Friday, July 19, 2013

Apabila Wanita Berbicara (Primadona)

Salam semua…

Dah hampir genap 2 minggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah…semoga ibadah kita semua diterima dan sempurna pada tahun neh yerk…InshaALLAH.

Okies…entri aku arineh lebih kepada topik untuk kaum wanita. Pada 5 Julai 2013 lepas, aku telah berkesempatan ke studio Astro Prima  untuk rancangan siaran langsung Primadona yang dikendalikan oleh pengacara yang cantik2 iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan semestinya Rozita Che Wan (Cik Ta). Ingat senang ker nak dapat g tengok secara LIVE gitu…hiks. Semua neh atas jasa baik Puan Sumijelly yang sudi ajak aku yang kununnya jadi PA dye katanya…. (PA tak bergaji yer semua..ha2). Cik puan Sumijelly kita neh diundang sebagai tetamu jemputan oleh InDeed Communications bagi membincangkan topik mengenai masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita iaitu “Lemah Kawalan Kencing” atau lebih dikenali sebagai LUL (Light Urinary Leakage) didalam rancangan Primadona yang bersiaran secara langsung pada Jumaat, 5 Julai lepas. Waaaahhhh…kellessssssss kau jah dapat duk sesofa dgn cik ta u’olls…hehe


Sebelum bertolak dari opis di Putrajaya…dah macam tunggu pengantin bersiap pown ada. Hahaha…semua tak sabar nak tengok “pengantin” kita lepas bersiap. Hik3



Kami sampai awal jugak kat Astro…walaupown sesat2 jugakla cari. Maklumjerkla bkn slalo pegi pown kan… Dulu g pown dgn kengkawan…ada org guide. Neh g sendirik…redha jerkla kena marah dgn “retis baru” neh…hahaha. Sampai2 kami xterus masuk pown…kami dok dlm keter dulu…teman retis hafal skrip. Walawehhh…dah macam retis fofular dah aku tengok…kellessss…!!! 

Dah dapat pas masuk pown still dok kat luar sebab kena tunggu officer a.k.a producer dye mai jemput kami yg kat luar neh. Hu2. Nasib baik terjumpa Dr. Seri yg sgt friendly yg jugak tetamu jemputan rancangan tuh, so…kami sama2 masuk. Sebelum ke studio, kami dihidangkan dengan makanan…dinner la. Retis xselera nak makan…so PA yang makan hokey…sbb lapar. Haha. Susah jadi retis neh rupanya…xdapat nak mkn dgn seleranya…rugi2…hahaha.

hafal skrip yerk...saya makan dulu...hik3

Selesai makan, semua tetamu jemputan kena g touch-up kat bilik mekap. Aku xg arr…aku dok jerk kat café ditemani oleh Jasmine (wakil dari Poise) dan juga Sophia (wakil dari indeed communications). Nyembang2 ler dengan dorang sementara tunggu “pengantin retis” kita di make-over kan. 


Dalam 5-10 minit sebelum siaran berlangsung, baru kami dipanggil ke studio. Tengok2 cik retis sumijelly dah  siap cantik dimekap…fulamakkk….cantiknyerrr weihhhh!!! Aku plak kena dok mana? Dok depannnnnnnnn sekalik…???!!! pergggghhhh…maha karya segan ler aku disitu yer...xleh nak watpe sbb producer soh dok ctu..dok jerkla…tempat dok blakang semua sudah penuh. Kerja2 aku nak mengambil gambar memangla terbatas yer ketika itu…begitu jugak dgn perlakuan aku…hohoh0…sangat2 terbatas. (igt nak wat peace kat kameraman tuh…tp, xjdla…hahaha) :p


neh ler antara pic yg sempat aku snap sebelum start dan masa iklan. uhuk2


So, tepat jam 9 malam, siaran langsung Primadona pown bermula dengan tajuknya “Derita Dalam Diam” yang membawa topik mengenai Masalah Lemah Kawalan Kencing (LUL).


Selain dari Sumijelly sebagai tetamu jemputan yang akan membincangkan topik ini, ada lagi beberapa jemputan lain iaitu Puan Avelyn (wakil yang dibawa oleh Jasmine-Poise), pelakon terkenal Lidyawati, Pakar Perunding Obstetrik & Sakit Puan iaitu Dr. Seri Suniza Sufian dan juga Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita iaitu Cik Neng Shahidah Sabullah. 



Actually, sebelum neh aku ada dapat jemputan dari Indeed Communication dengan kerjasama Poise ke “Embracing the Realities of Womanhood & Light Urinary Leakage Workshop” kat Aloft Sentral Hotel beberapa bulan lalu. Tapi, aku tak dapat nak pegi sebab tak ada kat KL masa tuh…so, Alhamdulillah dapat teman k.sumijelly kita neh aku berpeluang skali lagi untuk sama2 mengetahui masalah gejala neh.

Ha…korang pernah dengar tak atau pernah mengalami masalah Lemah Kawalan Kencing neh tak? Aku sebelum neh pernah dengar tapi tak pernah alaminya setakat neh… setakat batuk2 yang terok sampai nak terkencing tuh ada la…tp, xderkla teruk sangat…masih boleh dikawal kot…hik3. Okiesla..kat bawah neh serba sedikit info mengenai LUL. Jum kit a baca satu persatu ok…


"Lemah Kawalan Kencing (LUL)"



Lemah Kawalan Kencing (LUL) merupakan masalah kesukaran mengawal pengeluaran air kencing dimana otot lantai pelvik wanita menjadi lemah sehingga tidak cukup kuat untuk menahan air kencing daripada mengalir keluar. Gejala dimana rasa hendak buang air kencing yang datang secara tiba-tiba dan tidak boleh ‘berkompromi’ walaupun sesaat membuatkan individu itu menjadi kelam-kabut dan tidak sempat hendak ke tandas. Gejala pundi kencing lemah ini juga dikenali sebagai inkontinens urinari, lemah pundi kencing atau terkucil yang turut berlaku ketika ketawa, batuk, bersin, bersenam dan mengangkat barangan.


Masalah ini kerap berlaku kepada golongan wanita. Kaji selidik Inkontinens Sedunia 2010 Poise mendapati, 30 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami LUL dan 70 peratus daripada mereka ialah wanita. Wanita mengalami LUL lapan hingga sembilan kali lebih kerap berbanding lelaki. Satu daripada empat wanita berusia 35 tahun ke atas mengalami LUL sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Dianggarkan 10 peratus daripada 65 orang lelaki menderita masalah ini. Kaji selidik 2011 Poise pula mendapati, 45 peratus daripada 158 responden malu untuk berbincang masalah LUL yang mereka hadapi dan lebih daripada 40 peratus sanggup mengelak daripada menggunakan produk LUL semata-mata bagi menyembunyikan masalah mereka.

LUL bukan penyakit, ia merupakan gejala yang  disebabkan oleh masalah kesihatan atau kadangkala kesan pengambilan ubatan. Masalah itu menjejaskan keadaan fizikal, emosi dan psikologi wanita.  Ada yang menganggap LUL tidak akan menjadi lebih teruk dan akan pulih dengan sendiri. Namun, tanggapan itu salah kerana gejala LUL boleh bertambah teruk jika tidak dirawat.

Untuk mengatasi masalah kerap kencing atau rasa ingin kencing yang tidak dapat ditahan, ada pesakit mengambil langkah mengurangkan minum air. Apapun, langkah itu menyebabkan masalah lain seperti kepekatan air kencing meningkat dan boleh menyebabkan kerengsaan pundi kencing dan mengakibatkan masalah lebih teruk seperti jangkitan penyakit dan dehidrasi. Pengurangan pengambilan cecair juga boleh menyebabkan masalah sembelit yang boleh memburukkan keadaan.

Wanita lebih berisiko mengalami LUL ketika hamil atau selepas melahirkan anak kerana tekanan rahim terhadap pundi kencing. Proses melahirkan anak juga kadangkala melemahkan otot pelvik selain pertukaran hormon akibat menopaus. Wanita yang menghadapi masalah LUL tidak harus terlalu malu kerana ada cara untuk menanganinya seperti menjaga diet, mengekalkan berat badan sihat dan melakukan senaman kegel.

Wanita juga perlu elak minum air batu yang mudah menyebabkan batuk serta mengambil minuman berkarbonat dan mengandungi kafein yang menyebabkan radang atau kerengsaan pada pundi kencing. Sebilangan wanita mengalami pundi kencing terlalu aktif (OAB) yang menyebabkan kerap perlu ke tandas atau lebih tujuh hari sehari. OAB berpunca daripada kerosakan saraf pada penghujung pundi kencing atau penghidap penyakit yang ada kaitan dengan sistem saraf di kalangan Parkinson, sklerosis multiple (penyakit kronik pada sistem saraf yang dialami orang muda dan pertengahan umur) dan dementia (nyanyuk).

Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang baik jarang mengalamani LUL.  Ini bermakna, senaman atau bersukan bukan penyebab LUL. Bagaimanapun, senaman meningkatkan tekanan pada bahagian tengah abdomen dan organ pelvik di mana terletaknya perut, pelvis dan rektum. Oleh itu, cara terbaik untuk membantu jika seseorang itu mengalami LUL ialah melakukan senaman kegel bagi menguatkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) dan membantu menghalang kebocoran. Senaman kegel ialah rawatan berkesan untuk wanita dewasa yang mengalami lemah kawalan kencing dan tidak mendatangkan risiko kesan sampingan.

Senaman ini perlu dilakukan dengan betul. Pastikan anda selesa dan bernafas secara normal. Kemudian, kemutkan otot pelvik anda seakan cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat ketika bernafas normal, kemudian relaks. Ulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.

Ini kerana, keberkesanan senaman kegel bagi mengatasi masalah ini ialah 100 peratus. Pesakit berusia 30 hingga 40 tahun mengambil masa tiga bulan untuk bebas LUL selepas menjalani senaman ini manakala untuk yang lebih berusia, masa antara empat hingga enam bulan diperlukan untuk pulih.


Jenis inkontinen:

1. Inkontinen jenis tekanan (stres)
  mengalami kebocoran air kecil ketika batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti berat.

  melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik, menyebabkan kebocoran urin ketika bahagian abdomen mengalami tekanan. Keadaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.

2. Inkontinen jenis desakan

  boleh kehilangan air kencing dalam jumlah yang besar. Wujud perasaan ‘tidak sempat ke bilik air’. Selalunya disebabkan pundi kencing yang terlebih aktif.

  akibat jangkitan yang menyebabkan radang kepada pundi kencing atau salur keluar pundi kencing atau menyebabkan spasma (pengecutan otot luar kawalan) otot yang memaksa pengeluaran air kencing dari pundi kencing.

  sembelit juga boleh menyebabkan masalah ini akibat kehilangan keupayaan untuk mengawal otot.

  strok, kecederaan spinal cord (saraf tunjang), nyanyuk, Parkinson dan sklerosis multiple.

3. Inkontinen jenis campuran

  tidak mustahil jika seseorang mengalami simptom inkontinen jenis stres dan desakan serentak. Kedua-dua jenis masalah ini mungkin berkaitan atau sebaliknya, namun tetap perlu diteliti secara berasingan.

4. Inkontinen jenis melimpah

  sesetengah wanita mengalami keadaan di mana mereka tiada rasa desakan untuk kencing atau mengalami keadaan yang mana uretra tersumbat. Dalam kedua-dua keadaan ini, pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya. Apabila air kencing di dalam pundi berlebihan, ia akan dipaksa keluar. Lemah kawalan kencing jenis ini sering berpunca daripada masalah sistem saraf dan kecederaan pada otot saraf tunjang.

5. Inkontinen disebabkan penggunaan ubat

Ada ubat boleh menjadi punca kegagalan kawalan kencing untuk mengecutkan otot atau menghalang isyarat daripada pundi kencing yang penuh ke otak. Dalam keadaan ini, doktor mungkin menukar jenis ubat yang diambil bagi mengurangkan kesan sampingan dialami.

Apakah yang boleh anda lakukan?

  Kekalkan berat badan yang sesuai untuk mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvik.

  Amalkan senaman bagi menguatkan otot lantai pelvik.

  Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

  Gunakan pelapik seluar yang direka khas untuk masalah LUL. Ia boleh memberikan anda perlindungan daripada kebocoran supaya selesa dan yakin sepanjang hari.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari web ini yerk >> POISE <<





hohoho...mengapakah asik2 muka neh jerk di focus? hu2...segan mak nok..!! haha



yg sebelah kiri aku tuh Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Seremban, Jasmine dari Poise dan juga Sophia dari Indeed Communications



me wif Lidyawati yg sporting...ihiks


Wif Dr.Seri & Neng


 we'olls bergambar b4 balik kat luar studio...sebelah aku tuh Mak Ros Kilauan Emas..hik2


retis dan make-up artistnya...



sambil jalan keluar dari astro pown sempat lagi bergambar...hehe


Ha...kepada sesiapa yang terlepas menonton episod Primadona yang neh...boleh tonton kat sini yerk... ^_^


Okies...that's all for my entri today...so, kepada kaum2 wanita semua…sedikit sebanyak dah dapat info yang berguna dan dah dapat atasi masalah neh kan…termasuk jugakla kat diri sendiri neh ha…hehe. Tunggu next entri yerk (kalo rajin & ada masa wat…hehe). Selamat berbuka puasa semua…!!! 


1 comments:

Zura Lee said...

bestnye dpt jmp retis yg lawa2 cm rozita tuh....

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!