Tuesday, August 27, 2013

Wordless Wednesday: Samsung Camera NX 300


Salam semua...



Wordless Wednesday : Samsung Camera NX 300

Friday, August 23, 2013

Kampung Girl Episod 5



Salam semua...

Dah lama gler tunggu sambungan drama neh...akhirnya selepas kesibukan raya...dah bersiaran semula malam tadi. Jum layan...jum!








Thursday, August 22, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan

]Salam semua. ...

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.


]



1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Sumber:
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis...

Sunday, August 18, 2013

Penang Village

Salam 9 Syawal semua...

Last week teman member buka puasa kat Alamanda, Putrajaya. Plan memula nak g pekena Burger Bakar kat area Cheras Selatan...tp, last minit tukar sebab aku nak makan nasik...hehe... Maklum jerkla dah lama xjumpa nasik kan ari raya neh...eheh.

Makanya...kami lepaking kat Penang Village Restaurant jerkla...sebab ada privacy sket kan...lepak foodcourt kang, ramai sangat orang plak...1st tyme jejakkan kaki kat restoran neh...sebelum neh dengar jerk...Wah...romantiknyer suasana...hik3

Jum pilih menu dulu yerk...





dapat pown snap pic curik dak tecik neh...hehe

Milo ais dalam jag tecik...

Watermelon juice (air tembikai jerk sudeyyyy)

Honeydew Juice (Jus tembikai susu)


jum layan pic suasana dalam restoran neh plak...







Ok...neh antara menu2 yg kami order...

Nasi Tomato & Ayam masak merah


Jadi model plak si tecik Alya Warda neh...hik3

Nasi Lemak Rendang Tok

Nasi Kerabu Ayam Percik


Amacam? Nampak sedap2 tak makanannya? Perghhh...memang sedap pown...Serius...memang sedap. Harga memadai arr dengan hidangan pinggannya yang besar dan padat. Bagi aku, harga mahakl xper asalkan rasa sedap dan puas hati. Kira berpatutan arr...tak terlalu mahal dan tak terlalu murah...

Penang Village neh juga selain di  Alamanda ada beberapa outlets kat KL neh seperti di Taman Tun Dr.Ismail (TTDI), Hartamas Shopping Mall, dan juga di Great Eastern Mall Ampang. 

Untuk lebih info boleh layari laman web ini Penang Village

Selamat menjamu selera...!! ^_^


Thursday, August 15, 2013

Ijab dan Qabul

Salam 8 Syawal semua...

Malam ttadi melayan telemovie raya kat TV3 lakonan Adiputra dan Nora Danish. Dorang dah biasa sgt tgk berlakon sama2 kan...tp, aku teruja tengok Sofi Jikan jadi baik dalam citer neh..siap berlakon jd officer kat opis lagik...hik3...Okies..aku xnak citer panjang2 pasal drama neh...bagi yg blom tgk lagi sbb terlepas tgk gara2 g beraya tuh...meh layan jerk yerk..juz klik jerk link kat bawah neh ek... Selamat menonton...! ^_^









Dengarlah Bintang Hatiku - OST Ijab dan Qabul

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati

Reff:
Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepat

Reff:
Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Karena bagiku….
Engkaulah nyawaku…






Tuesday, August 13, 2013

Wordless Wednesday: Raya 2013

Salam 7 Syawal 1434H semua... ^_^


#Wordless Wednesday : Raya 2013



Wednesday, August 7, 2013

Pantun raya untuk semua

Salam Syawal u'olls...!!


Has been a year,
It comes again;
Selamat Hari Raya,

Maaf Zahir Batin.



Mountain Daik's branches got three,

Pandan Island is far far in the middle;
With friends, relatives and family,
Hari raya is time to mingle.

If your garden got hot spring,
May I take a dip in it please?;
Balik kampung time better no speeding,
Unless you wanna give bonus to the police.

Push wood pull wood,
Keranji fruit inside a boat;
Hari raya got lots of food,
But don't eat too much like a goat.

Two three cats run run,
Where got the same as the striped one;
That's all for me I gotta run,
Duit raya? Where got one? 

Jackfuit just outside the yard
With bamboo stick give it a whack;
Salam aidilfitri from the bottom of my heart....





Kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki diatas segala kesilapan, keterlanjuran kata serta keterkasaran bahasa sepanjang silaturahim dibina baik dialam realiti mahupun dialammaya. Halalkan segala yang terlebih dan juga yang terkurang. Maafkan segala-galanya… Semoga lebaran tahun ini lebih bermakna dan semoga berjumpa pada Ramadhan akan datang. InshaAllah...Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013 semua, Maaf Zahir & Batin. 






Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Yang Hilang Episod Akhir

Salam 29 Ramadhan semua...

Semalam sudah berakhirnya episod samarinda versi ramadhan iaitu Ramadhan Yang Hilang yang tetiap malam aku tengok dari Isnin-Rabu bersiaran kat TV3. So, apa  komen korang? Aku rasa...aku rasa....macam ada lagi sambungan jerk nanti...jeng3...agaknyer jerk ler...sbb si watak antagonis tuh macam xreti2 nak insaf jerk...hu2. Walaupown saket hati tengok si Delisha dengki lahanat tuh…hadoila awatla xsedar diri..dah arr org kutip ko, balas cara camtuh ka? APTB hokey!

Sesiapa yang terlepas menonton bleh tengok kat link bawah neh yerk…




juz klink link bawah neh



“Kadang-kadang ujian yang Allah turunkan kepada hambaNYA bersifar sementara.Namun kadang-kadang juga ada ujian yang diturunkan kepada kita bersifat kekal selamanya. Yang pasti, tidak semua kisah hidup seseorang itu akan berakhir dengan keinsafan dan kegembiraan. Ada setengah cerita sengaja dibiarkan berakhir dalam kegelapan. Walau apapun pengakhirannya, yang pasti setiap ujian yang diturunkan itu adalah sebagai bukti tanda kasih sayangNYa kepada kita hambaNYA”.


Dah dengar dialog camneh...konpemla xderk sambungan dah...tp, serius xpuas hati sbb dye xinsaf tambah2 plak dye xkena tangkap sbab bunuh bapak dye. aishhh...membebel plak aku kat sini yerk...ate, nak wat guane dah pengarahnya suruh camtuh...terima jerkla hakikat yerk...hak3

Jum layan OST drama neh jum...



Seperti Dia - Amylea AF3 (OST Ramadhan Yang Hilang)

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua 





Wordless Wednesday: Salam Syawal 1434H


Salam 29 Ramadhan semua...!


#Wordless Wednesday : Salam Syawal 1434H/2013M

Kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah kata serta terTYPO sepanjang menaip kat blog neh yerk...juga tersalah info atau jugak komen2 yg tak membina. maafkan saya yerk. Halalkan yang terlebih dan juga terkurang. Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang…InshaALLAH ^_^

Eppy Bezday!

Salam semua...

Nak nyanyi sket bleh tak? hik2

"hepy besday to u...
hepy besday to u...
hepy besday to ayish & adik...
eppy bezday to both of u...!!!"

(nyanyi dgn suara serak2 basah ramli sirap...dah macam sore jantan dah suara aku neh...bler nak kembali normal pown xtaw ler..harap raya neh leh pekena ayaq ais nohhhh...hik3

Ok...semalam 5 Ogos bezday anak menakan aku si Hairis dan arineh plak 6 Ogos bezday adiknya plak si Hadif. Si abang dah dpt kasut ENTEN katanya...(Ben10 ler) haha...yang si kecik plak arineh dapat cucuk plak...hik3


Memandangkan bezday mereka berdua jatuh pada bulan puasa...so, acara potong-memotong kek mungkin akan dilaksanakan pada raya nanti..InsyaALLAH...kalo ada rezki yerk

apa2pown, kepada kedua2 dak tecik neh...semoga jadi anak yang baik dan jgn nakal hokey dan sila jgn lasak...ponen palo den yo.  haha.. Cayanggggg.....kamooo berdua ketat2...! hik3 ^_^



Nota Kaki: eppy bezday to adik rayyan, si Raisya yg berkongsi tarikh dgn hairis. Dan jugak kepada adik Aqil si Arfa yg berkongsi tarikh dgn hadif. Eppy bezday...!  :)


Sunday, August 4, 2013

RESEPI : Trifle

Salam semua...

Lagi beberapa hari dah nak raya kan? Dah siap semua persiapan ker? Dah fikir nak masak apa untuk menu hari raya nanti? Hehe… Actually, awal2 poser arituh aku dah dapat resepi baru untuk dicuba. InsyaALLAH raya nanti aku nak wat. Apa dia? Nanti arr aku kongsikan ek…tunggu aku cuba wat dulu ek…dan tunggu hasilnya Berjaya or x yerk…hik3.

Okiesla arineh, diatas sebab ada permintaan untuk aku kongsikan resepi membuat tirfle neh...akan aku kongsikanlah jugak yerk…walaupown aku rasa ada yang dah reti buat dan dah penah buat. Tapi, akan aku kongsikan jugak…sebab resepi neh pown aku dapat dari kazen aku beberapa tahun lepas. Memula ingatkan susah…rupa2nya senang jerk…hehe…thanks a lot kerana telah mengajar aku secara lisan jerk aku dah bleh buat terus siap ada orang amek tempahan lagik tuh. Pergghhh…dasat tak? Hokey, maaf terbangga diri sekejap. Hik3

Jum baca satu persatu resepinya yerk kat bawah neh…


Resepi Trifle


Bahan2:-

Kek Swiss Roll 1 – 2 gulung (nak guna kek lain pown bleh…tp, aku sker guna swiss roll sbb lebih lembut)
1 kotak susu segar (nak guna susu cair pown bleh, tp aku guna susu segar dutch lady or goodday)
1 – 2 tin buah cocktail (nak guna buah2an segar pown bleh, no problem)
2 senduk tepung custard
1 – 2 paket agar2/jeli brand nona or apa2 brand arr…asalkan jeli. Perisa apa2pown bleh ikut citarasa masing2.


Cara2 membuatnya:-

Lapisan 1
Potong or hiris swiss roll dalam 1 cm camtuh kemudian susun dalam bekas.

Lapisan 2
Masakkan tepung custard dengan susu segar dan kacau sehingga dah nak pekat dan bertukar warna kekuningan. Dah agak2 masak dan dah nak pekat tuh jirus atas kek yang disusun tadi. Biarkan sejuk seketika.

Lapisan 3.
Susun buah2an cocktail or buah2an segar yang telah dipotong kecil/dadu atas lapisan 2 tadi.

Lapisan 4
Masak agar2 nona ikut cara2 kat kotak agar2 tersebut tanpa menambah gula yerk. Sebab memang jeli tuh dah manis. Kacau sampai dah nak pekat dan jirus atas buah2an tadi.

Biarkan ia sejuk terlebih dahulu dan masuk dalam peti sejuk. Dan dah boleh dimakan. Sedap dimakan sejuk2 taw. 


Tapi, arituh aku gediks2 tambah bahan2 lain kat dalam trifle neh…so, kira byk lapisan arr… Trifle neh korang leh ubah ikut citarasa korang. Ada yang makan dengan jirus susu cair kat atasnya pown ada. Ikut arr pada kreativiti masing2 yerk. Hik3…


neh trifle yang aku wat baru2 neh sempena jamuan menyambut puasa kat opis aku
neh la dye Dessert Teduhan Kasih...Trifle Eiffel I'm in Love
hahaha...wahhh gitu!


.So, apa tunggu lagi? Jangan lupa try yerk. Selamat mencuba...!!!

Saturday, August 3, 2013

Lirik Zapin Aidilfitri





Zapin Aidilfitri - Siti Nurhaliza ft. Fahmi

Indah purnama,
Indah purnama nampak bercahaya
Dibalik awan aduhai sayang
Dibalik awan dilangit tinggi

Maafkan hamba
Maafkan hamba tumpang gembira
Dihari raya aduhai sayang
Dhari raya mulia ini

Kalau purnama
Kalau purnama dibalik awan
Tidaklah bintang aduhai sayang
Tidaklah bintang duduk sisinya

Tuan laksana
Tuan laksana dewi kayangan
Kami menumpang aduhai sayang
Kami menumpang sinar serinya

Tampan bergaya
Tampang bergaya anak teruna
Bersongket labuh aduhai sayang
Bersongket labuh berbunga enam

Dihari raya
Dihari raya jangan dilupa
Orang yang jauh aduhai sayang
Orang yang jauh kirimkan pesan

Lemang ketupat
Lemang ketupat di atas meja
Lemak bersantan aduhai sayang
Lemak bersantan enak rasanya

Jauh dan dekat
Jauh dan dekat tidak dilupa
Manis lebaran aduhai sayang

Manis lebaran sama merasa


Kampung Girl Episod 4


Salam korang...

Seperti Biasa jum layan Kampung Girl episod malam tadi yerk





Selamat menonton... ^_^