Friday, April 26, 2013

Cow’s Milk Protein Allergy Awareness Program Blogger Forum


Assalamualaikum semua…!!!

Cerita neh agak lambat jugakla di hapdet kan oleh saya kerana kekangan masa serta kebanyakan kebendaan yang harus saya fikir sampai serabut kepala otak neh dibuatnya. Haiyo....Stressnyer rasa...!!! Tapi, tapi, tapi...korang doakanla segalanya setel dan dipermudahkan....yerk...yerk...yerk...InsyaALLAH...AMINNNN...!!! ^_^

Okies...stop pasal keSTRESSan tersebut...Jumlayan tajuk asal entry neh yerk! Pada 9 April 2013 yang lepas, saya telah menghadiri ke event CMPA (Cow’s Milk Protein Allergy) Awareness Program Blogger Forum (Ekslusif untuk 20 orang Blogger sahaja). Bertempat di :


Venue: Skyview Room 7 , Level 29, 
The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City 
Panel : Dr Chai Pei Fan 
(Consultant Paediatrician &  Consultant Paediatric Gastroenterologist & Hepatologist)


Sempena Minggu Alergi Sedunia 2013 ( 8 – 14 April ),Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia telah melancarkan Kempen Kesedaran Alahan Protein Susu Lembu ( CMPA ) yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik ibu-bapa tentang CMPA di kalangan kanak-kanak.


Kedatangan saya ke event neh adalah bersama2 dengan SumiJelly dan juga dengan AnnaPeje. Walaupown event neh adalah event parrenting...tak rugi pown juin sebab boleh dapat ilmu sedikit sebanyak kan kan kan walaupown saya masih lagi belum berkahwin. dan masih lagi belum mempunyai anak...eheh. 



Sampai2...kena register dulu okies..



Lepas register, jum makan....!



Apa yang anda tahu tentang CMPA ni?? Jom kita baca info kat bawah neh okies…

Bagaimana terjadi alahan protein susu lembu?
Alahan protein susu lembu adalah alahan makanan yang paling biasa dalam kanak-kanak. Mujurlah, kebanyakan bayi yang lebih besar, alahan susu terjadi  pada tahun kedua atau ketiga mereka. Dalam pada itu, kepada ibu bapa bayi yang mempunyai alahan susu harus tahu bahawa walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan alahan susu , gejala ini boleh dikawal melalui diet tenusu percuma.

Perbezaan CMPA & Tidak Toleransi Laktosa
Istilah terkini untuk alahan atau alergi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Alergi Sedunia ialah sebarang tindakbalas hiper sensitif terhadap susu. Ia boleh dibahagikan kepada CMPA dan Tidak Toleransi Laktosa. Kedua-kedua keadaan ini adalah berbeza. Tidak Toleransi Laktosa ialah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa disebabkan kekurangan enzim laktase, manakala CMPA pula ditakrifkan sebagai tindakbalas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu. 

Apakah tanda-tanda alahan protein susu lembu?
Bayi yang mengalami alahan protein susu lembu mungkin mempunyai satu atau beberapa gejala berikut:
§     ekzema atau ruam kulit
§     sakit perut atau kekejangan
§     muntah-muntah
§     atau cirit-birit

Sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai reaksi alahan yang sangat serius dipanggil Anafilaksis. Tindak balas ini biasanya berlaku dalam masa beberapa minit selepas makan atau minum makanan yang mereka alah. Gejala yang paling serius ialah tindak balas anaphylactic adalah bengkak muka, mulut dan lidah yang membawa kepada kesukaran bernafas. Gatal-gatal, ruam gatal dan muntah-muntah yang teruk merupakan tanda-tanda lain yang boleh hadir dalam tindak balas anaphylactic. Jika anak anda pernah mempunyai gejala-gejala ini, dapatkan bantuan perubatan dengan segera kerana jika anafilaksis tidak dirawat dengan cepat ia boleh membawa maut.


Ruang Percubaan 3 Jenis Susu


Sambil mencuba sambil diberi penerangan oleh moderator Shazmin Shamsuddin


Memandangkan saya tiada anak lagi, maka anak k.sumi jadi mangsa...hik3



Bagaimana alahan protein susu lembu dirawat?

§  Kanak-kanak yang menyusu susu ibu
Jika anda sedang menyusukan anak, dan anak anda telah disahkan menghidap alahan protein  susu lembu, anda tidak perlu berhenti menyusukan anak anda. Malah, gejala alahan pada bayi anda boleh dilegakan dengan hanya memberikan produk diet tenusu pada bayi anda.

§  Kanak-kanak yang diberi susu formula
Jika anak anda didiagnosis dengan alergi protein susu lembu, dan sedang diberi minum susu berasaskan formula, doktor anda mungkin akan mengesyorkan sama ada beralih kepada formula berasaskan soya atau hidrolisat. Tetapi jika anda beralih kepada satu lagi jenis jenama susu formula ianya tidak akan membantu. Susu berasaskan soya tidak disarankan untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan.

Jika kanak-kanak telah disahkan menghidap alahan susu yang teruk, doktor mungkin menetapkan ubat-ubatan khas sebagai tambahan kepada diet tenusu percuma. Ubat-ubatan seperti antihistamin atau adrenalina (EpiPen atau Ana-kit), hendaklah digunakan seperti yang diarahkan.

video


Mangsa Keek saya...haha

Menurut kajian, CMPA boleh berlaku sejak bayi dilahirkan dan memuncak dalam tahun pertama. Ia biasanya reda dalam jangkamasa tiga atau empat tahun. Namun begitu kajian melibatkan 807 kanak-kanak yang mengalami CMPA mendapati masalah ini boleh berlarutan  sehingga ke alam remaja bagi satu pertiga daripada kanak-kanak yang ditinjau, dengan 12% terus mengalami alahan terhadap susu lembu sehingga usia 18 tahun.





Jum masuk dewan..!


"comel tak kak ton?" haha :p


Sesi Forum sudah bermula...



awal2...sudah dapat Lucky Draw u'olls..!



Kusyuk mendengar dan bersoal jawab
Penerangan oleh Dr. Chai Pei Fan



Kempen Kesedaran Alergi Protein Susu Lembu yang dianjurkan MPA & MSAI meliputi program Pendidikan Perubatan Berterusan bersama pakar penjagaan kesihatan dan lain-lain inisiatif seluruh negara untuk meningkatkan lagi kesedaran dan mendidik para ibu bapa. Kempen ini disokong oleh bantuan pendidikan tanpa syarat dari Institusi Sains Dumex.



sekali lagi dengan blogger pemes amous neh...aha!



Bergambar bersama Semua Blogger


Ini aksi gila2 kami...silajangan tiru aksi ini...haha :p



Untuk Rujukan Lanjut

1 comments:

Sumijelly Sumi said...

ala.. comelnya..

Huzaimannnnnnnn.............hahahaha

Sumijelly.com

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!