Sunday, April 20, 2014

Tak Perlu Rasa Itu




Kadang-kadang orang tak suka tengok apa yang kita buat.
Tak suka lihat orang lain gembira. Bahagia. Suka.
Iri hati mungkin.
Atau bahagia, suka dan gembira itu tidak dikecapi olehnya lagi.
Tak peduli!

Biarkan saja mereka
Persetankan saja mereka.

Jika kau tak suka, angkat kepala.
Toleh ke belakang.
Dan terus berjalan.
Jangan dongak pandang ke depan.
Mungkin buat sakit kepala bukan?
Atau sakit mata barangkali.

Kita ada hala tuju sendiri.
Ada haluan sendiri.
Masing-masing berhak.
Kecapi apa yang diimpikan.
Bahagia.
Gembira.
Suka.

Kita berhak pilih.
Mana yang terdaya.
Atau mungkin mahu pilih jalan derita?
Terpulang!
Segala dihujung akal.
Berkat usaha dan doa serta tawakal.
Terima Qada’ dan Qadar-NYA.

Masih ada masa merenung diri.
Mengenang nasib.
Memilih mana kaca dan permata.
Mana baik mana buruk.
Tidak perlu ada rasa cemburu.
Masing-masing ada bahagian-bahagiannya.
Tidak perlu takut.
Tidak perlu gentar.
Tidak perlu mengata.
Tidak perlu semua itu.
Semua orang wajib rasakannya.

Kadang-kadang, apa orang lain buat semua nampak salah.
Apa yang dibuat diri sendiri semua nampak betul.
Tak sedar?!
Dan kadang-kadang juga, harus diingat.
Setiap sesuatu yang dilakukan itu mungkin mempunyai sebab tertentu.
Bukan untuk menunjuk mahupun membangga.
Sebab musabab yang tak perlu orang lain tahu.
Tapi mungkin juga untuk menyedarkan sesuatu.
 

Doa untuk diri sendiri.
Itu perlu.
Dan mungkin yang baik-baik sahaja untuk orang itu.
Agar bahagia itu berbalik pada kamu.
Mungkin?!
InshaALLAH.
Wallahu’alam.



0 comments:

Post a Comment

Jemput Komen.. jangan malu-malu yek!