Friday, December 20, 2013

Pencarian Si Pencari




Duhai pencari,
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari?
Tanyakan juga padanya,
Di mana carianmu itu tersembunyi?
Walau belum ditemui masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu masih lagi mendaki…

Buat dirimu duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari,
Sandarkan citamu pada daya,
Labuhkan layarmu pada cinta,
Apa yamg kau cari itu pasti akan kau jumpa…

Yang tak kelihatan itu tak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tak kelihatan itu tak
Semestinya tidak menanti,
Kerana mencari yang tidak nampak
Itulah sebenarnya pencariaan,
Mencari yang nampak itu
Sebenarnya hanyalah ujian…

Selangkah dirimu mencari,
Seribu langkah kau sedang hampiri,
Jangan brhenti pada helah dan dunia,
Kerana yang kau cari itu abadi,
Yang kau lihat itu adalah fana,
Jangan kau gentar pada sunyi,
Kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang dicari…

Jangan kau peduli pada caci,
Kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang di cari,
Wahai pencari, teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu dalam keadaan reda dan meredai.



Sumber

Kredit to WKWI ^_^



0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!