Wednesday, July 31, 2013

Giveaway by Zurarahman duit raya

Salam semua…

Arineh dapat tagging contest dari Puan Sumijelly…so, saya terpaksa buat arr (kau memaksa, aku dipaksa..haha :p)

So, entri pada hari ini adalah berkisahkan…Giveaway Zurarahman Duit Raya.
Waaahhh…menarik!

Aturannya adalah…

1. Kena follow blog Zurahrahman
Hokey…jum kita sama2 follow blog beliau…www.zurarahman.com azura abdrahman.blogspot.com

2. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by Zura Rahman duit raya"
Hokey…saya sedang menaip entri neh…hik3

3. Copy & paste banner. Link kan banner pada entry ni.

Taraaaa…Zurarahman Banner






4. Tag 3 orang kawan untuk join GA ni (dan dorang mesti tau)


(tapi, kalau ada kengkawan lain yang nak wat jugak...tiada halangan...dipersilakan eh..he2)


5. Dah siap, tinggalkan link entry dalam ruangan komen.
Hokey…sat jerk lagi dah siap akan ku tinggalkan jejak disitu. Heh.


Amacam…senang banget kan? Hik3
Pemenang plak akan di pilih secara random katanya…
(^_^)


Tarikh tutup:
6 Ogos 2013
atau
Bila peserta mencecah 50 orang
(which ever comes last)

So, apa tunggu lagi? moh ler kita joinnnn…..!!! ^_^

Tuesday, July 30, 2013

Wordless Wednesday : 10 Malam Terakhir Ramadhan




Wordless Wednesday : 10 Malam Terakhir Ramadhan

mari kita sama2...
"cari malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir ramadhan"
ini dengan penuh pengisian...in shaa Allah. 



Sunday, July 28, 2013

Deerland Park, Pahang

Salam reader...

Korang pernah sampai ke Deerland Park di Lanchang Pahang tak? Bagi korang yang masih belum sampai...bolehlah datang kesini yer bawak family dan anak2 jenjalan...bukan jauh sangat pown dari KL...juz ambil masa 2 jam jerk perjalanan lebih kurang. Letaknya dimana? Letaknya di Bukit Rengit, Lanchang Pahang dan jalan yang sama dilalui untuk ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Ha....lepas tengok rusa leh arr g tgk gajah plak eh...hik3

Masa lawatan di Deerland Park neh dibuka pada jam 10.30 pagi sehingga 5.30 petang. Bayaran yang akan dikenakan pula hanya RM12 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak2.




neh pintu masuk Deerland Park



neh antara lokasi dalam Deerland


posing sat wif officer from TIC Sabah





mari bagi rusa makan...


hoho...ulau besau kaler nunin

peace yaw!


mak guard...hahaha. tata jum balik!


DEERLAND PARK

Alamat:
No.67, Jalan Zabidin,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.

Tel:
09-277 9305






Friday, July 26, 2013

Kampung Girl Episod 3

Salam u'olls...

Macam biasa, kepada sesiapa yang terlepas menonton Kampung Girl episod 3 semalam...jum layan n klik link kat bawah neh yerk 







Selamat menonton...!! ^_^



Wednesday, July 24, 2013

Terkenang zaman kanak2 dahulu

Salam korang..

Setiap orang mesti ada kenangan masa kecik2 dulu kan? msa zaman kanak2 ribena orang kata...hik3. Aku pown tak terlepas jugak. Malam tadi ar, dok dengar lagu2 kat youtube, tetiber kuar video kat bawah neh. Sekaligus teringat zaman kecik2 dulu...hahaha terus aku tergelak sensorang..Rasa cam mengong pown ada blr tetiber teringat mende alah tuh...sgt lawak (bagi aku ler...)




Korang dah dengar lagu kat video atas neh? Kenal Kumpulan rap Feminin or Res2? Masa tahun tuh mmg femes artis kumpulan bergenre rap. Start dari kumpulan KRU dan diikuti 4u2c dan Nico. Feminin neh pulak dibawah KRU...yg dianggotai kaum wanita remaja. Kira tyme  tuh dorang neh kira hebat arr...sampai pakaian pown nak tiru ala2 dorg neh. haha

Perosalannya...apa kena mengena dorang neh dgn aku ek? hehe...memang xderk pertalian darah pown...kena mengenanya adalah...jeng...jeng...jeng...disebabkan fenomena dorang neh la...aku dengan 2 sepupu aku terbabit dan terjebak dgn fenomena dorang neh. Apekesejadahnyer semua ini? Isk...rasa cam malu jerk nak citer...haha. Siap wat konsert pastuh berlakon konon2 kamis neh retis...siap dok pasang2 dgn KRU plak...hahaha...cam bongek jerk rasa bler ingat balik. Tengokkan perangai kami yang sangat "berlakon" dan sangat perasan neh...makanya kakak2 sepupu aku dok gelar kami kumpulan FEMINA. haha...sangat bongek hokey?!Sampaikan kalo kami bertiga berjumpa mesti kena bahan punyala...memang macam ampeh! 

Nak wat macamana kan...dah kami sebaya...pastuh plak jarang2 berjumpa..tyme aku blk kampong jerkla dapat jumpa..bler dah berjumpa bertiga memang carik port baik punyer utk melepak dan melakukan aktiviti wajib kami...hahaha...Dah main2...berlakon2...wat konsert...xsah kalo xgadoh...haha... Dah penat main berlakon2..g lepak padang permainan ler...g kedai ler...main basikal ler...merayau jerk. Aku meamg tak lepas peluang ler...kalo kat umah mak pak aku memang xdpt nak buat...so, itulah masanya...setiap masa dan saat serta ketika akan digunakan peluang keemasan itu sebaik mungkin...hahaha


kamilah kumpulan FEMINA...haha

Slaonyer kami jumpa tyme raya arr...sampai sekarang pown....tp, sekarang neh dah jarang ler...sebab masing2 dah beso...dah aa haluan masing2...macam kumpulan feminin jgkla dah berpecah kan...kami xderkla berpecah...juz jarang jumpa jerkla...sebab masing2 dah berkeluarga...walaweh...dah macam retis plak neh..

Tp, serius aku rindu zaman2 masa kecik2 dulu...tak mungkin terulang kot...Dan bila aku teringat dan terdengar lagu Feminin mesti aku igt kenangan tuh...pastuh tergelak sensorang. hehe


Tuesday, July 23, 2013

Wordless Wednesday: Botol Air Herbalife 2 liter


Salam semua...


#Wordless Wenesday: Botol Air Herbalife 2 liter

Mampukah aku abehkan air sebotol besar neh dalam masa sehari? hohoho...nak taknak misi akan bermula. wish me luck..hik3


Monday, July 22, 2013

Berakhir sudah Episod Akhir Drama Dahlia

Salam semua...

Semalam berakhir sudah episod akhir drama dari adaptasi novel Dahlia  yang ditayangkan di Astro Mustika HD (134) setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam 

Drama bersiri ketiga adaptasi novel yang ditayangkan di Mustika HD selepas Adam dan Hawa dan juga Sehangat Asmara. Drama neh tidaklah sehebat macam Adam dan Hawa dan jugak Teduhan Kasih  yang popular kat TV 3 tuh...tp, aku layan jugak sebab jalan cerita menarik.dan mengisahkan mengenai kegigihan dan ketabahan seorang wanita yang menghadapi bermacam dugaan dan cabaran.

Ada orang cakap, drama Dahlia neh macam kisah Dato' CT..eh, yeker? Kononnya watak Haliza (kawan baik Dahlia) yang tikam belakang sahabat baiknya tuh adalah Dato' CT...hohoho...tak baek woooo....memangla drama neh kak ipaq dye wat...tp, xkanla kisah sama kot dgn adik ipaq dye...lgpown novel neh kuar dulu hokey...haha...ape daaa...xbaek hokey?!

Terlepas menonton? meh klik link kat bawah neh meh...



Bisikan Rinduku - Dayang Nurfaizah (OST Dahlia)

Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam.. sedalam samudera

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia


haiiiii....dah abeh drama Dahlia neh...pasneh ada citer ape plak ek? xderk plak iklan...yg ada drama Anugerah Dendam Terindah jerk kat astro first..xsilap 25 julai neh...sekali lagi gandingan Aaaron Aziz dan Nadiya Nissa. Waahhh....cam menarik jerk kan? hik2...kena tengok neh...hiks...okiesla...setakat neh dulu...daaaaaaaaaa..~





Friday, July 19, 2013

Apabila Wanita Berbicara (Primadona)

Salam semua…

Dah hampir genap 2 minggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah…semoga ibadah kita semua diterima dan sempurna pada tahun neh yerk…InshaALLAH.

Okies…entri aku arineh lebih kepada topik untuk kaum wanita. Pada 5 Julai 2013 lepas, aku telah berkesempatan ke studio Astro Prima  untuk rancangan siaran langsung Primadona yang dikendalikan oleh pengacara yang cantik2 iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan semestinya Rozita Che Wan (Cik Ta). Ingat senang ker nak dapat g tengok secara LIVE gitu…hiks. Semua neh atas jasa baik Puan Sumijelly yang sudi ajak aku yang kununnya jadi PA dye katanya…. (PA tak bergaji yer semua..ha2). Cik puan Sumijelly kita neh diundang sebagai tetamu jemputan oleh InDeed Communications bagi membincangkan topik mengenai masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita iaitu “Lemah Kawalan Kencing” atau lebih dikenali sebagai LUL (Light Urinary Leakage) didalam rancangan Primadona yang bersiaran secara langsung pada Jumaat, 5 Julai lepas. Waaaahhhh…kellessssssss kau jah dapat duk sesofa dgn cik ta u’olls…hehe


Sebelum bertolak dari opis di Putrajaya…dah macam tunggu pengantin bersiap pown ada. Hahaha…semua tak sabar nak tengok “pengantin” kita lepas bersiap. Hik3



Kami sampai awal jugak kat Astro…walaupown sesat2 jugakla cari. Maklumjerkla bkn slalo pegi pown kan… Dulu g pown dgn kengkawan…ada org guide. Neh g sendirik…redha jerkla kena marah dgn “retis baru” neh…hahaha. Sampai2 kami xterus masuk pown…kami dok dlm keter dulu…teman retis hafal skrip. Walawehhh…dah macam retis fofular dah aku tengok…kellessss…!!! 

Dah dapat pas masuk pown still dok kat luar sebab kena tunggu officer a.k.a producer dye mai jemput kami yg kat luar neh. Hu2. Nasib baik terjumpa Dr. Seri yg sgt friendly yg jugak tetamu jemputan rancangan tuh, so…kami sama2 masuk. Sebelum ke studio, kami dihidangkan dengan makanan…dinner la. Retis xselera nak makan…so PA yang makan hokey…sbb lapar. Haha. Susah jadi retis neh rupanya…xdapat nak mkn dgn seleranya…rugi2…hahaha.

hafal skrip yerk...saya makan dulu...hik3

Selesai makan, semua tetamu jemputan kena g touch-up kat bilik mekap. Aku xg arr…aku dok jerk kat café ditemani oleh Jasmine (wakil dari Poise) dan juga Sophia (wakil dari indeed communications). Nyembang2 ler dengan dorang sementara tunggu “pengantin retis” kita di make-over kan. 


Dalam 5-10 minit sebelum siaran berlangsung, baru kami dipanggil ke studio. Tengok2 cik retis sumijelly dah  siap cantik dimekap…fulamakkk….cantiknyerrr weihhhh!!! Aku plak kena dok mana? Dok depannnnnnnnn sekalik…???!!! pergggghhhh…maha karya segan ler aku disitu yer...xleh nak watpe sbb producer soh dok ctu..dok jerkla…tempat dok blakang semua sudah penuh. Kerja2 aku nak mengambil gambar memangla terbatas yer ketika itu…begitu jugak dgn perlakuan aku…hohoh0…sangat2 terbatas. (igt nak wat peace kat kameraman tuh…tp, xjdla…hahaha) :p


neh ler antara pic yg sempat aku snap sebelum start dan masa iklan. uhuk2


So, tepat jam 9 malam, siaran langsung Primadona pown bermula dengan tajuknya “Derita Dalam Diam” yang membawa topik mengenai Masalah Lemah Kawalan Kencing (LUL).


Selain dari Sumijelly sebagai tetamu jemputan yang akan membincangkan topik ini, ada lagi beberapa jemputan lain iaitu Puan Avelyn (wakil yang dibawa oleh Jasmine-Poise), pelakon terkenal Lidyawati, Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan iaitu Dr. Seri Suniza Sufian dan juga Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita iaitu Cik Neng Shahidah Sabullah. 



Actually, sebelum neh aku ada dapat jemputan dari Indeed Communication dengan kerjasama Poise ke “Embracing the Realities of Womanhood & Light Urinary Leakage Workshop” kat Aloft Sentral Hotel beberapa bulan lalu. Tapi, aku tak dapat nak pegi sebab tak ada kat KL masa tuh…so, Alhamdulillah dapat teman k.sumijelly kita neh aku berpeluang skali lagi untuk sama2 mengetahui masalah gejala neh.

Ha…korang pernah dengar tak atau pernah mengalami masalah Lemah Kawalan Kencing neh tak? Aku sebelum neh pernah dengar tapi tak pernah alaminya setakat neh… setakat batuk2 yang terok sampai nak terkencing tuh ada la…tp, xderkla teruk sangat…masih boleh dikawal kot…hik3. Okiesla..kat bawah neh serba sedikit info mengenai LUL. Jum kit a baca satu persatu ok…


"Lemah Kawalan Kencing (LUL)"



Lemah Kawalan Kencing (LUL) merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing dimana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar. Gejala dimana rasa hendak buang air kencing yang datang secara tiba-tiba dan tidak boleh ‘berkompromi’ walaupun sesaat membuatkan individu itu menjadi kelam-kabut dan tidak sempat hendak ke tandas. Gejala pundi kencing lemah ini juga dikenali sebagai inkontinens urinari, lemah pundi kencing atau terkucil yang turut berlaku ketika ketawa, batuk, bersin, bersenam dan mengangkat barangan.


Masalah ini kerap berlaku kepada golongan wanita. Kaji selidik Inkontinens Sedunia 2010 Poise mendapati, 30 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami LUL dan 70 peratus daripada mereka ialah wanita. Wanita mengalami LUL lapan hingga sembilan kali lebih kerap berbanding lelaki. Satu daripada empat wanita berusia 35 tahun ke atas mengalami LUL sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Dianggarkan 10 peratus daripada 65 orang lelaki menderita masalah ini. Kaji selidik 2011 Poise pula mendapati, 45 peratus daripada 158 responden malu untuk berbincang masalah LUL yang mereka hadapi dan lebih daripada 40 peratus sanggup mengelak daripada menggunakan produk LUL semata-mata bagi menyembunyikan masalah mereka.

LUL bukan penyakit, ia merupakan gejala yang  disebabkan oleh masalah kesihatan atau kadangkala kesan pengambilan ubatan. Masalah itu menjejaskan keadaan fizikal, emosi dan psikologi wanita.  Ada yang menganggap LUL tidak akan menjadi lebih teruk dan akan pulih dengan sendiri. Namun, tanggapan itu salah kerana gejala LUL boleh bertambah teruk jika tidak dirawat.

Untuk mengatasi masalah kerap kencing atau rasa ingin kencing yang tidak dapat ditahan, ada pesakit mengambil langkah mengurangkan minum air. Apapun, langkah itu menyebabkan masalah lain seperti kepekatan air kencing meningkat dan boleh menyebabkan kerengsaan pundi kencing dan mengakibatkan masalah lebih teruk seperti jangkitan penyakit dan dehidrasi. Pengurangan pengambilan cecair juga boleh menyebabkan masalah sembelit yang boleh memburukkan keadaan.

Wanita lebih berisiko mengalami LUL ketika hamil atau selepas melahirkan anak kerana tekanan rahim terhadap pundi kencing. Proses melahirkan anak juga kadangkala melemahkan otot pelvik selain pertukaran hormon akibat menopaus. Wanita yang menghadapi masalah LUL tidak harus terlalu malu kerana ada cara untuk menanganinya seperti menjaga diet, mengekalkan berat badan sihat dan melakukan senaman kegel.

Wanita juga perlu elak minum air batu yang mudah menyebabkan batuk serta mengambil minuman berkarbonat dan mengandungi kafein yang menyebabkan radang atau kerengsaan pada pundi kencing. Sebilangan wanita mengalami pundi kencing terlalu aktif (OAB) yang menyebabkan kerap perlu ke tandas atau lebih tujuh hari sehari. OAB berpunca daripada kerosakan saraf pada penghujung pundi kencing atau penghidap penyakit yang ada kaitan dengan sistem saraf di kalangan Parkinson, sklerosis multiple (penyakit kronik pada sistem saraf yang dialami orang muda dan pertengahan umur) dan dementia (nyanyuk).

Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang baik jarang mengalamani LUL.  Ini bermakna, senaman atau bersukan bukan penyebab LUL. Bagaimanapun, senaman meningkatkan tekanan pada bahagian tengah abdomen dan organ pelvik di mana terletaknya perut, pelvis dan rektum. Oleh itu, cara terbaik untuk membantu jika seseorang itu mengalami LUL ialah melakukan senaman kegel bagi menguatkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) dan membantu menghalang kebocoran. Senaman kegel ialah rawatan berkesan untuk wanita dewasa yang mengalami lemah kawalan kencing dan tidak mendatangkan risiko kesan sampingan.

Senaman ini perlu dilakukan dengan betul. Pastikan anda selesa dan bernafas secara normal. Kemudian, kemutkan otot pelvik anda seakan cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat ketika bernafas normal, kemudian relaks. Ulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.

Ini kerana, keberkesanan senaman kegel bagi mengatasi masalah ini ialah 100 peratus. Pesakit berusia 30 hingga 40 tahun mengambil masa tiga bulan untuk bebas LUL selepas menjalani senaman ini manakala untuk yang lebih berusia, masa antara empat hingga enam bulan diperlukan untuk pulih.


Jenis inkontinen:

1. Inkontinen jenis tekanan (stres)
  mengalami kebocoran air kecil ketika batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti berat.

  melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik, menyebabkan kebocoran urin ketika bahagian abdomen mengalami tekanan. Keadaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.

2. Inkontinen jenis desakan

  boleh kehilangan air kencing dalam jumlah yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’. Selalunya disebabkan pundi kencing yang terlebih aktif.

  akibat jangkitan yang menyebabkan radang kepada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing atau menyebabkan spasma (pengecutan otot luar kawalan) otot yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi kencing.

  sembelit juga boleh menyebabkan masalah ini akibat kehilangan keupayaan untuk mengawal otot.

  strok, kecederaan spinal cord (saraf tunjang), nyanyuk, Parkinson dan sklerosis multiple.

3. Inkontinen jenis campuran

  tidak mustahil jika seseorang mengalami simptom inkontinen jenis stres dan desakan serentak. Kedua-dua jenis masalah ini mungkin berkaitan atau sebaliknya, namun tetap perlu diteliti secara berasingan.

4. Inkontinen jenis melimpah

  sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tiada rasa desakan untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra tersumbat. Dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya. Apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, ia akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.

5. Inkontinen disebabkan penggunaan ubat

Ada ubat boleh menjadi punca kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat daripada pundi kencing yang penuh ke otak. Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan dialami.

Apakah yang boleh anda lakukan?

  Kekalkan berat badan yang sesuai untuk mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvik.

  Amalkan senaman bagi menguatkan otot lantai pelvik.

  Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

  Gunakan pelapik seluar yang direka khas untuk masalah LUL. Ia boleh memberikan anda perlindungan daripada kebocoran supaya selesa dan yakin sepanjang hari.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari web ini yerk >> POISE <<





hohoho...mengapakah asik2 muka neh jerk di focus? hu2...segan mak nok..!! haha



yg sebelah kiri aku tuh Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Seremban, Jasmine dari Poise dan juga Sophia dari Indeed Communications



me wif Lidyawati yg sporting...ihiks


Wif Dr.Seri & Neng


 we'olls bergambar b4 balik kat luar studio...sebelah aku tuh Mak Ros Kilauan Emas..hik2


retis dan make-up artistnya...



sambil jalan keluar dari astro pown sempat lagi bergambar...hehe


Ha...kepada sesiapa yang terlepas menonton episod Primadona yang neh...boleh tonton kat sini yerk... ^_^


Okies...that's all for my entri today...so, kepada kaum2 wanita semua…sedikit sebanyak dah dapat info yang berguna dan dah dapat atasi masalah neh kan…termasuk jugakla kat diri sendiri neh ha…hehe. Tunggu next entri yerk (kalo rajin & ada masa wat…hehe). Selamat berbuka puasa semua…!!! 


Kampung Girl Episod 2




terlepas menonton episod 2? meh2 klik link kat bwh neh yerk... ^_^



Selamat menonton...!!!


Sunday, July 14, 2013

Senarai Buffet Ramadhan 2013

Assalamualaikum korang....salam 4 Ramadhan 1434 Hijrah...:)

Masa menunjukkan lagi beberapa jam untuk kita berbuka puasa...dan aku pasti, ramai diantara kita semua yang ada perancangan untuk berbuka puasa di luar kan? kan? hik2. So, kat sini aku sertakan tempat2 berbuka puasa (iftar) terbaik dan menawarkan harga berpatutan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga di Putrajaya...check it out...!



"lambat lagi ker nak berbuka neh?"
haha...#gambar hiasan


List of Buffet Ramadhan 2013

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
183 Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2719 8666
Price @ Polside: RM75.00++ (Dewasa)
Price @ 4th floor: RM65.00++ (Dewasa)

Ramadhan inspired by nenek’s kitchen. Over 130 traditional recipes.

Hotel Maya Kuala Lumpur
138, Jalan Ampang,
Reservations: 03 2711 8866
Price: RM116 (Dewasa) RM70 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Whether to break fast or to enjoy a sumptuous dinner in the city, you will be tantalized by the endless array of culinary dishes from the Peninsula states.

Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
No.3, Jalan Jambu Mawar, Off Jalan Kepong
Reservations: 03 6259 4422
Price: RM68 + (Dewasa) RM28 + (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)


Berjaya Times Square Hotel
1 Jalan Imbi
Reservations: 03 2117 8000
Price: RM98 ++ (Dewasa) RM49 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)


Kuala Lumpur Convention Centre
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2333 2866
Price: RM127.20 nett (Dewasa) RM63.60 nett (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)


Cititel Mid Valley
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur
Reservations: 03 2296 1188
Price: 12 – 14 July 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)
Price: 15 – 31 July 2013 RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak)
Price: 1 – 6 August 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)

Dorsett Regency Kuala Lumpur
172 Jalan Imbi
Reservations: 03 2716 1000
Price: RM80 ++ (Dewasa)


Dynasty Hotel Kuala Lumpur
218 Jalan Ipoh
Reservations: 03 4043 7777
Price: RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
No 72 Jalan Pahang
Reservations: 03 2697 8888
Price: RM79++

GTower Hotel @ Rajang
199, Jalan Tun Razak
Reservations: 03 2168 1919
Price: RM90++

Kuala Lumpur International Hotel
Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz
Reservations: 03 2697 8833
Price: RM50++ (Dewasa) RM25++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

- Promosi untuk pemegang kad kredit Maybank / Public Bank / Standard Chartered Bank / Bank Rakyat – Diskaun 20%
- Pakej warga emas – Diskaun 50%
- Promosi beli 1 percuma 1 untuk 5 hari pertama Ramadhan dan 4 hari terakhir Ramadhan

Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2380 8888
Price: RM138++ (Dewasa) RM69++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Midah Hotel
No.8 Jalan Kampong Attap
Reservations: 03 2273 9999
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 6 – 12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas)

Peninsula Residence All Suite Hotel
10, Jalan Semantan, Bukit Damansara
Reservations: 03 2084 1515
Price: RM38 nett (Dewasa) RM23 nett (Kanak-kanak)

Hotel Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling
Reservations: 03 9058 2323
Price: RM68++ (Dewasa) RM38++ nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun dan warga emas)

Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu
Reservations: 03 2141 3333
Price: Minggu pertama dan keempat RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM80 ++ (Dewasa) RM40 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)

PNB Darby Park Executive Suites @ 10Binjai
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3838
Price: RM79++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan untuk hari minggu adalah RM59++

PNB Darby Park Executive Suites @ The 39 Restaurant
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3939
Price: RM99++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan untuk hari minggu adalah RM79++

Hotel Royal Kuala Lumpur @ Makan Coffee House
Jalan Walter Grenier
Reservations: 03 2148 6888 ext 2855
Price: RM69++ (Dewasa)

Promosi harga buffet Ramadhan 2013 : Diskaun 50% untuk kanak=kanak 6 hingga 12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas

Vistana Hotel Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh
Reservations: 03 4042 8000
Price: RM55 (Dewasa)

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
Reservations: 03 4042 5555
Price: 11 July – 13 July: RM80 nett
Price: 14 July – 3 August: RM98 nett
Price: 4 August – 6 August: RM80 nett

StarPoints Hotel
149 Jalan Masjid India
Reservations: 03 2698 1866
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)

Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra Kuala Lumpur
Reservations: 03 4042 9888
Price: RM88++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)

The Royale Chulan Kuala Lumpur
5 Jalan Conlay
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM108++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)
Promotion Price: RM90 nett dari 8 hingga 13 Julai 2013 dan 3 hingga 7 Ogos 2013

The Royale Bintang Kuala Lumpur
Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM75++ (Dewasa) RM37++ (Kanak-kanak dari 6 – 12 tahun dan warga emas)

The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2731 8333
Price: RM128++ (Dewasa) RM64++ (Kanak-kanak)

Hotel Istana Kuala Lumpur
73 Jalan Raja Chulan
Reservations: 03 2141 9988
Price: Minggu pertama RM88.00++ (Dewasa)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM120.00++ (Dewasa)
Price: Minggu keempat RM88.00++ (Dewasa)

Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab
Reservations: 03 2698 8302
Price: RM75 nett (Dewasa) RM46 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Felda Villa
Jalan Maktab
Reservations: 03 2692 5397
Price: RM62 nett (Dewasa) RM37 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Bora Ombak
Persiaran Mamanda 1
Reservations: 03 4251 6303
Price: RM45+ (Dewasa) RM35+ (Kanak-kanak)

Istana Bambu Restaurant
Jalan Hulu Kelang – Ampang
Reservations: 03 4251 4717
Price: RM48 (Dewasa) RM24 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia, Cyberjaya Selangor
Reservations: 03 8312 7015
Price: RM108 nett(Dewasa)

Concorde Hotel Shah Alam @ Melting Pot Cafe
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM89++ (Dewasa) RM44.50++ (Kanak-kanak)

Concorde Hotel Shah Alam @ Grand Ballroom
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM75++ (Dewasa) RM37.50++ (Kanak-kanak)

Eastin Hotel Petaling Jaya
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya
Reservations: 03 7665 1111
Price: RM98++ (Dewasa) RM49++ (Kanak-kanak)

Flamingo Hotel by the lake Kuala Lumpur
5, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
Reservations: 03 4256 3288
Price: RM75 nett (Dewasa) RM40 nett (Kanak-kanak)

Grand Bluewave Hotel Shah Alam @ Royale Songket
Persiaran Perbandaran, Shah Alam
Reservations: 03 5511 8811
Price: RM108++ (Dewasa) RM60++ (Kanak-kanak 4 – 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)

Grand Bluewave Hotel Shah Alam @ Rebana Hall
Persiaran Perbandaran, Shah Alam
Reservations: 03 5511 8811
Price: RM89++ (Dewasa) RM50++ (Kanak-kanak 4 – 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)

Pusat Konvensyen Shah Alam
Shah Alam
Reservations: 03 5511 8858
Price: RM75++ (Dewasa)


Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52
Reservations: 03 7954 6888
Price: RM78++ (Dewasa)

One World Hotel
First Avenue, Bandar Utama City Centre
Reservations: 03 7681 1111
Price: RM128 (Dewasa) rm64 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Royale Bintang The Curve @ The Window Restaurant and The Terrace
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
Reservations: 03 7843 1111
Price: RM65++ (Dewasa)

Royale Bintang The Curve @ Asam Pedas
6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
Reservations: 03 7843 1111
Price: RM38++ (Dewasa)

Sunway Resort Hotel & Spa @ Fuzion Level 1
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM128++ (Dewasa)

Sunway Resort Hotel & Spa @ Atrium Cafe Lobby Level
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
Reservations: 03 7495 1888
Price: RM98++ (Dewasa)

Hilton Petaling Jaya
2, Jalan Barat, Petaling Jaya
Reservations: 03 7955 9122
Price: First week of Ramadhan RM109++ (Dewasa) 50% discount for children below 12 years old
Price: The following weeks RM129++ (Dewasa) 50% discount for children below 12 years old

Hotel Singgahsana Petaling Jaya
Persiaran Barat, Off Jalan Sultan
Reservations: 03 7956 2100
Price: RM69 nett (Dewasa) 50% discount for children 6 – 12 years old

The Saujana Hotel Kuala Lumpur
Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS
Reservations: 03 7843 1234
Price: RM105++ (Dewasa)

Promosi Buka Puasa: Ahli SGCC dan pemegang kad kredit AMEX dan CIMB akan menerima diskaun 20% untuk harga buffet dinner buka puasa.

De Palma Hotel Ampang
Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point
Reservations: 03 4270 7070
Price: RM89 nett (Dewasa) RM45 nett (Kanak-kanak 6 -12 tahun)

Hotel Equatorial Bangi Putrajaya
Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
Reservations: 03 8210 2222
Price: RM102.10 (Dewasa) RM52.20 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Residence Hotel @ Uniten
Kampus Putrajaya, Km 7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang
Reservations: 03 8922 2088
Price: RM69.60 (Dewasa)




Haaaa...acaner? Dah jumpa tempat ifthar yang  nak ditujui? he2...Selamat Berbuka Puasa semua...!!! ^_^