Saturday, July 13, 2013

Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra

Salam...hai korang!

Hu2...maaf atas kelewatan menghapdet entri neh atas kekangan masa dan ketidak kesempatan ketumpuan utk berblog utk bln neh...sebab xdpt ngadap pc coz tetiap weekend xdak kat umah...so, xsompek nak menaip. hu2

Ini cerita sudah lama kejadian...2bln lps punyer cerita…hu2. InsyaALLAH ada masa pasneh aku cuba hapdet entri2 lm yg dah lm nak post tp xterpost2 jgk...hadoila...nnt ek aku hapdet...sbb kena hapdet  jgk sbb byk info. eheh.







okies cukup2..entri arineh psl blog event yg aku dapat jemputan dari pihak Acer dan juga Nuffnang dan aku hadiri pada 23 Mei 2013 lepas di Poppy Garden, KL. Yups, event neh berikutan dari terpilihnya aku dari conteset neh sebelum neh...meh klik sini meh... Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party




meriah tak? hehe...actually, event neh diadakan sempena untuk memperkenalkan produk dan model baru Acer & jugak Intel. Sesuaila dgn kami2 neh kan yang sker berblogging...eheh. Ada game dan jugak lucky draw taw....hiks.








Meh2...jamu selera meh! 


Hanif penyampai radio ERA pown ada hokey jd model Acer neh...hiks


ciklilyputih wif Hanid


Acer Aspire P3 Mode Ultrabook

Acer Aspire P3 Ultrabook™ sudah tentu boleh dibayangkan menjadi sifat rekabentuk Ultrabook yang nipis dengan ketebalan 10.15mm. Berat Aspire P3 ini hanya 790g tidaklah seberat 1kg gula pasir antara ciri yang pasti disukai pengguna diluar sana tidak sanggup membawa laptop yang berat. Jadi cukuplah Aspire P3 ini ringan dibawa atau dikepit sahaja ke mana-mana.

Portabiliy antara kebolehan menukar dari Ultrabook mode kepada Tablet Mode yang mana Aspire P3 ini boleh ditanggalkan untuk bertukar menjadi tablet. Kesuaian mode ini memberi satu kemudahan kepada pengguna Aspire P3 ini apabila melakukan kerja menaip tukar kepada Ultrabook Mode dan apabila melihat gambar, bermain video, melayari blog, Facebook, Tweeter dan media sosial lain boleh tukar kepada Tablet Mode. Sambil baring pun boleh guna apabila didalam Tablet Mode.

Dikuasakan oleh  3rd Generation Intel® Core™ i3 memberikan kuasa diperlukan semasa bermain video dan permainan. Harga runcit Aspire P3 ini dijual RM1799 untuk prosesor Intel® Pentium® dan RM1999 untuk prosesor 3rd Generation Intel® Core™ i3 adalah pada harga mampu milik.

Paparan skrin sentuh IPS memberikan sudut paparan yang luas dan berdefinasi tinggi HD. Tak perlu bimbang untuk mengunakan Aspire P3 ini untuk tempoh yang lama kerana ketahanan bateri sehingga 6 jam.

Secara keseluruhan Aspire P3 ini boleh dirumuskan ringan, nipis, berkuasa dan fleksibel dengan Ultrabook Mode kepada Table Mode bila-bila masa sahaja. Laptop saya gunakan  sekarang ini berat dan kurang berkuasa apabila diperlukan semasa kerja-kerja mengedit gambar mengambil masa yang lama

Spesifikasi Acer Aspire P3 Ultrabook.
  • Processor: 3rd Generation Intel Core i3-3229Y / Intel Pentium Processor 2129Y
  • Operating System: Windows 8 (64-bit)
  • Screen: 11.6″ HD (1366×768) IPS touch display
  • Memory: 2GB DDR3 RAM
  • Graphics: Intel HD Graphics 4000 / Intel HD Graphics
  • Storage: 60GB SSD
  • Thickness: 9.95 / 10.15 mm
  • Weight: 0.79kg (without keyboard)


Penerangan dari Mr. Jefrey


Acer Aspire R7

Acer Aspire R7 adalah produk Acer ke 2 yang diperkenalkan pada malam tersebut. Aspire R7 direka mempunyai Ezel™ hinge membolehkan ia bertukar kepada 4 mode yang berbeza iaitu, Mode NotebookMode Ezel™Mode Pad dan Mode Display dengan mudah mengunakan sebelah tangan sahaja.

Sistem bunyi Dolby® Home Theater® v4 dikuasakan oleh 4 speaker yang secara automatik akan berubah mengikut Mode Ezel™ dan Mode Display.

Tidak terkejut jika Aspire R7 ini telah memenangi Red Dot Award 2013 kerana reka bentuknya yang unik dan praktikal semasa digunakan. Aspire R7 mengunakan sistem Operasi Windows 8 dan dikuasakan oleh prosesor 3rd Generation Intel® Core™ i5Paparan skrin sesentuh IPS memberikan sudut pandangan yang luas.
Video Acer Aspire R7.

Kedudukan ergonomik pada mouse pad diletakkan dihadapan kerana pengunaannya lebih kerap berbanding keyboard pada Mode Notebook. Harga runcit untuk Aspire R7 adalah RM2,999.

Spesifikasi Acer Aspire R7.
  • Processor: 3rd Generation Intel Core i5-3337U processor
  • Operating System: Windows 8 (64-bit)
  • Screen: 15.6″ Full HD (1920×1080) IPS touch display
  • Memory: 8GB DDR3 RAM
  • Graphics: Intel HD Graphics 4000
  • Storage: 1TB SATA HDD
  • Dimensions: 376.8 (W) x 254.5 (D) x 20.6 / 28.5 (H) mm
  • Weight: 2.4kg


Get ready for da game...!!!



sesi menampal nombor kumpulan untuk game yang kami sertai.



sesi bergambar...
layan jerkla gambar gewdiks2 kami neh...ha2












inilah mesin yg snap2 pic gewdiks2 kami...kih3



Kami lah pelakon2 yang hebat...keh3




DJ Vera C turut menunjukkan demo bagaimana lagu boleh di mixed dengan mudah mengunakan virtual DJ aplikasi pada Aspire P3.






xdapat pown xper...bergambar pown jadilah...haha

voucher Parkson RM400


kami menang motorrrrr....!!! haha (yo yo ooo jerk)
kami menang tempat pertama untuk berlakon iklan ACER. berbakat tak kami? 
pasneh jangan lupa panggel kami yerk utk casting...haha :p



enceq eyriqazz menang slog@Twitter terhebat!


     

haaa...inilah contoh iklan yang kami kena buat...ala2 arr...hik3


Kesimpulannya...sangatenjoy...and best disamping dapat mengetahui produk baru dari ACER. Menarik bukan? hehe

Untuk mengetahui info lebih lanjut produk dan promosi terkini boleh layari laman rasmi Acer Malaysia dan Facebook Acer.

Okiesla...setakat neh dulu...tunggu next entri hokeyyyy...chiow chin chow...!! ^_^




0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!