Sunday, April 7, 2013

Jambatan Tamparuli, Sabah

Salam olls…!!! Seperti yang aku janjikan pada entry aku sebelum2 neh…masih lagi di Tamparuli, Sabah. Heh. Aku pasti dan yakin ramai yang pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli…tambah2 plak masa Marsha nyanyi kat Akademi Fantasia musim ke-3 dulu. Lagu neh terus pemes walaupown pada awalnya pemes kat Sabah jerk kot. Aku sendiri pown pernahla jugak menari tarian sumazau diiringi lagu Jambatan Tamparuli neh masa Tarian Cuti2 1 Malaysia. Memang senang step dia…sebab hanya gunakan gerakan tangan dan kaki jerk. Simple dan senang walaupown lenguh. Hik3



Jambatan Tamparuli signage

Oklah, untuk pengetahuan korang… Jambatan Tamparuli ni terletak di pekan Tamparuli di daerah Tuaran serta mengambil masa 40 minit menggunakan kereta dari Kota Kinabalu. Majoriti yang tinggal di situ ramai kaum kadazan dusun.  Jadi tak hairanlah lagu Jambatan Tamparuli ini dicipta  oleh seorang kadazan dusun bernama Justin Lusah dan dinyanyikan oleh beliau sekitar era 70-an.


Inilah dia Jambatan Gantung Tamparuli

Mitos jambatan ni kononnya dulu ada seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam tempayan, kemudiannya diletak di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaannya kukuh. Dan mitos ini terus dipercayai apabila  ia tidak pernah runtuh walau dilanda ribut taufan malah semakin cantik dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.


Di bawah Jambatan Gantung Tamparuli, ada lagi jambatan untuk laluan kereta


Alhamdulillah…akhirnya aku sampai dan sempat jugak jalan2 atas Jambatan Gantung Tamparuli neh. Memang tinggi dan goyang2 ok… Dan ada sesetengahnya xderk pemegang. Rasanya dah tercabut kot. Hu2. Sesiapa yang gayat tuh, kalo rasa nak naik, naik jerkla…kalo xnak, jgn naik. Hik3. Ape2pown…seronok jugak naik dan berjalan2 atas jambatan gantung neh. Sayangnya aku tak hafal lagu Jambatan Tamparuli neh…kalo x, maw aku nyanyi2 sambil berjalan atas jambatan neh…Ala2 wat video klip gitu. Hahaha *perasan retis :p





Posing tyme..he2 
(Kalau korang nak tahu, Rumah penyanyi Marsha, belakang tuh jerk...hik3)


Okiesla…di sini jugak, aku sertakan lirik lagu Jambatan Tamparuli dalam versi Kadazan Dusun dan juga terjemahannya.  Nanti bolehlah korang download lagu neh kemudian nyanyi.  Jangan risau, senang jerk nyanyi lagu neh. Nanti kalau korang naik Jambatan Tamparuli neh bolehlah nyanyi lagu neh sambil jalan2 atas jambatan neh. Hik3.







Jambatan Tamparuli - Justin Lusah

Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi



Terjemahan

Pak pak saya melangkah
Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Saya berkasut tinggi

Menyusur hai jambatan
Jambatan si Tamparuli
Pak pak saya melangkah
Saya berkasut tinggi

Celaka* kasut saya
Terjatuh di jambatan
Hanya tinggal stokin
Saya bawa pulang rumah

Pada hari rabu
Tamu di Tamparuli
Saya masuk serata kedai
Mencari kasut tinggi



0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!