Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 1435H

 Assalamualaikum...Salam 1 Ramadhan.

مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ رَمَضَانْ مَرْحَبَاً شَهْرَ الْعِبَادَةْ
مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ رَمَضَانْ مَرْحَبَاً شَهْرَ السَّعَادَةْ
Selamat datang wahai Ramadhan, selamat datang wahai bulan Ibadah,
Selamat datang wahai Ramadhan, selamat datang wahai bulan kebahagiaan,
مَرْحَبَاً يَا زَاهِرَ اْلآنْ فِيْ الْمَجَالِيْ بِالزِّيَادَةْ
لِلأَخِلاَّ قُرَّةْ أَعْيَانْ أَنْتَ يَا شَهْرَ الإِفَادَةْ
Selamat datang wahai yang tiba dengan cahaya dalam kejelasan bertambahnya anugerah,
Bagi para kekasih Allah engkau adalah kesayangan mereka wahai bulan yg penuh dengan keberuntungan,
فِيْكَ يُجْلَى الرِّيْنُ والرَّانْ حِيْنَ تُجْلَى الإِسْتِجَادَةْ
مَرْحَبَاً ذَا خَيْرَ إِتْيَان شَهْرَنَا شَهْرَ السِّيَادَة
Padamu tersingkir segala kehinaan dan dosa, saat terbentangnya kesempatan untuk menyungkur sujud,
Selamat datang sebaik baik yang mengunjungi usia kami, bulan kita ini adalah baginda bagi bulan lainnya,
أَنْتَ سَيِّد كُلِّ الأَحْيَانْ وَالْيَتِيْمَةْ فِيْ الْقُلاَدَةْ
مَرْحَبَاً يَا شَهْرَ اْلإِحْسَانْ وَالصَّفَا وَالإِسْتِفَادَةْ
Engkaulah pemimpin bagi setiap saat, dan Kepala Mutiara bagi kalung kehidupan,
Selamat datang bulan kemuliaan, kesucian dan terbukanya kesempatan mengambil manfaat,
مَرْحَبَاً مِنْ غَيْرِ حُسْبَانْ حَيْثُ لاَ نُحْصِيْ عِدَادَةْ
كُلُّ مَسْجِدْ فِيْكَ قَدْ زَانْ رَبُّهُ بِاالنُّوْرِ زَادَهْ
Selamat datang kuucapkan tanpa terhitung, hingga tak terhingga banyaknya,
Segenap masjid terindahkan dengan kedatanganmu, Tuhan segenap masjid menambahkan cahaya pada masjid masjid dengan kedatanganmu,
أَنْتَ بَهْجَةُ كُلِّ مَنْ كَانْ حَازَ مِنْ تَقْوَاهُ زَادَهْ
كُلُّ مُسْلِمْ فِيْكَ نَشْطَانْ فِيْ التَّوَجُّهْ لِلْعِبَادَةْ
Engkau cahaya kemegahan bagi segalanya, beruntunglah barangsiapa yg takwanya bertambah,
Setiap muslim giat di hari harimu dalam semangat beribadah,
وَعَنِ اْلآثَامِ كَسْلاَنْ وَلَهُ الطَّاعَاتْ عَادَةْ
فِيْ تَرَاوِيْحٍ وَقُُرْآنْ قَدْ جَفَا نَوْمَ الْقُعَادَةْ
Dan mereka (di bulan ramadhan) malas berbuat dosa, dan bagi mereka ketaatan pada Allah menjadi adat kebiasaan, Dalam shalat tarawih dan Alqur'an, telah sirna kantuk orang yg malas solat malam,
مَرْحَبَاً يَا عَالِيَ الشَّانْ مَا انْقَضَى وَصْفُ وِدَادَهْ
وَصَلاَةُ الْواحِدِ الْمانّْ مَنْ حَبَا النِّعْمَةْ عِبَادَهْ
Selamat datang wahai pemilik derajat yg mulia, yg tiada henti hentinya gambaran keindahan dan kerinduan atasnya, Dan selawat dari Yang Maha Tunggal dalam segala Anugerah, Yang Maha Memberi kenikmatan dalam beribadah,
تَتَغَشَّى فَخْرَ عَدْنَانْ وَكَذَا الآلَ الإِجَادَهْ
وَالصَّحَابَةْ هُمْ وَاْلإِخْوَانْ نِعْمَ أَصْحَابُ الشَّهَادَةْ
Selalu terlimpah pada sang kebanggaan keturunan Adnan (Sayyidina Muhammad saw), dan pula segenap keluarga yg mulia, serta sahabat dan merekalah para saudara, semulia mulia para syuhada,
مَاأَضَاءَ بَالنُّوْرِ رَمَضَانْ وَانْجَلَى رَيْنُ الْبَلاَدَةْ
Seterang benderangnya cahaya Ramadhan, maka sirnalah kesempitan hati orang orang yang dalam kebodohan.



Kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah & silap. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan jiwa dan rohani yang bersih & suci serta penuh kesabaran. Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dan semoga segala ibadah yang dilakukan diterima & diberkati Allah S.W.T. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H semua!

Friday, June 27, 2014

Bariani Kinrara Kafe & Katering


Assalamualaikum semua…

Lama rasanyer tak menghapdet entri pasal makan2 kannn… Sebab aper? Bukan sebab tak makan hokey, dah bertambah2 berat dah neh sebab terlebih makan. Haha…

Hokey, dah berlapuk entri neh sebenarnya…baru arineh berkesempatan  nak menghapdet serta mengepost. Hiks.



Last month, my Boss ajak aku and my opismate ke restoran milik bersama di Bariani Kinrara Kafe & Katering yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong Selangor Darul Ehsan. Wahhh…details gitu! Hehe… Kami pergi pown dah lepas lunch hour, so restoran dah xderk orang..kira ok arr kan.

Apa yang disantap? Dah naama pown Bariani kan…op koz ler Nasi Beriani menu utamanya. Aku tak makan sebab puasa. Huhu… So, seperti biasa snap2 picca jerkla keje aku… Walau macam manapown…aku dah penah makan dah sebelum neh…memang sedap hokey! Nasinya lembut…cukup dengan segala jenis rempah ratus. Lauknya pown memang sedap. Tak cayer…nnt korang g arr sendirik try hokey.





Semua dah tak sabar nak bersantap menu yang dah diorder masa otw ke restoran neh. Kami semua order menu yang sama...senang sket... Bariani Ayam dan Bandung Soda. Perrghhh...sangat menggoda keimanan aku yer yang berpuasa neh. hahaha





Ruang dapur dan segala ruang di restoran neh...hiks


Haaa...jangan tak tahu...restoran neh jugak salah satu pilihan JJCM @TV3 tuh hokey...




Antara menu2 yang ada dijual...neh satu yg dapat aku snap. Yang bawah neh ihsan dari Blog Sumijelly masa dye wat review perasmian restoran neh tahun lepas.




Air Barbican


Hokey...makanan dah sampai










Sedapnyerrr...depa bersantap! ngee


Muka kekenyangan...haha




Yang neh aku punyer...Tapau untuk buka puasa. TQVM boss banjer! hehe



Hokey,kepada sesiapa yang nak cuba merasa kesedapan nasi bariani disini bolehlah datang serang yerk...
Neh alamatnya...


Bariani Kinrara Kafe & Katering
No.2 Jalan BK 5B/3
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Selangor Darul Ehsan
Tel : 013 - 644 1717
Website : www.barianiOri.my
Email : kinrarabariani@gmail.com
Waktu Operasi :10:00 pagi - 10:00 malam
GPS Koordinat :
Latitude : 3° 2' 13.82" N / 3.037173
Longitude : 101° 38' 18.81" E / 101.638557
Google Map : http://goo.gl/bNDbO


Dan jugak...jangan lupa untuk Buffet Ramadhan juga disediakan untuk bulan puasa tahun neh. Hanya RM25nett sahaja..

Selamat menjamu selera dan Selamat Berpuasa semua...!! ^_^


Nikmat dan Kesyukuran



Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.Bagi orang yang berpikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali.

Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kemesraan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada. Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu!
http://youtu.be/jkvNGV0vE00

Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, sorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga. Dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah. Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu.

 


Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya." Dan konon, kata orang yang mengerti bahasa binatang,
sekawanan binatang sering bertanya kepada seekor keledai begini,
"Mengapa engkau tidak menarik gerobak?"
"Aku benci khayalan," jawab keledai.

Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan dan justeru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi puingpuing yang telah lapuk.

http://youtu.be/SdHq__Kg5eY

Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya. Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melibat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah pernah melawan sunah kehidupan!


Sunday, June 22, 2014

Sekarang Bukan Seperti yang Dulu




Dulu kita sering bersua.
Dulu kita sering bicara.
Berkongsi cerita.
Suka dan duka.
Memahami situasi.
Sesama sendiri.
Walaupun sakit telinga, barangkali.
Tetap setia meneliti.
Sekarang?
Sudah berbeza.
Sangat lain belaka.
Masa dan keadaan merubah segalanya.
Tiada lagi cerita dikongsi bersama.
Situasi memaksa kita untuk tidak bicara.
Bukan tiada percaya.
Tapi, sudah beza
Tidak lagi seperti dahulu.
Mengharapkan perubahan kembali kepada asal.
Seperti sedia kala.
Berkongsi cerita.
Walaupown usia kita sudah meningkat remaja.

Monday, June 2, 2014

Tahniah semuanya...

Assalamualaikum semua...


Curik masa kejap nak tulis blog. Sebenarnyer banyak keje...Neh baru lepas settle 1keje...satgi sambung balik. Letih plak...buek kojo berat. hu2.

Dah lama tak berceloteh...merapu serta merepek kat cni kan kan... Contest2 blog pown da lama xjuin. hoho...mood untuk juin mende2 alah tuh dah semakin berkurangan. Event blog pown da lama xjuin. uwaaarrgghhh...terok! 

Hokey baeklah...nampaknyer telah tersasar jauh dari tujuan asal entri neh. Seperti biasa...aku masih xlekang dari  aktiviti menteri kendurik (hokey...aku menyampah gelaran neh...mekasey!)


Ucapan tahniah pertama buat my bestfren en. zack a.k.a pires kerana telah selamat ke 2nd step pd last two month.... 3rd step xlama lagik yerk...   Semoga kekal terus ke jinjang pelamin hingga ke akhir hayat. Sila buang perasaan2 negatif yg berlegar2 kat kepala otak ko tuh ek...haha sila halau cam halau lalat...Begitu jugak dgn dugaan2...kasik tepis. huhu 
Papepown...tahniah beb!



Ucapan tahniah kedua kepada Ketua Kelas aku masa tyme study dulu... enceq zani a.k.a apek. Sempat arr g majlis dye awal last month kat Kuala Kangsar sebab kebetulan aku ada kat sana....so, leh arr g. Alhamdulillah...akhirnya kawen jugak ko...hik3... Tahniah2...aku doakan semoga kekal bahagia hingga akhir hayat sampai ke syurga. 


Next, ucapan tahniah kepada enceq aza. Actually, dye neh kawan baik my cik abe donde...hik3. Sempat jugak g majlis dye kat area klang  sehari selepas majlis enceq zani tadi. Tahniah yerk...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat sampai ke syurga .




Seterusnya, ucapan tahniah kepada enceq Jai. Dye neh aku kenal dari kawan aku...mamat brutal+kesengalan neh...haha...kawen jugak ko ek. hiks! Tahniah2! 




And the last one untuk bulan lepas...E-day Cik Fana...my opismate lamer... Tahniah..semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin dan sabar hadapi dugaan2 ek...marilah kita sama2 mengharunginyer...uhuk2


Macam tak percaya pown ada...tapi itulah kenyataannya. Alhamdulillah... Rasanyer bukan setakat alam pertunangan jerk ada dugaan2nya...sampai ke alam perkahwinan pown ada dugaan2nya jugak...Semoga kita semua sabar dan tabah hadapi apa jua kemungkinan dan dugaan2 yang mendatang yerk... Yang penting tetapkan hati dan perasaan...kuatkan Iman supaya tak rapuh dan tak mudah goyang. Fikir positif. Buang anasir2 luar yang tak sepatutnya terjah masuk menyelinap sedikitpown kat ruang2 folder2 otak kia yerk. huhu. Kata2 neh bukan untuk korang jerk...untuk diri sendiri jugak selama2nya...hu2

Ape2pown...tahniah sekali lagi untuk kalian semuanya yerk... Hadapi dengan senyuman.. chiow! ^_^