapat juper dorang2 semua dapat menambah kawan2 baru tak gitu?! eheh. 

Ada lagi entri pasal event blogger yang akan aku hapdet nanti...tunggu penyakit "R" menjelma semula...dan banyak entri yang akan aku post. Sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu. haha...Tahun depan jerkla aku post bleh? keh3

Okiesla...sudah tiba masanya untuk aku merayap lagi untuk kesekelian kalinya..hohoho Merayap lagi?! Kepada Nuffnang, All The Best to you...semoga success selalu and HEPY BEZDAY! woweee~ ^_^

Tuesday, March 5, 2013

Det Station, Ampang

Salam u’olls…^_^

Dah lama nak menghapdet pasal tempat makan pebret aku neh. Tempat makan neh terletak dekat2 area umah aku jerk kat Ampang. Nama dye…DET STATION..bkn DETting hokey?! Keh3. Dulu DET neh, betul2 letaknya kat area kawasan umah aku neh jerk…tp, selepas hangus terbako (kita bako…kita bako) pada bulan puasa tahun lepas (2012) tiada lagi gerai neh kat situ. Tp, sebelum terbakonya gerai tuh…DET neh dah sedia ada Restoran kat area Ampang Avenue. Menunya pown sama jerk…pada masa tuh, kalo kat gerai tuh penuh bleh arr g kat Ampang Avenue tuh. Tapi, sekarang selepas terbakonya gerai DET, semua dah tertumpu kat Restoran DET Station kat Ampang Avenue jerkla. Memang penuh baik kat gerai dulu mahupown sekarang kat Restoran. Kadang2 terpaksa menunggu sebab nak berebut tempat makan. DET neh jugak, bukan sahaja jadi tempat makan pebret aku, dengan kazen2 aku sekali, kawan2 aku yang ntah mana datang…tetiber menepek kat cni. Aisssshhh…betapa majunya DET neh. Sampai terbako gerai DET neh dibuatnya sebab terlampau ramai datang. Haha (Nampak sangat pengaruh DVD) :p

DET neh sama jerk menunya dengan Malee Restoran yang terletak kat Setapak tuh. Menu utamanya Nasi Lemak dan  Char Kuey Tiaw. Tp, kat DET neh ada satu lagi menu tambahan dan special iaitu Burger nya yang sangat sedap hokey!

Kemunculan awal a.k.a asal DET neh pown memang dari kiosk burger nya pown...diikuti pula dengan Nasi Lemak ayam goreng berempah yang sangat sedap dan crunchy. Seterusnya perniagaan semakin berkembang dan maju…maka, adanya gerai dan ditambah lagi menu iaitu Char Kuey Tiaw berencahkan kuchai, taugeh dan juga udang yang besar2 dan segar.

Kalo ikutkan hati aku neh kan, aku nak berKEDEKUT sket nak menREVIEW tempat makan pebret aku neh. Hahaha… Sebab, aku xmo korang datang makan kat sini ramai2, susah plak aku nak makan kat sini nanti. Hahaha (gler pendengki!) Tp, xperla…aku neh kan baik hati Cinderella…tak kesah pown nak bg u’olls datang menyerang kat DET neh pown…sebab aku dah ada port baru tempat makan pemilik adik DET neh. Hohoho…tempat dirahsiakan. Nanti da lama2 nanti  aku wat review hokey?! Huahuahua (gelak jahat)

Selain tuh jugak, DET neh punyer ayaq LAICI tersangatlah sedapnyer punnnn…termasukla jugak MILO AIS nya…waduh2…sedap banget! Tak percaya? U’olls kena pegi dan rasa sendiri ok!





RESTORAN DET STATION di  Ampang Avenue



Neh Gerai Det Station kat area taman umah aku sebelum terbako. hu2


Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah...TERBAEKKK!!!


Neh burger Daging Special





Char Kuey Tiaw biasa





Kat atas tuh antara menu2nya yang pernah aku santap. Selain dari menu2 kat atas tuh…ada macam2 jenis burger yang korang boleh pilih…Nasi lemak telur mata dan jugak Char Kuey Tiaw Special.

Dan disebabkan kawan2 aku neh sker sangat ngajak aku lepaking meja kat DET neh…dah macam2 nama dorang bagi... “jum mengeDET” “jum cheDET” “jum DETing” hahaha…suka hati korang jerk kan menambah2…kena saman baru taw. Balerrr neh balerrr…!

Aishhhh…dok type2 entry neh tetiber rasa lapo la plak…apekata, jum ngeDET! Hehe…adios amigos…Selamat berDETing u’olls! 


Monday, March 4, 2013

Doakan Untuk Sabah





Patah sayap, betongkat paruh. Gunung kudaki, kudaki jua. Good luck to all Malaysian Army to defend sabah from enemies. 

REVIEW: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit [vs] Rosk oO..!

Salam semua..!

Dah tengok filem2 terbaru arahan Mamat Khalid?  Semestinya aku dah tengok sebab aku memang suka tengok citer-citer dari arahan beliau hokey! Hik3. Bukan sebab orang payrock…tp, sebab lawak. Tp, bagi yang faham bahasa atau loghat perak memang akan rasa best dan lawak arr…bg yg xberapa nak faham dan jugak tak faham langsung memang rasa tak best dan tak lawak. Kalo mike nak nengok citer2 mamat Khalid neh ajak teman…teman bleh jadi tukang translate perkataan2 yang mike tak faham. Tp, kena banjer teman ler yerk..hahaha :p


Seperti yang semua tahu jugak, kedua2 filem neh adalah sambungan kepada yang pertama. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (Hantu Kak Limah 2) adalah sambungan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah. Manakala Rock OO adalah sambungan dari filem Rock.

Seingat aku…filem pertama Mamat Khalid yang aku tengok adalah ROCK. Masa tuh tengok kat KLCC dgn adik2 aku. Rata2 citer2 arahan beliau neh semuanya aku tengok wayang…kecuali Kala Malam Bulan Mengambang. Aku pown xtaw pasaiper aku xtengok kat wayang ntah? Haha… Tp, yg pastinya…HKLBR, 3 kali aku g tgk wayang. Haha… HMJPT setakat neh 2 kali aku g tengok kat wayang. Haha… Ini adalah disebabkan kesengalan yang melanda akibat boring…gitulah jadiknya. Layankan ajerkkkk…!! Disebabkan itu jugak, sampai dah hafal dialog2 pelakon2 dalam citer2 si “ABANG” Mamat Khalid neh…haha




SINOPSIS
Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.



DR. Samsudin  yang asik dok sebut "Watch this!"  haha...dah la sore beso...

Antara dialog2 lawak yang aku tak boleh blah…

Pak Abu a.k.a ABANG AB (Arwah Zami Ismail)
“Pada tahun 69, dalam tahun 69 tuh...lepaih tahun 68, jadi...belum sampey pada tahun 70. Jadi dalam tahun 69 tuh, 69 lah! Lepaih tahun 68. Jadi...sebelum tahun 70. Jadi 70 tuh pulak, belum jadi 71.” Hahaha…cam ampeh jerk…yg mendengonyer tuh pown yer2 jerk cakap “oooo…oooo” setia toi mendengonyer yerk? Haha…sengal!

Lagi satu part yg dok tengok video pompuan menari dangdut tuh…hahaha xbleh blah dialog neh “bionyer ler…budak2” sambil mata terbeliak dok tgk tv. hahaha…mengong!
“hello, is it me u looking for?” hahaha…tengah seram2 tetiber nak nyanyi lagu Lionel Richie…adoila…

Husin (Awie)
“kalo orang ingat, teman garang” haha…padahal dok menjerit masa pelepah nyor jatuh…garangla sgtnyer punnnn..

Satu lagi dialog awie… “sedap mon masak…rasa kerang” hahaha…nak termuntah aku tengok…eeeeuuuwww~

Usop Wilcha (SHY8)
“kan dany kan? Kan?” hahaha…adoila…tak boleh berenggang langsung did any rakan pembonceng moto OKU si Usop Wilcha neh…dah arr dialog pown xderk…hahaha

“oh sayang…awoklah jejaka idaman. Awoklah yang paling menanti menyayangi. Seperti embun pagi dinihari, awokla rela dibasahi, kita bako!” nyanyi lagu raja ema sambil berkubang dalam ayor sungai…hahaha…kesengalan!

Pembantu Hospital
Dia neh plak dari yg 1st sampaila yang 2nd neh…xabeh2
“balerrr semua neh…balerrr….! Saya nak pergi bank lagi neh. Seminar peringkat kebangsaan” hahaha…kesengalan toi dah arr pakai baju I love Betong. Wahkakaka…

Ada lagi tulisan2 belakang tabir dan dialog lain…
“disini ada wai fai”
“kerelaanku dalam keterpaksaan”
“malam ini aku telah dinodai”
“jkkkkkkkkkkkkk dan K!”
“sabo je la”
Haha…ada banyak lagi….bagi yang tak tengok lagi…nanti beli DVD yerk…xpown tunggu kuar kat Astro First…hik3






SINOPSIS
Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip ‘pantang anak petani moden mengaku kalah’ berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia berjaya memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black). Pelbagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil langkah besar untuk ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan kembali kumpulan Rimba Bara.



AMY MAT PIAH...hahaha...awatlah buwok nau muka si Que Haidar neh...hahhaa
tapi aku sker tengok dye...sbb chumel
"pantang anak petani moden mengaku kalah!" 
hahaha

Citer Rock oO neh...baru sekali jerk tengok...so, tak berapa nak hafal sangat dialog2nya...yang aku ingat semestinya "an...an...an...?" si Jijo Alfonso Pereira Abdullah arr sker sangat sebut. (haha...nama tak bleh blah!)

Dan satu lagi babak yang aku tak boleh blah dan tak tahan dok gelak masa scene pemain bass dok sakan main muzik tetiber kaki kena gout. hahaha...kenaperla mamat khalid neh wat citer camneh...saket pewot aku dok gelak. 

dan satu lagi..masa babak si Pekin  (Slash a.k.a Sulaiman) dok nanges dalam bas berlatarbelakangkan lagu Suci Dalam Debu sambil tengok gambar awek yg asik pakai baju kurung sama lepas tinggalkannya. haha...lawak!

Erm...takat tuh jerkla yang aku ingat...Nanti korang tengok sendirila ek...still ada lg kt panggung...sebab baru agik kuar kan...eheh! 

Apa yang boleh aku komen kat sini adalah citer2 Mamat Khalid neh bermotif dan lawak. Tp, macam biasalah...bila dah yang kedua neh...cam kureng sketla kan dari yg pertama  toi x? Tp, okla kan...dan sebenanrnya aku nak tgk lagi citer RockOO neh lg utk kesekelian kalinya...haha...tp, xtaw lg bler...sebab minggu neh bz...huk2. Ada kesempatan tengok lagi..hehe... Erm...pekater wat Man Laksa 2 plak...hahaha...mn ler taw kot2 lg berjaya...eheh. Memandai jerk aku neh kan...Okiesla...the end of story for today...chiow!


Geng Kaki Tonton...hik3